POKOK GHARQAD. pokok yahudi
Assalamualaikum..... Inilah pokok Gharqad @ pokok yahudi. Kenapa ia dipanggil pokok yahudi? Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih : “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”. (no 7523 , riwayat Muslim) Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin All...