Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Set Nasi. Show all posts
Showing posts with label Set Nasi. Show all posts

Wednesday, May 27, 2020

NASI TOMATO

 AYAM MASAK MERAH









NASI TOMATO (Cepat, Senang, Sedap)
*** Untuk hidangan :   3-4 orang




Bahan Untuk Nasi :

3  pot  beras
1  labu  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  ketul  kiub pati ayam
1  cm  halia
2  sudu besar  Planta@marjerin untuk menumis
2  kuntum  bunga lawang
1  batang  kulit kayu manis
1  biji  tomato  (buah)/2  sudu besar  tomato puree
5  sudu besar  sos tomato
1  sudu kecil  garam@secukup rasa


Bahan Untuk Ayam (Masak Merah) :

1/2  ekor  ayam
1  labu  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  cm  halia
1  batang  serai   ~  dititik
1/2  kiub  pati ayam
2  senduk  cili giling
3  sudu besar  gula
1  sudu kecil  garam + Secukup Rasa
1  labu  bawang Holland


Cara Memasak Nasi :

1.  Beras dibasuh bersih dan ditoskan (masukkan 1/3 cawan air + beras dalam rice cooker), biarkan seketika.

2.  Blend bawang merah + bawang putih + kiub pati ayam + halia.  Panaskan Planta/marjerin, (boleh tambahkan sedikit minyak masak kalau nak).

3.  Tumis bahan blend + bunga lawang + kulit kayu manis sehingga naik bau.

4.  Blend tomato dengan sedikit air.  Tapis dan masukkan ke dalam bahan tumis.  (Boleh guna tomato puree + sedikit air) + sos tomato, kacau sebati.

5.  Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi tadi + garam + air secukupnya dan kacau sebati.  Masak seperti biasa sehingga masak.  (Air agak-agak seperti masak nasi biasa, kalau bahan tumis dan letak banyak air, tak perlu tambah air lagi).
(INFO :   Me :  letak anggaran 8 1/2 pot air, sukat menggunakan pot beras).


Cara Memasak Ayam Masak Merah :

1.  Blend bawang merah + bawang putih + halia (tumiskan) dalam kuali.  Masukkan serai.

2.  Masukkan kiub pati ayam + cili giling + gula + garam + Secukup Rasa (guna api paling kecil).

3.  Selepas 15 minit, masukkan ayam (boleh gorengkan dahulu separuh masak jika suka).  Kacau sebati, tutup kuali dan biarkan selama 1/2 jam sambil pantau dan kacau-kacau seketika.

4.  Bila dah hampir masak, masukkan bawang Holland yang dah dihiris bulat.  Biarkan dengan api perlahan 5-10 minit.
Siap !


Untuk Acar :

1/2  batang  timun   ~  potong ikut suka
1/2  batang  lobak merah   ~  potong ikut suka
1  ulas  bawang merah   ~  hiris
1  biji  lada merah   ~  hiris
4-5  sudu besar  cuka makan
3  sudu besar  gula
1/2  sudu kecil  garam
Sedikit air suam-suam panas


Cara Penyediaan :

Potong timun & lobak merah ikut suka, campurkan kesemua, masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncang-goncang sebati.  Biarkan 1/2 jam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Siap !



Wednesday, May 6, 2020

NASI AYAM !








RESEPI NASI AYAM
sumber :    resepichenom.com
(sangat sedap ~ a keeper)




Bahan untuk ayam (direbus) :

1  ekor  ayam   ~  dipotong 8
2  ulas  bawang putih   ~  ditumbuk halus
2  cm  halia   ~  ditumbuk halus
1  kiub  pati ayam


Bahan untuk ayam (diperap) :

1  sudu besar  kicap pekat
1  sudu besar  sos tiram
1  cm  halia   ~  ditumbuk halus
2  ulas  bawang putih   ~  ditumbuk halus
1  sudu besar  kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan/glis


Bahan untuk nasi :

