Posts

Showing posts with the label twin peak

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!

Image
Assalamualaikum Baru-baru ni aku pulang ke KL atas urusan kerja. Tetiba adik aku ajak pergi hiking pulak dengan geng-geng dia! Aishhh aku ni dah la pantang diajak! hahaaa.  Aku pun on je lah memandangkan aku pun dah lama gian nak mendaki gunung! :p Pukul 6 pagi kami bertolak dari PJ menuju ke Fraser Hill. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Fuh layan corner maut nak naik ke Fraser Hill tu pun dah pewai! hahaa Ni first time aku bersua muka dengan Geng B88 outdoor ni. Semua nampak mesra dan sporting! Jam 9.00 pagi kami memulakan pendakian di Pine Tree Trail. Trek pendakian pada mulanya agak santai sambil kami ligat bercerita antara satu sama lain. Sempat berkenal-kenalan sambil trekking.  Trek yang kami lalui sangat jelas dan trek menurun telah terbina dengan tangga-tangga batu dan terdapat sebuah pondok yang mempunyai maklumat mengenai trek pine tree hill.  Terdapat beberapa pondok di dua kilometer pertama trek. Hanya pondok per...