Episod 6 : Selamat tinggal Kerinci!
Assalamualaikum 16 Ogos 2017, Rabu 10.00am Setelah puas berada di Puncak Kerinci, menikmati keindahan luar biasa panorama gunung berapi di Atap Sumatera, kami pun decide untuk turun ke bawah lebih kurang pukul 10.00 am. Lutut dan kaki pun dah mula goyang! I came, I saw, I conquered! فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13). Ayat itu diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahmaan. Kerap membuat sesiapa pun terpegun membacanya. Betapa kita, sebagai makhluk-Nya, terkadang terlalu sombong untuk sekadar mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Sang Maha Pencipta, Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi sebaik baik perancangan adalah daripada Allah juga. Selamat tinggal Oh Kerinciku! Aku pasti merinduimu! Zek berdesup-desup turun dengan laju! Bukan biasa-biasa dia ni! Jelmaan 'Iron Man' mungkin?...