Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts

Saturday, June 22, 2019

NASI & LAUK-PAUK ...








RENDANG DAGING CILI HIJAU
sumber :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

1  kg  daging batang pinang  ~  potong ikut suka, cuci bersih & toskan
250  ml  santan
2  sudu besar  kerisik
Garam secukup rasa
2  sudu besar  gula melaka
2  keping  asam gelugor
2  batang  serai  ~  diketuk
2  helai  daun kunyit  ~  buang urat & hiris halus
1/2  cawan  minyak masak untuk menumis
Sedikit air jika perlu


Bahan Kisar :

4  batang  serai  ~  hiris halus
1  inci  halia
1  inci  kunyit hidup
1  inci  lengkuas
30  biji  cili padi hijau
5  tangkai  cili hijau
6  biji  bawang merah
1  labu  bawang besar
5  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisat sehingga naik bau.  Masukkan serai yang diketuk.

2.  Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga rata.  Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk.  Guna api sederhana jer masa ni.

3.  Selepas itu masukkan santan, kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa.

4.  Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah sehingga pekat.  Masukkan daun kunyit.

5.  Bila dah cukup kering, bolehlah diangkat.

6.  Sedia untuk dihidangkan.  Sedap dimakan bersama nasi impit dan pulut kuning.


INFO :    Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu sehingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah dimasak seperti biasa.









ACAR RAMPAI
sumber :    FB @resepi ringkas




Bahan-Bahan :

1  batang  timun
1  batang  carrot
2  labu  bawang besar
3  tangkai  cili merah
3  tangkai  cili hijau
1/2  cawan  cuka masakan
1  sudu besar  gula
1  sudu besar  biji sawi
Garam
Serbuk kunyit
1  sudu kecil  kapur sireh  ~  dibancuh dengan 1  liter air


Bahan Tumis :  (mayang)

1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
3  cm  halia
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Semua sayur dipotong kecil dan memanjang.  Kemudian, rendamkan di dalam air kapur supaya rangup (anggaran 1/2 jam).

2.  Toskan sayuran tadi sehingga kering.

3.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan tumis serta biji sawi sehingga layu.

4.  Masukkan cuka masakan, garam, serbuk kunyit dan gula.  Bila mendidih, masukkan sayuran dan kacau rata.

5.  Bila nampak pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.








NASI SERAI
sumber :    norazlitaaziz, Lily & Risik Resepi...




Bahan-Bahan :

4  cawan  beras basmathi  ~  rendam dalam 1/2 jam sebelum masak
4  cawan  air  (saya lebihkan sedikit)
1/2  cawan  susu cair
1  labu  bawang Holland  ~  dadukan atau mayang halus
4  ulas  bawang putih  ~  diketuk atau dihiris
1  cm  halia  ~  tumbuk halus, ketuk atau hiris nipis
2  batang  kulit kayu manis
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
4  kuntum  bunga lawang
5  batang  serai  ~  diketuk
2  kiub  pati ayam
Garam secukup rasa
1  sudu makan  minyak sapi
2  sudu besar  minyak jagung
50  gm  kacang gajus & kismis  ~  yang ni optional, nak letak boleh, tak letak pun boleh
Sedikit hirisan daun sup  (optional)


Cara Memasak :

Panaskan periuk nasi letrik, masukkan minyak jagung dan minyak sapi.
Bila dah panas, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik harum baunya.
Kemudian tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.  Tambahkan air dan susu cair.
Kemudian masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
Akhir sekali barulah dimasukkan beras.  Tutup periuk nasi dan tanaklah nasi seperti biasa.
Bila nasi separuh masak, masukkan kismis dan gajus.
Kacau dengan chopstick, supaya nasi tidak patah dan hancur.
Tutup semua dan tanah sehingga masak.
Bila dah masak bolehlah dihidangkan dengan lauk-pauk kegemaran yang dirasakan sesuai, seperti Rendang, Ayam Masak Merah, Sambal Tumis atau apa-apa saja yang sedap. !!!

Tuesday, June 18, 2019

MASIH DI BULAN SYAWAL 2019 !!!








RENDANG DAGING PALING MUDAH & SEDAP
TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG REMPAH
sumber :    Teratak Mutiara Kasih@linapg.




Bahan-Bahan :

500  gm  daging pejal  (saya guna daging batang pinang, dipotong kiub)
500  ml  santan
4  labu  bawang besar *
5  batang  serai *
3  ulas  bawang putih *
15  tangkai  cili kering *
2  cm  halia *
2  cm  lengkuas *
2  cm  kunyit hidup *
4  batang  serai  ~  dititik
40  gm  kerisik  (lebih sikit pun tak apa)
1  keping  asam gelugor
1  sudu besar  gula merah atau gula melaka
Garam & perasa secukupnya
Minyak masak (jika menggunakan kaedah menumis)


Cara Memasak :

1.  Cili kering direbus sehingga lembut terlebih dahulu.  Masukkan semua bahan bertanda (*) ke dalam blender dan masukkan sedikit minyak dan air.  Kisar menggunakan minyak masak adalah tips supaya bahan kisar halus dan mengurangkan penggunaan air untuk ketahanan rendang (lambat basi).

