Part 6 : Sailing Trip Flores : Kanawa, Manta point, Taka Makassar & Gili Lawa
Assalamualaikum Day 6 10/5/2017 - Rabu, 8.00am Pagi tu, kami checkout dari hotel dan menuju ke pelabuhan di Labuan Bajo dengan berjalan kaki. Lebih kurang 10 minit je jarak hotel ke pelabuhan. Pakej overland Flores Muka excited nak pergi sailing! hahaa Pergi dekat tempat tour agent untuk sewa peralatan snorkeling. Kami ambil pakej dengan Padar Trip. Boleh usha kat Instagram Padar Trip. Harga untuk pakej 3 hari 2 malam ialah 1, 650.000rp iaitu lebih kurang RM550. Ni la bot kami yang comel! hehee.. Untuk ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Kenawa, ia mengambil masa sejam perjalanan dari Labuan Bajo. Macam-macam jenis kapal yang sedang berlayar! Cantik kapal ni! Pakej belayar adalah all in termasuk makan 3 kali sehari, snorkeling, dan kos transfer dari airport ke hotel dan penginapan di homestay pulau komodo. Kami tak tidur atas bot disebabkan sekarang ni musim ombak kuat. Sebenarnya tidur kat homestay lebih sele...