Hiking Gunung Datuk!
Assalamualaikum..... Kali ni aku nak mendaki Gunung Datuk iaitu Gunung yang terletak di Rombau most wanted yaw, Nogori Sembilan. Ni memang trip main redah jer! hahaa Perjalanan dari Petaling Jaya hingga ke kaki Gunung Datuk sekitar 2 jam jugak la. Gogo untuk trip ni ialah si gadis Ayu. Aku pulak jadi sweeper, Yaya dok tengah2! hahaa.. Kitaorang memulakan pendakian ke puncak pada jam 8.30 pagi dan sampai ke puncak sekitar jam 11.30 pagi. Bayaran permit sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap pendaki dan nama juga perlu direkodkan di pondok ranjer sebelum memulakan pendakian. Map Kos tersebut adalah untuk memelihara alam agar tidak tercemar selain menampung kos operasi tandas yang berada di kaki bukit dan sebagainya. Trek masuk akan melalui sebatang sungai yang perlu diseberangi sebelum mula pendakian. Laluan treknya tidaklah terlalu ekstrem. Treknya yang agak lurus serta jelas dengan tanda membuatkan ianya senang untuk diikuti tanpa memerlukan kh...