2.  Panaskan sedikit minyak, tumiskan serai dan bahan kisar sehingga terbit minyak.  Kemudian masukkan gula merah.  Tumis sebentar.

3.  Masukkan daging yang telah dipotong kiub dan gaul rata dengan tumisan.

4.  Masukkan santan, kerisik dan asam gelugor.  Kacau rata.

5.  Tutup periuk/kuali dan reneh menggunakan api kecil sahaja.  Reneh sehingga rendang pecah minyak dan kering.  Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit di dasar periuk/kuali.

6.  Proses mereneh mengambil masa yang agak lama.  (Saya reneh hampir 2 jam).

7.  Bila daging empuk dan rendang hampir kering, baru masukkan garam (anggaran 1 sudu kecil sahaja garam atau secukup rasa), masukkan perasa (jika suka) dan taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.  (Boleh juga guna salah satu).

8.  Reneh sehingga kering mengikut citarasa masing-masing, kalau suka yang basah reneh sehingga mencapai tahap kering/basah-basah yang diinginkan.  Makin lama direneh rendang semakin sedap dan warna bertambah gelap.








NASI TOMATO
sumber :    Hanieliza...




Bahan-Bahan :

5  cawan  beras basmati  (saya guna beras biasa jer)
4  biji  tomato  ~  dicincang
1/2  cawan  susu cair
6  cawan  air
1/2  cawan  sos tomato
3  sudu makan  minyak sapi
Garam secukup rasa


Bahan Tumisan :

3  ulas  bawang putih  ~  dikisar
5  biji  bawang merah  ~  dikisar
1  inci  halia  ~  dikisar
2  batang  serai  ~  dititik
3  biji  buah pelaga
3  biji  bunga cengkih
1  inci  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara Memasak :

1.  Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit dan toskan.  (Saya guna beras biasa dan rendam sekejap saja, anggaran 20 minit).

2.  Panaskan minyak sapi di dalam kuali kemudian tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.

3.  Masukkan tomato dan garam.  Gaul rata.  Kemudian masukkan susu cair, air dan sos tomato.  Biarkan mendidih.

4.  Pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi elektrik yang sudah dimasukkan beras.  Biarkan masak seperti biasa.

5.  Apabila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan bagi mengelakkan nasi hancur.

6.  Hidangkan bersama Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Dalca atau Kerabu Timun (ikut citarasa).

Tuesday, April 9, 2019

SAMBAL AYAM & SUP PETOLA...







SAMBAL KICAP AYAM
sumber :    hanieliza...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  batang  serai  ~  diketuk
5  helai  daun limau purut  ~  dicarik
5  sudu besar  kicap
2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  minyak masak
Garam  ~  sekiranya perlu


Bahan-Bahan Dikisar :

20  tangkai  cili kering
5  ulas  bawang merah
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1/2  cawan  air




Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh bersih dan toskan.
2.  Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5.  Masakkan hingga naik minyak.
6.  Sedia dihidangkan.









SUP SAYUR PETOLA
oleh :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

1  biji  petola
2  keping  tauhu  ~  dipotong kiub
2  ulas  bawang putih  ~  hiris halus
3  biji  bawang merah  ~  hiris
1  biji  lada merah  ~  hiris
1  biji  telur  ~  dipukul ringan
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit petola dan potong ikut citarasa.

2.  Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.  Tumis bawang merah, bawang putih hingga berbau harum.

3.  Masukkan sedikit air atau secukupnya dan biarkan ia mendidih.

4.  Apabila mendidih masukkan sayur petola, tauhu, cili merah dan telur, kacau dan biarkan mendidih.

5.  Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.  Tutup api.

6.  Sedia dihidangkan.

Friday, December 21, 2018

LABU MASAK LEMAK TULANG IKAN TALANG KERING...







LABU MASAK LEMAK DENGAN
TULANG IKAN TALANG KERING
sumber :    salamisimon1.blogspot.com




Bahan-Bahan :

200  gm  labu manis  ~  kupas kulit, dipotong dadu
4  keping  tulang ikan talang kering
100  gm  sayur cekur manis
4  ulas  bawang putih *
4  ulas  bawang merah *
7  biji  cili padi *  ( * ditumbuk )
1  batang  serai  ~  dititik
1  sudu kecil  serbuk kunyit
1  cawan  santan pekat
Garam & perasa (jika suka)


Cara Memasak :

1.  Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2.  Masukkan serai dan serbuk kunyit, kacau sebati.
3.  Masukkan labu dan tambahkan 300 ml air.  Biarkan mendidih atau sehingga labu empuk.
4.  Masukkan tulang ikan talang kering, kacau sebati.
5.  Masukkan santan pekat dan diakhiri dengan sayur cekur manis.  Masukkan garam dan perasa.
6.  Sesuaikan rasa, tutup api.  Sedia dihidangkan...










