Posts

Showing posts with the label nayapul

ABC Trip part 12 : Kyumi - Siwai

Image
Assalamualaikum 29 Mac 2018 (Khamis)  Hari Kesembilan Trekking  Kyumi - Siwai - Pokhara - Nayapul - Kathmandu 8.00 am - 10.00 pm Gudbye to our porter 'Robin Hood'! Hari kesembilan trekking.  Pendakian hampir sampai di penghujungnya! Disebabkan kami extend 1 hari dari plan asal, bajet pun ada lari sikit sebab kena bayar untuk porter lagi satu hari. So korang kena standby duit lebih sikit. Nasib baik juga masa beli tiket haritu, aku dah decide untuk ambil extra 1 hari lagi. Takut apa-apa emergency kan! Breakfast : Sharifah Hot water = 20 wifi = 90 Cooking charge = 500/9 : 55 guesthouse = 600/2 : 300 Total = 465.55 npr / RM18 Setelah sembilan hari berada di sini, kami dah serasi dan berasa dekat dengan kehidupan dan alam semulajadi di pergunungan ini. Sukar membayangkan selepas ini kami tidak lagi akan dapat menikmati keindahan gunung-gunung dan puncak yang tersergam indah di banjaran Annapurna ini...

ABC Trip Part 2 : Bersepai hari 1st trekking!

Image
Assalamualaikum 21 Mac 2018 (Rabu)  Hari Pertama Trekking Nayapul - Birethanti (checkpoint) - Tikedhunga - Ulleri Wajah-wajah bersemangat semua nak start trekking!  Setelah menempuh perjalanan malam yang penuh berliku dan panjang, kami singgah di RnR untuk pergi toilet dan makan malam. Kami tapau nasi briyani masa kat restoran petang tadi. Tapi pepagi buta ni memang tak de selera pun nak makan. Rasa nak muntah dah duduk dalam van dengan cuaca yang sejuk! Lepas tu driver pun nak berehat, masing-masing pun terbongkang tidur dalam van! Memang mengantuk teruk! hahaa..  Lepas tu singgah masjid di Pokhara untuk solat subuh. Seterusnya kami ambil porter kami di bandar Pokhara dan terus ke Nayapul yang mengambil masa 2 jam lagi perjalanan. Tak ready lagi! hahaa Sempat nak photobomb! hahaa Group selfie dulu sebelum start trekking! "You need special shoes for hiking, and a bit of a special soul as well."...