Dejavu di Kinabalu Pt5 : Poskad dari Sang Gunung Akinabalu!
Assalamualaikum Benda yang aku paling suka sekali bila pergi travel ialah hantar poskad dekat diri sendiri! hahaa.... Macam sadis je kan! koh koh koh.... Bila dah balik dari trip, mesti tertunggu-tunggu bila poskad aku nak sampai. Rasa berdebar nak tunggu poskad sampai tu, macam tunggu orang nak datang meminang jer! Ehhhhh ehh... Lulz :p Finally, seminggu lepas turun dari Gunung Kinabalu, poskad pon sampai kat rumah aku! Imma so excited! heheee... Kalau bagi kat diri sendiri pon dah cukup teruja, kalau dapat dari orang lain lagi lah! Macam dapat surat cinta dari malim penunggu gunung pulak! hahaaa Poskad kali ni memang betul-betul aku pos dari atas gunung iaitu di Pendant Hut, pada ketinggian 3,289 meter. Akhirnya, tercapai jugak impian aku nak pos dari sini. Peti Pos di Altitud Tertinggi di Malaysia! Dulu aku pos dari Laban Rata jer coz bila dah sampai kat cafe tu, memang tak lah nak naik balik ke Pendant Hut tu! Memang dah pewai habis nak mendaki balik! Pas...