3  cawan beras
4  cawan  air rebusan ayam
2  sudu besar  butter
1  cm  halia   ~  ditumbuk halus
3  ulas  bawang putih   ~  ditumbuk halus
Sedikit garam
2  kuntum  bunga lawang *
4  biji  buah pelaga *
1  batang  kulit kayu manis *
1  batang  serai   ~  diketuk
2  helai  daun pandan   ~  disimpul
Sedikit serbuk kunyit   ~  untuk warna & aroma


Bahan untuk sos :

5  biji  cili merah
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1  sudu besar  cuka makan
1  sudu teh  garam
1  sudu teh  gula
1/2  cawan  air rebusan ayam


Bahan untuk sup :

Air rebusan ayam secukupnya
1  biji  bawang besar   ~  dikisar
1  paket  rempah sup bunjut Adabi
Garam
Daun sup   ~  dihiris halus
Bawang goreng


Bahan untuk kuah kicap :

Kuah kicap baki perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang   (anggaran)
Sedikit garam
Air rebusan ayam   (anggaran)


Cara Penyediaan :

Cara Untuk Ayam :

1.  Bersihkan ayam, toskan airnya dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang ditumbuk halus.

2.  Rebus ayam bersama 1 kiub pati ayam sehingga empuk.

3.  Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).

4.  Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.


Cara Untuk Memasak Nasi :

1.  Basuh beras dan toskan airnya.

2.  Panaskan butter hingga cair lalu  tumiskan rempah tumis (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih sehingga garing.  Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.  Masukkan air rebusan ayam, garam dan serbuk kunyit secukupnya.  Masak nasi seperti biasa.  (Saya tumis semuanya di dalam periuk elektrik kemudian alihkan ke rice cooker 'ON kan' suis dan masak seperti biasa).


Cara untuk memasak sup :

1.  Rebus air rebusan ayam secukupnya bersama rempah sup bunjut, bawang besar dan masukkan garam secukup rasa.  Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.


Cara untuk memasak sos :

1.  Kisarkan semua bahan untuk sos sehingga sebati.
2.  Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.


Cara untuk memasak kuah kicap :

1.  Campurkan semua bahan untuk kicap (sukatan anggaran jer) dan masak seketika.  Sejukkan sebelum dihidang.


TIPS :    Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila direbus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
SIAP !  







Thursday, April 16, 2020

SET NASI LEMAK ...






RESIPI SAMBAL SOTONG
sumber :    menudapozati.blogspot.com




Bahan-Bahan :

Semangkuk  sotong   ~  dibersihkan, potong bulat & ditoskan
1  senduk besar  cili kisar
1  biji  bawang besar   ~  hiris kasar
1  sudu besar  gula
Sedikit garam
1  keping  asam keping@gelugor
1  sudu besar  sos tiram


Bahan Kisar :

2  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga sedikit wangi dan kemudian masukkan cili kisar.

2.  Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.  Semasa ini, bolehlah dimasukkan asam keping@gelugor.

3.  Masukkan gula terlebih dahulu supaya warna sambal menjadi cantik.  Letakkan sos tiram.  Kacau sebati dan bolehlah masukkan sotong yang sudah ditoskan tadi.  Sotong akan mengeluarkan sedikit air jadi air tidak diperlukan melainkan anda inginkan kuah yang cair.

4.  Masukkan garam.  Sesuaikan rasa dan tutup api kerana sotong hanya masak sekejap saja.  Jika tidak sotong akan liat dan keras.










RESIPI NASI LEMAK
sumber :    menudapozati ...




Bahan Untuk Nasi :

2  cawan  beras   ~  basuh sehingga bersih & toskan   (untuk 2 orang makan)
2  helai  daun pandan   ~  disimpul
1  biji  bawang merah   ~  hiris nipis   (optional)
1  inci  halia   ~  hiris kasar  (optional)
1  kotak  santan KARA   (me :  guna yang kecil)
Sedikit garam
Air secukupnya   (anggaran  1 cawan)


Cara Memasak :

1.  Campurkan bahan-bahan di atas di dalam bekas yang sesuai dan gaulkan sebentar supaya semuanya sebati.

2.  Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi@rice cooker dan masak seperti nasi biasa.