SAMBAL SARDIN
sumber :    hanieliza




Bahan-Bahan :

1  tin besar  sardin
3  sudu besar  sos tomato
2  biji  tomato  ~  dibelah 4
1  labu  bawang besar  ~  dihiris kasar
5  biji  limau kasturi  ~  diambil jusnya
3  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Dikisar :

15  tangkai  cili kering  ~  rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
10  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak.
2.  Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato.  Kemudian kacau rata.
3.  Masukkan buah tomato dan kacau rata.
4.  Tutup api dan masukkan jus limau. 
5.  Sesuaikan rasa, tutup api.  Sedia dihidangkan...

Sunday, June 18, 2017

PAPRIK SEAFOOD...









PAPRIK SEAFOOD
rujukan :    resipisedap/MAHN@Fauziah Yahya...




Bahan A :

100  gm  sotong  ~  dipotong
100  gm  udang  ~  dikupas kulit
100  gm  bunga kobis  ~  dipotong
5  gm  kacang panjang  ~  dipotong
1/2  biji  bawang Holland  ~  dihiris
1/2  tangkai  cili merah  ~  dihiris
2  tangkai  cili padi
1  batang  serai  ~  dititik
Sedikit daun limau purut


Bahan B :

3  ulas  bawang putih  ~  dihiris/dicincang
2  sudu besar  cili kisar
Sedikit minyak masak


Bahan C :

2  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  sos cili
Sedikit kicap pekat
Garam & gula secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya dan tumiskan Bahan B dan serai sehingga naik bau.
2.  Kemudian masukkan udang dan sotong.
3.  Biarkan seketika, lalu masukkan Bahan A dan biarkan selama 2 minit sambil dikacau.
4.  Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih seketika, tutup api.
5.  Sedia dihidangkan...

Wednesday, August 21, 2013

GULAI NENAS IKAN MASIN








GULAI NENAS IKAN MASIN


sumber :   Majalah RASA Mei 2012



Bahan-bahan :

300  gm        ikan talang masin atau ikan masin lain (dipotong nipis)
200  gm        nenas (dipotong dadu)
 1/2  kg         santan (600 ml =  400 ml santan cair + 200 ml  santan pekat)
    1  batang   serai  (dititik)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam & gula secukupnya


Bahan tumbuk/kisar :

10  biji     cili padi
  1  labu   bawang besar


Cara Memasak :

1.   Masukkan santan cair ke dalam periuk.  Masukkan serai, serbuk kunyit serta bahan tumbuk.  Kacau sebati.
2.   Masukkan ikan masin dan kepingan nenas.  Didihkan sehingga nenas layu.
3.   Tuangkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
4.   Masakkan dengan api perlahan sehingga mendidih.  Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.

Thursday, August 1, 2013

PAJERI NENAS







PAJERI NENAS TANPA SANTAN



sumber  :  Intaidapur
dicuba   :  zaralovebaking



Bahan-bahan :

1   biji         nenas  (dipotong bulat atau separuh bulat)
2   tbsp       rempah kari daging/ikan
2   tbsp       kerisik
2   sm.        kulit kayu manis
2   kuntum   bunga lawang
5   biji          buah pelaga
2   biji          bawang besar     )
3   ulas         bawang putih     )  dikisar
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak


Cara Memasak :

     Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.  Masukkan rempah kari dan sedikit air.  Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.  Apabila rempah telah pecah minyak, masukkan sedikit air dan juga nenas.  Biarkan mendidih seketika.  Masukkan kerisik, kacau rata.  Peraskan dengan garam dan gula secukupnya dan angkat.  Sedia untuk dihidangkan.

Monday, July 22, 2013

SAMBAL GORENG KENTANG








SAMBAL GORENG KENTANG



rujukan  :  buku resipi Chef Hanieliza



Bahan A :

4  biji        kentang (dibuangkan kulit)
1  tsp        gula
1  tsp        cuka  (tak letak)
2  biji        telur  (dipikul ringan & digorengkan hancur - saya tambah)
1  cawan   minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B :  (Dikisar)

1  tbsp    cili giling
1  labu    bawang besar
2  ulas     bawang putih


Cara Membuat :

1.   Kentang dipotong baji.  Basuh dan toskan.
2.   Panaskan minyak dan gorengkan kentang hingga garing.
3.   Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak.
4.   Masukkan garam, gula dan cuka (jika guna).  Kemudian kacau rata.
5.   Masukkan kentang goreng, telur hancur dan kacau sekali lagi.
6.   Sedia dihidangkan.