Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

Thursday, June 11, 2020

BROWNIES BLUEBERRY CHEESE











RESEPI BROWNIES BLUEBERRY CHEESE
( Mariana Zainal )
Loyang :    8 x 8 inch




Bahan A :   Brownies 

200  gm  coklat masakan dark compound (guna Beryl's)
75  gm  butter

***  cairkan kedua-dua bahan ini secara double-boiler, dah elok cair biarkan sekejap agak-agak suam jer.


Bahan B :

2  biji  telur gred A
80  gm  gula perang


***  satukan kedua-dua bahan ini, kacau menggunakan whisk sehingga gula betul-betul larut.


Bahan C :

50  gm  tepung self-raising@tepung naik sendiri
15  gm  serbuk koko@coklat


***  ayak kedua-dua bahan ini.


Cara-Cara :

Satukan Bahan A dan Bahan B, kacau sebati menggunakan whisk kemudian masukkan Bahan C, kacau lagi.
Adunan memang agak berat.  Kacau jer sebati.
Lapik baking paper dalam loyang bersaiz 8x8 inci, kertas baking lebihkan daripada loyang untuk mudah keluarkan nanti.
Masukkan adunan, ratakan, nak tabur badam pun boleh.
Panaskan oven Suhu 160'C selama 10 minit api atas dan bawah.
Bakar brownies selama 30 minit.  Sambil-sambil tu siapkan adunan/bahan cheese.


Bahan Cheese :

250  gm  cream cheese   ~  suhu bilik
80  gm  gula kastor
1  biji  telur gred A
2  sudu besar  tepung gandum


Bahan Lain :   Blueberry filling atau ikut citarasa


Cara-Cara :

Pukul cheese dan gula kastor sehingga kembang.  Masukkan telur pukul lagi kemudian masukkan tepung, pukul sebati.
Bila brownies dah masak, bolehlah dituangkan bahan cheese di atas brownies tu tadi, ratakan, drizzlekan filling blueberry atau dot-dotkan, selepas itu lorek menggunakan lidi sate dan bakar lagi selama 18 minit.   
SIAP !



Saturday, June 6, 2020

BROWNIES










RESEPI BROWNIES MELETOP
sumber :    FB@Asmawati Ayob




Bahan-Bahan :

100  gm  mentega
100  gm  gula kastor
90  gm  gula perang
2  biji  telur gred A
40  gm  chocolate chip/chocolate coin
1  sudu kecil  serbuk kopi   (boleh kurangkan ke 1/2 sudu kecil jika tidak suka pahit-pahit kopi)
100  gm  tepung gandum
40  gm  serbuk koko
1/2  sudu kecil  garam


--- Adunan ini cukup untuk loyang saiz 7 x 7 inci, gris & alas baking paper.


Cara-Cara :

1.  Satukan mentega, gula kastor dan gula perang di dalam kuali.  Nyalakan api kecil.  Kacau sampai nampak macam ada minyak-minyak naik tepi-tepi atas, tutup api.  Jangan sampai didih ok.

2.  Tunggu sekejap dalam 7-8 minit bagi suam-suam panas sikit baru masukkan telur.  Jangan masukkan masa panas, nanti jadi telur dadar pula.

3.  Proses-proses seterusnya tak perlu buka api dan teruskan mengacau dalam kuali yang sama, masukkan telur.  Masukkan chocolate chip.

4.  Kacau-kacau lagi sampai chocolate chip cair dan adunan menjadi kaler gelap.

5.  Tambah serbuk kopi segera (kopi perlu untuk naikkan rasa ummph coklat tadi).  Kemudian kacau sekata.

6.  Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko dan garam (ayakkan dulu).  Kacau-kacau semua perlahan-lahan.

7.  Panaskan oven terlebih dahulu.  Masukkan dalam loyang 7x7 inci.  Bakar pada suhu 180'C selama 35 minit@hingga masak (bergantung pada oven masing-masing).

8.  Tunggu sejuk sedikit baru keluarkan dari loyang dan potong...Siap !





Wednesday, May 27, 2020

FUDGE BROWNIES









FUDGE BROWNIES (tekstur kenyal)
(Fara Sulaiman)




Bahan A :

180  gm  dark chocolate compound
90  gm  butter


Bahan B :

100  gm  tepung gandum
35  gm  serbuk koko atau serbuk coklat
1  gm  baking powder   (1/4 sudu teh)


Bahan C :

2  biji  telur gred A atau B
150  gm  gula aising   ~  ayak
1  sudu kecil  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Pukul manja Bahan C.

2.  Ayak Bahan B.

3.  Cairkan Bahan A secara double boiler.

4.  Masukkan Bahan A yang dicairkan tadi ke dalam Bahan C.  Gaul sebati menggunakan spatula atau whisk.

5.  Masukkan Bahan B dan gaul sebati.

6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 8 x 8 inci, alas baking paper (lebihkan baking paper untuk memudahkan brownies dikeluarkan dari loyang).