3.  Apabila sudah masak, kacau supaya nasi gebu dan tidak berketul.
SIAP !



SAMBAL NASI LEMAK SERINGGIT




Bahan-Bahan :

20  tangkai  cili kering   ~  dibasuh & direbus sehingga lembut *
1  ulas  bawang putih *
2  ulas  bawang merah *
1  labu  bawang besar *   ( * kisar sehingga lumat )
1  labu  bawang besar   ~  dihiris nipis   (untuk menumis)
Gula Melaka secukup rasa   (gantikan dengan brown sugar)
1  sudu besar  gula putih
Garam secukupnya
2  helai  daun pandan   ~  disimpul
1  sudu teh  pes asam jawa Adabi   ~  dibancuh dengan 4 sudu air)


Cara Memasak :

1.  Masukkan minyak masak lebih kurang 1/4 cawan ke dalam kuali.  Tumiskan bawang besar dihiris bersama daun pandan.  Masak sehingga naik bau dan bawang menjadi layu.

2.  Kemudian masukkan pula bahan kisar dan masak cili sehingga pecah minyak dan sedikit garing.

3.  Tuangkan air asam jawa tadi dan kacau rata.  Biarkan sebentar selama lebih kurang seminit, barulah masukkan gula Melaka dan gula putih.  Kacau rata.

4.  Perasakan dengan garam secukup rasa.  Kacau sambal sehingga semuanya sebati.  Jika sambal terlalu kering, tambah sedikit air dan masak mengikut kepekatan sambal yang disukai.  SIAP!

5.  Sambal akan lebih sedap jika dibiarkan semalaman.

Wednesday, March 25, 2020

NASI LEMAK TUMIS ...









NASI LEMAK TUMIS
(TANPA SANTAN)
sumber :    jendeladapursuriantiramli ...




Bahan-Bahan :

4  cawan  beras
4 - 4 1/2  cawan  air   (ikut jenis beras masing-masing)
1  sudu kecil  serbuk kunyit
Garam


Cara Memasak :

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk nasi.  Biarkan seketika.


Bahan Tumis :

1/2  senduk  minyak masak
1  inci  halia
1  helai  daun pandan   ~   disimpul
1  batang  serai   ~  diketuk
5  ulas  bawang  merah   ~  dimayang
3  ulas  bawang putih   ~  dimayang
Rempah 4 sekawan   (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga, 3 bunga cengkih)


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan tumis di atas sehingga harum.  Tutup api.
Kemudian tuangkan ke dalam periuk nasi tadi.
Kacau rata dan "ON" kan butang periuk nasi, masak seperti memasak nasi biasa.


Sambal Ayam
sumber :    Chef Hanieliza ...


Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  tangkai  serai   ~  diketuk
1  biji  tomato   ~  dipotong dadu
1  labu  bawang besar   ~  dihiris kasar
1/2  cawan  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Untuk Sambal :

15  biji  cili merah
5  ulas  bawang kecil
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam sehingga ayam agak garing.  Angkat.
3.  Tumiskan bahan untuk sambal sehingga garing.
4.  Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
5.  Kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6.  Sedia dihidangkan.



Friday, October 4, 2019

NASI LEMAL HALBA & SAMBAL AYAM ...








RESIPI NASI LEMAK HALBA
sumber :    Fiza's Cooking ...




Bahan-Bahan :

2  cawan  beras
2  cawan  air
1  cawan  santan
3  ulas  bawang merah  ~   dimayang
1  sudu teh  halba
1/2  inci  halia  ~  dihiris nipis
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan termasuk garam ke dalam periuk nasi elektrik.  Masak nasi seperti biasa.

2.  Apabila nasi telah masak, bolehlah dihidangkan dengan sambal pilihan, kacang goreng, timun dan telur rebus atau ikut citarasa.










