KL BBQ Kemensah
Assalamualaikum Harini sis nak review tempat makan yang tengah meletops sambil main celup-celup dalam air sungai iaitu kat KL BBQ Kemensah . Sis pergi ni masa bulan 8 haritu. Time tu covid dah reda skit dah boleh start keluar jalan-jalan sume. Tempat ni terletak di Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor. Kalau korang nampak zoo negara tu, ha korang jalan lagi masuk sampai dalam kat atas bukit sikit. Waktu operasi tempat ni adalah setiap hari bermula 10am-7.30pm. Bagi aku, better korang booking untuk datang pagi or tengahari. Sebab parking space untuk kereta pun agak terhad. Kawasan dia agak sempit. Menu dia ada macam-macam. Set udang, ayam, ketam, daging or vegetarian. Harga dia boleh tahan mahal jugak ye. Standby duit je la. Kalau korang nak usha menu & harga dia boleh tengok kat sini. Kalau nak datang sini, sebaiknya buatlah reservation seawal 2-3 minggu awal untuk hari Sabtu, Ahad atau Public Holiday atau 1-2 hari awal jika nak datang pada...