Part 7 : Cebu City
Assalamualaikum Day 7 13 Julai 2017, Khamis, 7.30 am Cebu City Previous entry : Pinoy Trip part 6 : Balicasag & Virgin Island! Pagi terakhir di Cebu, kami mulakan dengan bermalas-malasan sambil menikmati pemandangan bandar Cebu dari tingkap hotel. Kemudian, pukul 10.00 pagi kami keluar untuk berjalan-jalan ke SM City Mall. Kami naik grab dengan tambang 200peso . Sebelum masuk mall, kena scan body kat pintu masuk. Sebarang senjata tidak dibenarkan bawa masuk. fuhhhh~ Dah macam kat airport jer! Dorang punya safety memang terbaik! Kat sini susah juga nak jumpa Money Exchanger. Kami tanya polis kat situ, dia cakap kalau nak tukar duit datang kat Starbuck! So ada agen yang datang bawa duit. Aku tukar RM200 dapat 2300peso . Aktiviti harini, window shopping dan melihat apa yang ada di pusat membeli belah ketiga terbesar di Filipina itu. Sempat aku beli sandal sebab dah jahanam masa main canyoneering haritu! hahaa. Sandal...