7.  Masa membakar menggunakan oven biasa, 15 minit pertama Suhu 150'C menggunakan api atas bawah kemudian 25 minit dengan Suhu 140'C dan menggunakan api bawah sahaja.



Sunday, April 19, 2020

BROWNIES ...








RESIPI BROWNIES
sumber :    FB@Cara Mudah Buat Kek
kredit to :    Akfan




Bahan-Bahan :

200  gm  dark chocolate/milk compound
75  gm  salted butter
50  gm  gula perang
50  gm  gula kastor
2  biji  telur gred A
1/2  sudu kecil  esen vanilla
50  gm  tepung naik sendiri@self-raising flour
15  gm  serbuk koko


Cara-Cara :

~    cairkan butter dan dark chocolate/milk compound secara double boiler hingga cair dan sebati.
~    dalam bekas lain, kacau telur, kedua-dua jenis gula dan esen vanilla hingga sebati.
~    ayak tepung naik sendiri dan serbuk koko.
~    masukkan adunan coklat dan telur tadi, sebatikan.
~    kemudian tambahkan adunan tepung dan serbuk koko yang diayak sedikit demi sedikit, sebatikan.
~    tuangkan ke dalam loyang 7 inci x 7 inci, digris dan di alas dengan baking paper.
~    panaskan oven dulu Suhu 160'C.
~    bakar selama 20-30 minit/sehingga masak.


Bahan Salted Caramel :

165  gm  gula kastor
75  gm  salted butter
100  ml  whipping cream 'dairy
1  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

~    cairkan gula kastor dalam saucepan/kuali hingga perang.  Setelah semua gula cair dan kelihatan perang, masukkan butter dan kacau dalam 2-3 minit.
~    masukkan whipping cream, kacau dan biarkan menggelegak selama 1 minit.
~    tutup api dan seterusnya masukkan garam dan kacau.
~    biarkan caramel sejuk sebelum digunakan.






Saturday, February 1, 2020

FUDGY BROWNIES ...










FUDGY BROWNIES
sumber :    Insta@che_78




Bahan A :

150  gm  dark chocolate compound/coins
60  gm  butter
30  gm  minyak

**  cairkan secara double boiler


Bahan B :

75  gm  tepung gandum
25  gm  susu tepung
35  gm  serbuk koko

**   campurkan lalu diayak


Bahan C :

2  biji  telur   (saya guna gred A)
150  gm  gula halus/kastor/perang
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

panaskan oven pada suhu 170'C.
~  gliskan loyang 7 inci dan lapikkan baking paper.
~  pukul guna whisk tangan Bahan C sampai gula larut.
~  masukkan Bahan A, gaul rata.
~  akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul hingga sebati.
~  masukkan ke dalam loyang, ratakan, susunkan kekacang pilihan.
~  kemudian bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (masa bergantung pada oven masing-masing).

Monday, October 21, 2019

ULTIMATE BROWNIE MUFFINS ...









ULTIMATE BROWNIE MUFFIN RECIPE
adapted from :    www.prettysimplesweet.com
yields :    12 muffins  (me :  15 pcs)




These are the ultimate brownie muffins --- dark, rich, dense and fudgy with a deep to-die-for chocolate flavor.


Ingredients :

113 gm  bittersweet or semisweet chocolate, coarsely chopped
113  gm  unsalted butter, cut into small pieces   (1/2 cup)
1/3  cup plus 1 tablespoon  all-purpose flour   (55 gm)
1/3  cup  unsweetened cocoa powder  (Dutch-processed)   (35 gm)
1/8  tsp  salt
2  large  eggs
3/4  cup  granulated sugar   (150 gm)


Instructions :

1.  Preheat oven to 350'F/180'C.  Line 12 muffin cups (me :  15 muffin cups) with liners.  Set aside.

2.  To make the brownies :   In a medium heatproof bowl, place chocolate and butter.  Heat mixture in the microwave in 20-second intervals, stirring between each interval, until melted.  Alternatively, you can set the bowl over a saucepan of simmering water, stirring occasionally.  Set aside.

3.  In a small bowl sift flour, cocoa powder and salt.  Set aside.

4.  Using a mixer fitted with the whisk attachment, whisk eggs and sugar on high speed until thick and pale, about 4 minutes.  Reduce speed to low and slowly add in chocolate mixture.  Stop the mixer.  Add flour mixture and fold, using a rubber spatula, just until combined.  DO NOT OVERMIX.

5.  Divide batter between liners, filling them about 3/4 full.  (If you wish, you could top it with mini oreo).  Bake for 13-16 minutes or until a toothpick inserted into the center of the muffins comes out with moist crumbs and not dry.  Be careful not to overbake as this will make the brownies dry.  Transfer to a wire rack and let cool for 10 minutes before removing from pan.  Allow muffins to cool completely on a wire rack.   
Serve !!!

Monday, October 7, 2019

BROWNIES LAGI !!!



Buat lagi Brownies Fudgy atas permintaan anakanda...


Wednesday, October 2, 2019

WALNUT FUDGY BROWNIES ...






sangat sedap, fudgy..enak juga dinikmati bersama ais krim pilihan dan strawberry filling...