RESIPI SAMBAL AYAM
sumber :    majalah ...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam  ~  dipotong sederhana, cuci & toskan
2  batang  serai  ~  dititik
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Bahan Kisar :

15  tangkai  cili kering  ~  direbus hingga lembut & toskan
6  ulas  bawang merah
4  ulas  bawang putih
2  cm  halia
2  cm  lengkuas


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.  Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.

2.  Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.

3.  Masukkan air asam jawa, serai, garam, gula perasa secukupnya.

4.  Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng dan gaul rata sehingga sekata sebelum diangkat dan dihidangkan.


INFO :    Ayam sambal ini enak juga dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi.

Wednesday, January 16, 2019

LEMON RICE RECIPE...







LEMON RICE RECIPE
source from :    AFC/Sapna Anand
serves :    4




Lemon compliments every dish, giving it a kick.  Lemon rice originated from South India.  The lemon gives the rice a fresh and tangy flavour that will leave you wanting more.  This recipe is perfect when you are in a hurry because it is easy to put together in a short amount of time.  You can use any plain rice to make this dish.


Ingredients :

2  tbsp  vegetable oil
2  cups  plain cooked rice
3  tbsp  raw peanuts
1  tsp  mustard seeds@biji sawi
2  medium-sized  onions
1  large clove  garlic,  peeled
2  green  chillies
1  stalk  curry leaves
1/2  tsp  tumeric powder
Zest and juice of one lemon
Coriander leaves for garnishing
1  kaffir lime leaf@daun limau purut  (optional),  slice thinly
Salt for seasoning


Method :

1.  Finely chop onions and garlic and slit the green chillies lengthwise.
2.  Zest the lemon and squeeze the juice out of it and set aside.
3.  Heat the skillet on low heat and add in the oil.
4.  Add peanuts and roast them for about 5-7 minutes, then add mustard seeds.
5.  Add the garlic, chillies and curry leaves.
6.  Stir for a minute, then add the onions and saute until the onions soften.
7.  Add tumeric powder and salt for seasoning.  Stir well for a minute.
8.  Add the cooked rice, lemon juice and lemon zest.  Stir well.
9.  Garnish with coriander leaves and very finely chopped kaffir lime leaves.








KURMA TELUR KENTANG
sumber :    Majalah RASA Ogos 2018




Bahan-Bahan :

5  biji  telur ayam  ~  rebus & kupas kulitnya
200  ml  santan kotak
1  cawan  air
2  sudu besar  rempah kurma
1  sudu besar  serbuk ketumbar
2  biji  kentang  ~  buang kulit & belah empat
1/2  batang  lobak merah  ~  potong memanjang
2  biji  cili hijau  ~  belah dua tanpa putus
2  biji  cili merah  ~  belah dua tanpa putus
1  biji  bawang Holland  ~  belah empat
1  biji  tomato  ~  belah empat
1  keping  asam gelugor
Sedikit daun ketumbar  ~  hiris kasar
1  sudu kecil  serbuk lada sulah
Garam & gula secukup rasa
3  sudu besar  minyak masak


Bahan Hirisan :

4  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
3  cm  halia muda


Bahan Rempah Penumis :

1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
3  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga


Cara Memasak :

1.  Cucuk-cucuk telur rebus dengan garfu kemudian ketepikan.
2.  Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan sehingga wangi.
3.  Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
4.  Kacau rata sehingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air.
5.  Setelah mendidih dan kentang dan lobak merah empuk, masukkan santan dan telur.
6.  Kecilkan api dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
7.  Setelah kuah pekat, masukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah.
8.  Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.  Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.


Nota :   Lauk-pauk untuk resipi Nasi Lemon boleh gunakan resipi pilihan ikut citarasa anda...



Ayam goreng


Saturday, December 29, 2018

NASI TOMATO...







