Hatiku tertinggal di Kerinci!
Menggapai Atap Sumatera, Gunung Kerinci! Aku buang jauh hatiku... Gunung Kerinci merupakan puncak tertinggi di Sumatera dengan ketinggian 3,805 meter diatas permukaan laut (Mdpl) dan merupakan puncak volkano tertinggi di Indonesia. Gunung Kerinci ataupun digelar ‘Puncak Indrapura’ merupakan puncak tertinggi setelah Gunung Cartenz Jaya Wijaya yang terletak di Papua. Para pendaki khususnya pencinta gunung sudah pasti akan memasukkan Gunung Kerinci ke dalam salah satu list gunung impian yang akan didaki. Gunung Kerinci yang dikenali juga sebagai ‘Atap Sumatera’ merupakan gunung yang fenomena di Indonesia dan termasuk dalam salah satu ‘seven summit Indonesia’. Gunung ini dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatera. Di pintu masuk pendakian terdapat Satu Tugu yang di atas nya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan. Ia sebagai simbolik di kawasan ini iaitu kawa...