WALNUT FUDGY BROWNIES
sumber :    Insta@resepikitchen
By@cheta_78




Bahan A :

150  gm  dark chocolate compound  (potong kecil-kecil)
60  gm  butter
30  gm  minyak


****  cairkan secara double boiler bahan A sehingga larut.


Bahan B :

75  gm  tepung gandum
25  gm  susu tepung
35  gm  serbuk koko


**** campurkan kesemua bahan B lalu diayak.


Bahan C :

2  biji  telur   (me :   ukuran besar, gred A)
150  gm  gula halus/kastor/perang   (me :   gula perang)
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Lain :

Kekacang Walnut secukupnya


Cara-Cara :

Panaskan oven pada suhu 170'C.
Griskan loyang bersaiz 7" x 7" persegi dan lapikkan dengan baking paper.
Pukul menggunakan whisk tangan bahan C sampai gula larut.
Kemudian masukkan bahan A, gaul rata.
Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang disediakan, ratakan, susunkan walnut di atasnya.
Kemudian bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak (masa bergantung pada oven masing-masing).

Monday, August 19, 2019

BEST EVER BROWNIE RECIPE ...











GEMMA'S BEST EVER
BROWNIE RECIPE
adapted from :    biggerbolderbaking.com




Ingredients :

1  cup  butter,  melted and cooled  (225 gm)
2  tbsp  vegetable oil  (coconut or canola)
1  cup plus 2 tablespoons  brown sugar  (184 gm)
1  cup plus 2 tablespoons  white sugar  (244 gm)
4  large  eggs,  room temperature
4  tsp  vanilla extract
1  cup  all purpose flour  (142 gm)
1  cup  good quality,  unsweetened cocoa powder  (115 gm)
1  tsp  salt
1 1/2  cups  roughly chopped chocolate OR large chocolate chips  (225 gm)


Instructions :

1.  Preheat the oven to 350'F/175'C then line a 7 x 11 inch baking tray with parchment paper and set aside.

2.  In a large bowl combine melted butter, oil and both sugars.

3.  Add the eggs, vanilla extract and salt then whisk for about 1 minute until evenly combined and light in colour.

4.  Over the same bowl sift in the flour and cocoa powder.  Gently fold the dry ingredients into the wet ingredients until JUST combined (do NOT over mix).  Fold in half of the chocolate chunks.

5.  Pour the batter into the prepared pan, then smooth the top.  Generously top with the remaining chocolate chunks.  (me :   sprinkle some almond flakes as well)

6.  Bake for 35-40 minutes, or until the centre of the brownies no longer jiggles and is JUST set to the touch.

7.  Remove from the oven and allow to cool to room temperature before removing from the baking tray and slicing into 16 brownies.
Enjoy !!!

Friday, June 28, 2019

BANANA CHOCOLATE BROWNIES ...





 It's also delicious serve with vanilla ice-cream...





BANANA CHOCOLATE BROWNIES
adapted from :    anncoojournal.com




Dry Ingredients :

125  gm  cake flour or plain flour  (1 cup)
40  gm  Valrhorna cocoa powder  (3/8 cup)
3/4  tsp  baking soda
3/4  tsp  baking powder
1/8  tsp  salt
130  gm  caster sugar  (3/4 cup)


Wet Ingredients :

1  large  egg
1  overly-ripe  banana,  about 250 gm without skin, mashed  (1 cup)
60  ml  corn oil  (1/4 cup)
60  ml  warm water  (4 tablespoon)
120  ml  fresh milk  (1/2 cup)
1  tsp  vanilla extract


Chocolate Ganache :

110  gm  semi-sweet chocolate,  chop into small pieces  (3/4 cup)
85  gm  dairy whipping cream  (1/2 cup)
15  gm  soft butter  (1 tablespoon)


Instructions :

1.  Sift all the dry ingredients into a large bowl and combine well with sugar.

2.  Combine egg and mashed banana and remaining wet ingredients into another bowl.  Stir well with a hand whisk.  Then pour mixture into the dry ingredients.  Fold well with a spatula till batter mixture just combined.  (Do Not Over Mix).

3.  Pour chocolate batter mixture into a 8-inch square baking pan (grease with butter or cooking spray and line pan).  Bake in the pre-heated oven at 180'C for about 30-35 minutes or till a skewer inserted into center of the cake comes out clean.

4.  Leave cake in the pan and cool down cake completely before frosting with ganache cream.

5.  Ganache Cream :   Place chopped chocolate pieces and butter into a bowl, set aside.

6.  Bring whipping cream to a boil at medium heat, then pour over the chocolate pieces.  Stir chocolate till smooth.

7.  Chill the ganache cream in fridge for about 30 seconds to 1 minute to thicken a little.  Remove cake from pan.  Stir well ganache cream again and spread it on top of cake with spatula.

8.  Cut cake into desired sizes and serve immediately or store in the fridge in an airtight container.  These brownies still stayed soft even after chilled for 3 days.  Enjoy !!!