Posts

Showing posts with the label sunset

Jalan-jalan Terengganu 2020

Image
Assalamualaikum Lepas jer kerajaan umumkan pkp dah tamat & tiada lagi kes baru masa bulan 7 haritu, memang ramai la yang dah plan nak pergi bercuti. Almaklumlah dah 3-4 bulan terperap jer di rumah tak boleh pergi mana-mana kan. Aku punya plan nak travel ke oversea pun memang kena postpone. Tak tahu lah bila boleh pergi. So kita jalan-jalan cuti-cuti Malaysia je la. Aku memang dah lama teringin nak ke Pulau Redang.  So here we go!... Perjalanan ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami stay di Hotel Seri Malaysia. Hotel ni dekat jer dengan Pasar Payang. So bila dah sampai jer, check in lepas tu jalan-jalan dulu la ambil angin petang di Pesisir Payang. Jambatan angkat (draw bridge) yang menghubungkan pusat bandar Kuala Terengganu ke Seberang Takir menjadi pilihan kepada pelancong luar dan dalam negeri umpama berada di Tower Bridge, London.  Jambatan angkat sepanjang 638 meter bernilai RM248 juta ni merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara dan mula dibin...

Part 5 : Lombok, Bali, Labuan Bajo

Image
Assalamualaikum Day 4 8/5/2017 - Isnin, 14.00 pm Setelah turun dari Gunung Rinjani, kami terus menuju ke tempat penyimpanan barang yang terletak di Pekan Senaru yang mengambil masa sejam dari Sembalun. Kami naik trak 4x4 dengan bayaran 100,000rp seorang. Fuhhh... lega dapat mandi dan bersihkan diri kat toilet! Hahaaa... Kat sini, group kami berpecah. Aku, Arip, Hafiq, Meon dan Fifa akan menuju ke Flores. Manakala Atoq, Deen, Riff dan Wan akan stay kat Lombok sebab nak jalan-jalan kat sini. Dalam pukul 3.00 petang, kami bergerak ke Pelabuhan Lembar untuk menaiki Feri menuju ke Bali. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam dengan menaiki van. Jalan kat sini berpusing-pusing! Mabuk duk dalam van! hahaa Tambang van 800,000rp bahagi dengan 5 orang. So 1 kepala 160,000rp. Di Malaka! Lepas tu singgah dulu makan nasi kat gerai makan Dewi Anjani. Makan bajet sorang dalam 20,000rp. Perjalanan sepanjang naik van sangat cantik dengan view...