AYAM MASAK MERAH
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan A :

1  ekor  ayam  ~  dipotong 12
Garam & serbuk kunyit secukupnya untuk menggoreng ayam
2  batang  serai  ~  dititik
1  labu  bawang besar  ~  potong bulat
1  tin kecil  kacang peas  (tak letak)
1  sudu besar  hirisan gula Melaka


Bahan B :  (Dikisar)

5  ulas  bawang merah
4  ulas  bawang putih
3  cm  halia
10  tangkai  cili kering  ~  rebus hingga lembut & toskan
2  sudu besar  sos tomato
1  sudu besar  sos tiram


Cara Memasak :

1.  Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit.  Goreng hingga keemasan dan ketepikan seketika.
2.  Panaskan minyak di dalam kuali lain, tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
3.  Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula Melaka dan renihkan hingga kuah benar-benar masak.
4.  Sesuaikan rasa dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata.
5.  Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas serta matikan api...







SPICY THAI CUCUMBER SALAD
adapted from :    healingmamaremedies.com




Ingredients :

1  English  cucumber  ~  spiralized or as desired
1  green onion  ~  chopped finely
1/4  cup  chopped red onion or white onion
1/4  cup  rice vinegar
2  tbsp.  pure cane sugar
1  tsp.  sesame oil
Pinch of salt
Red pepper to taste


Instructions :

Combine rice vinegar, sesame oil, sugar and salt in a bowl and whisk until most of the sugar is dissolved.  Pour over cucumbers and onions and mix.  Garnish with green onion and red pepper to taste.








NASI TOMATO MUDAH
sumber :    linapg@Teratak Mutiara Kasih




Bahan-Bahan :

3  cawan  beras basmathi
3  cawan  air  (bergantung pada beras yang digunakan ~  saya guna 4 cawan air)
1  cawan  susu cair
2  kiub  pati ayam
Sedikit gula
4  sudu besar  tomato puri/sos tomato


Bahan Tumis :

3  ulas  bawang merah  ~  mayang/cincang
3  ulas  bawang putih  ~  mayang/cincang
2  biji  buah tomato  ~  potong kiub kecil
1  batang  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga cengkih,  jika suka
1  kuntum  bunga lawang
1  biji  buah pelaga,  jika suka
2-3  helai  daun pandan  ~  disimpul
Sedikit minyak sapi/butter
Sedikit minyak masak


Bahan Lain :

Daun pudina/Daun Sup/Kismis/Gajus


Cara Memasak :

1.  Beras dibersihkan, rendam selama 30 minit kemudian toskan.

2.  Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.

3.  Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, daun pandan, bawang merah dan bawang putih.  Tumis sekejap hingga terbit bau dan bawang sedikit layu (tidak perlu garing nanti terasa pahit).

4.  Masukkan buah tomato dan sos tomato.  Kacau sebentar hingga buah tomato lembut sedikit.  Masukkan sedikit gula (untuk seimbangkan rasa masam).

5.  Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub pati ayam.  Biarkan mendidih terlebih dahulu.

6.  Kemudian masukkan beras, gaul rata.  Biarkan seketika sambil dikacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak di dasar periuk (masak menggunakan api sederhana).

7.  Apabila nasi telah kering, kecilkan api, masukkan daun pandan dan taburkan kismis dan gajus (jika suka).

8.  Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.  (Anggaran 12-15 minit).

9.  Setelah nasi masak, tutup api dan gemburkan nasi menggunakan garfu.


Nota :    Jika ingin memasak menggunakan rice cooker, boleh terus tumis dalam rice cooker, biarkan air mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.  Masak seperti biasa.
Apabila telah KEEP WARM, Jangan terus OFF, biarkan KEEP WARM selama 20-25 minit supaya nasi masak dengan sempurna...

Saturday, December 1, 2018

NASI AYAM SIMPLE & SEDAP!!!!








NASI AYAM SIMPLE & SEDAP
sumber  :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  dipotong empat  (saya potong kecil-kecil jer)
1  paket  sup bunjut
1  labu  bawang besar  ~  dipotong empat
3  ulas  bawang putih  ~ diketuk
1  inci  halia  ~  diketuk


Cara-Cara Penyediaan :

1.  Rebus semua bahan di atas sehingga mendidih.  Kemudian keluarkan ayam dan toskan.  Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan sup dengan menambahkan kiub pati ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

2.  Ayam :   Perapkan ayam tadi dengan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu.  Goreng sehingga keperangan dan potong ketika menghidang.

