Madinah Part 3
Assaamualaikum 19 November 2022, Sabtu 8.00am Hari ke-4 di bumi Madinah Pagi ni kami ziarah ke kaki Gunung Uhud. Dari sekian banyak gunung yang ada di bumi, gunung yang satu ini memang sangat istimewa. Salah satu makhluk Allah tersebut menjadi saksi bisu terjadinya perang hebat yang pernah dilalui kaum muslimin. Di dalamnya terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan tiga rakannya saat dicari oleh pihak lawan. Gunung ini menjadi salah satu gunung yang dicintai oleh Rasulullah. Bagi yang sudah melihatnya di dunia, mungkin saja boleh kembali melihatnya di syurga. Perang Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi atau pada 15 Syawal 3 H. Perang Uhud adalah medan untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar . Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang b...