Paragliding Jugra!
Assalamualaikum 9 April 2016, Sabtu. 9.00 am Ni last aktiviti outdoor setelah aku balik dari trip trans java dan sebelum aku terkurung dan menjalani latihan ala-ala ketenteraan yang bikin mental koyak selama 2 bulan di Akademi. Fuhhh.... Yang pasti, ianya bukan Akademi Fantasia! hahaaa Akhirnya, fly yang dinanti-nanti telah tiba! Ini adalah misi balas dendam akibat aku tertinggal flight Paragliding di Puncak Kinabalu masa bulan Januari haritu. Hahaaa.... Akibat peristiwa sadis tu, Planta pon bagi la aku flight special di Jugra & Kuala Kubu Bharu bersama dengan sekali pakej bawak geng aku si Ayu. Untunglarr ko Ayu! hahaa I'm ready to fly! Yuhuuuu.... Ni adalah kali kedua aku fly kat Jugra. First time dulu tahun 2013 kot kalau tak silap. Masa tu aku fly sekejap sangat tak sampai 3 minit pon. Maybe nasib tak baik, coz angin tak berapa kuat. Sadissss! Tapi kali ni memang terbaik! Lama giler berlegar-legar kat ruang udara Jugra. Nak d...