3.  Kuah Cili :   Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu kecil cuka masakan dan 2 sudu besar sos cili hingga sebati.  (saya panaskan seketika, anggaran 5-10 minit).

4.  Kuah Kicap :   Campurkan 1 cawan air rebusan ayam tadi dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu kecil minyak bijan.  (saya panaskan seketika, anggaran 5-10 minit).


Untuk Nasi :

Bahan-Bahan :

3  cawan  beras  ~  cuci & toskan
4 1/2  cawan  air rebusan ayam  (saya lebihkan sedikit, bergantung pada beras yang digunakan)
3  ulas  bawang merah  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
1  inci  halia  ~  hiris
1  helai  daun pandan  ~  cuci & simpul
Lemak dan kulit ayam secukupnya
Sedikit mentega & minyak masak
1  sudu kecil  garam atau secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak campurkan sedikit mentega di dalam periuk nasi letrik, tumiskan bahan-bahan yang dihiris nipis sehingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau sehingga sebati dan pecah minyak.

2.  Masukkan pula beras dan kacau lagi dalam 1-2 minit.

3.  Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning (jika suka) dan masak seperti nasi biasa.  (Kemudian saya alihkan periuk ke dalam rice cooker tekankan 'ON' dan masak seperti biasa)...





Sunday, November 18, 2018

NASI MINYAK MUDAH...










AYAM MASAK MERAH MUDAH
sumber :    hanamemories...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam (saiz kecil)  ~  dipotong kecil
Garam & serbuk kunyit secukupnya
1/2  biji  bawang besar  ~  dimayang
3  ulas  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *
1/2  biji  tomato *
2  tangkai  cili merah *
1  batang  serai  ~  dititik
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
2-3  biji  buah pelaga
1  sudu besar  cili kisar  ~  ikut kepedasan yang diingini
2  sudu besar  sos cili
2  sudu besar  sos tomato
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak.  Ketepikan.

2.  Kisarkan bahan-bahan bertanda (*).  Panaskan minyak secukupnya kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.  Masukkan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga), serai dan cili kisar.  Tumis sehingga pecah minyak.  Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air.

3.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Masukkan ayam yang digoreng tadi, hirisan bawang besar, gaul mesra.  Biarkan sebentar sehingga bawang besar sedikit layu kemudian tutup api.

4.  Jika suka boleh tambahkan hirisan tomato dan daun ketumbar...









ACAR TIMUN & LOBAK MERAH
sumber :    hanamemories...




Bahan-Bahan :

1  biji  timun Jepun
1/2  batang  lobak merah
1  tangkai  lada merah
1  biji  bawang besar
Garam & gula secukupnya
Sedikit cuka masakan atau secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Hiris timun dan lobak merah.  Potong lada merah menyerong.  Mayang bawang besar.
2.  Dalam mangkuk, satukan semua bahan.  Gaul sebati dan sedia dihidangkan...









NASI MINYAK MUDAH
sumber :    hanamemories.blogspot.com




Bahan-Bahan :

3  cawan  beras biasa
3  cawan  air  (mengikut jenis beras, kalau perlu lebih, lebihkan)
1/2  biji  bawang besar  ~  dimayang
1  batang  kulit kayu manis
1  biji  buah pelaga
1  kuntum  bunga lawang
3  kuntum  bunga cengkih
2  sudu besar  minyak sapi
1  ketul  kiub pati ayam
1  helai  daun pandan  ~  dicuci & simpulkan
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Cuci beras sehingga bersih dan toskan.

2.  Panaskan minyak sapi.  Masukkan bawang besar, rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) dan goreng sehingga naik bau.  Masukkan daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit.  Kemudian masukkan beras.  Gaul mesra.

3.  Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.

4.  Alihkan ke dalam rice cooker dan tekankan button 'Start/On'.  Sementara itu sediakan Ayam Masak Merah dan juga Acar Timun...