Sukarelawan Zoo Negara
Assalamualaikum.... Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk join program volunteer di Zoo Negara. Fuhhhh, dah lama giler tak masuk zoo nih! Rasa kali terakhir aku masuk zoo negara ni mase aku tadika kot! hahaaa Apa khabar haiwan-haiwan semua?? Sihat ka?? Bayaran yang dikenakan sebagai sukarelawan cuma RM10 bagi kali pertama dan akan dapat gelang volunteer. Bayaran ni sah selama setahun. Ini bermakna kitaorang boleh datang menjadi sukarelawan sebanyak kali yang kitaorang suka selama setahun tanpa bayaran. Bayaran masuk biasa bagi pelawat untuk melawat Zoo Negara ni mahai jugak lah lagi-lagi yang nak tengok panda tu! Para sukarelawan mestilah berada tepat jam 8.00 pagi di depan pejabat Education Department untuk mendengar taklimat dan arahan dari pihak zoo negara. Jika lewat korang mungkin tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti. Peserta di berikan kumpulan dan kemudiannya diserahkan kepada beberapa penjaga zoo untuk tugasan tertentu mengikut kandang haiwa...