Thailand part 2 - Bangkok Dangerous!
Assalamualaikum Day 2 Sabtu - (31.12.2016) Jalan-jalan di sekitar bandar Bangkok! Ni suasana depan hostel kami, Preme Hostel. Kalau tengok dorang punya sistem pendawaian elektrik ni leh bikin electricshock! hahaaa.... Berbelit-belit wayar kat atas tu! Serabut! Tengok macam tak selamat je kan! hahaaa Hari ni kami ingin ke Maeklong Railway Market, Amphawa Floating Market, Chatucak weekend market dan jalan-jalan di Shopping Mall sekitar Bangkok. Dari hostel, kami jalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke BTS Skytrain Asok. Dari stesen Asok kami ingin menuju ke Victory monument. Harga tiket 37bath. Melalui pembacaan kami menerusi blog2 travel, kalau nak ke Maeklong Railway kene naik minivan dari Victory monument ni. Ada kedai suzuki lepas tu jalan sedikit ke depan ada kaunter untuk stesen minivan. Sampai je kami kat kaunter ni tengok2 perkhidmatan minivan tu dah tak de. Macam baru juga ni tak de. Jadi kami pun blur...