Gunung Merapi tour Pt-5
Assalamualaikum 4 April 2016, Isnin 3.00 am Hari ke-3 backpackers kental trans Java. Lebih kurang jam 3.00 pagi, kami sampai di stesen terakhir di Kota Jogjakarta. Kami dijemput oleh Pak Supir, Mas Jitho. Kami dibawa ke rumah persinggahan sementara sebelum ke Gunung Merapi untuk berehat seketika setelah melalui 8 jam perjalanan yang membengkokan tulang belakang dalam train rakyat marhaen!. Sekali lagi, kitaorang tak tido sepanjang malam! Hahaa… Trip kali ni memang penuh dengan adventure. Memang telinga aku panas je kena kecam dengan geng2 aku nih! Bhahaaa…. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, kami memulakan perjalanan ke Wisata Gunung Merapi. Ni pon sama perjalanan penuh berliku ke kawasan Gunung Berapi seperti ke Gunung Bromo. Nak ke Gunung Merapi ni sama jugak kene naik Jeep. Tapi kali ni lagi dahsyat dia punya trek. Jalan dia berbatu-batu kasar kesan dari ledakan gunung berapi. Jeep dia tak de bumbung, so kebarangkalian untuk tercampa...