Broga Hill & Rabbit fun
Assalamualaikum... Beberapa minggu lepas, aku berkesempatan untuk mendaki Broga Hill. Broga Hill kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Bukit ni terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut dan menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti hiking. Bukit Broga juga memang lokasi yang famous bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan pendakian awal untuk mendaki Gunung Tok Wan. Untuk panjat Bukit Broga ni, yang paling baik ialah kena merancang pergi awal pagi...agak-agak matahari tak naik lagi dah mesti kena sampai di kaki Bukit Broga. Tapi kalau pukul 2 pagi tetiba baru nak wassap ajak panjat Broga ni, agak-agak pukul berapa kau boleh bangun??! hahaa... Aku dah bangun awal dah, tapi mamat sorang ni pulak terlajak bangun! Puiihh, hampehh a...