Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Pulut.... Show all posts
Showing posts with label Pulut.... Show all posts

Saturday, July 6, 2019

PULUT KUNING ...









PULUT KUNING
sumber :    skybluemelleymey.blogspot.com




Bahan-Bahan :

500  gm  beras pulut
3/4  camca teh  serbuk kunyit
1  keping  asam gelugor
1  cawan  santan cair *
3/4  camca teh  garam *   ( * disatukan & kacau rata )
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
100  ml  pati santan  (santan pekat)


Cara Penyediaan :

1.  Cuci beras pulut kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor.  Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam.  Kemudian toskan dan masukkan ke dalam loyang  (saya guna loyang saiz 9 inci).

2.  Tuangkan santan cair dan masukkan daun pandan.  Kukus atas air mendidih selama 15 minit.  Kareh atau gaulkan pulut tadi.

3.  Selepas 15 minit, tuangkan pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau sehingga pulut masak.  Keluarkan daun pandan dan bolehlah dihidangkan bersama sambal tumis, rendang, kari atau serunding.

kredit :  CMG@tiffinbiru









SAMBAL AYAM
sumber :    buku masakan Chef Hanieliza...




Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  tangkai  serai  ~  diketuk
1  biji  tomato  ~  dipotong dadu
1  labu  bawang besar  ~  dihiris kasar
1/2  cawan  minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan Untuk Sambal :

15  biji  cili merah
5  ulas  bawang kecil
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam hingga ayam agak garing.  Angkat dan ketepikan.
3.  Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan untuk sambal hingga garing.
4.  Masukkan kembali ayam, serai tadi, bawang besar dan tomato.
5.  Kacau rata dan biarkan hingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Monday, July 30, 2018

KUAH DURIAN...









RESEPI KUAH DURIAN




Bahan-Bahan :

10  ulas  durian atau secukupnya
Santan dari sebiji kelapa atau secukupnya
2  sudu besar  gula pasir
1  sudu kecil  garam halus
Sedikit air, jika perlu


Cara-Cara :

Masukkan beberapa ulas durian ke dalam periuk.
Tambahkan santan, gula dan garam juga sedikit air.
Jika suka, boleh juga dimasukkan susu pekat sedikit.
Kacau sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak.
Jika rasa terlalu pekat, masukkan air secukupnya.  Sesuaikan rasa kemanisannya sesuai selera.
Tutup api, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut kukus, roti, roti jala dan lain-lain ikut selera...

Saturday, July 21, 2018

PULUT SERUNDING...










RESEPI PULUT SERUNDING
rujukan :    Teratak Mutiara Kasih@LiNa Pg...




Bahan Pulut :

1  cawan  beras pulut  (saya guna beras pulut susu & rendam selama 20 minit)
1  cawan  santan cair
Garam & gula secukupnya
1  helai  daun pandan  ~  cuci & simpul


Cara-Cara :

1.  Cuci beras pulut sehingga airnya jernih, rendam selama 15 minit.  Kemudian toskan.

2.  Satukan santan, garam, gula ke dalam periuk, kacau sehingga garam dan gula larut.  Sesuaikan rasanya.

3.  Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.  Masak atas dapur menggunakan api kecil.  Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak di dasar periuk.

4.  Bila pulut dah kering, kecilkan api (masak macam nasi), tunggu sehingga pulut betul-betul masak.  Dah siap!!!  (saya menggunakan cara kukus pulut sehingga masak sepenuhnya)...


Bahan Serunding Kelapa :
(boleh digunakan sebagai inti cucur badak)

1/2  biji  kelapa parut putih
2  sudu besar  udang kering  ~  tumbuk kasar
1  ulas  bawang putih *
1  batang  serai *
1  ulas  bawang merah *
1/2  cm  halia *
1  cm  kunyit hidup *  ( * ditumbuk )
2  sudu besar  cili giling
2  sudu besar  gula atau secukupnya
Sedikit garam
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak secukupnya, tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk sehingga garing.  Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan garam dan gula, kacau rata.  Masukkan kelapa parut, gaul sebati.  Kacau sehingga inti kering.  Sesuaikan rasanya, biar ada sedikit pedas, manis-manis dan masin.  Tutup api, ketepikan.  Hidangkan bersama pulut...

Thursday, February 2, 2017

PULUT KUNING...








PULUT KUNING
rujukan  :     Citarasawan...




Bahan-Bahan :

500  gm  beras pulut susu
1  keping  asam gelugur
2  sudu teh  serbuk kunyit
2  helai  daun pandan  -  disimpul
200  ml  santan pekat
200  ml  air
1 1/2  sudu teh  garam


Cara-Cara :

1.  Cuci beras pulut kemudian direndam semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.

2.  Kemudian toskan beras pulut, ketepikan/keluarkan asam gelugur dan kukus beras pulut dengan daun pandan kira-kira selama 30 minit atau sehingga 3/4 masak.

3.  Angkat pulut letakkan di dalam mangkuk besar.

4.  Gaulkan santan dan garam dan kacau bersama pulut tadi.

5.  Kukus semula selama 15-20 minit atau sehingga masak sepenuhnya...


RESIPI PULUT KUNING
rujukan  :   Teratak Mutiara Kasih@LinaPg...




Bahan-Bahan :

5  cawan  beras pulut
1  keping  asam gelugur@asam keping
2  sudu teh  serbuk kunyit
3  cawan  santan pekat
Garam & gula secukupnya


Cara-Cara :

1.  Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan.

2.  Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut.  Masukkan asam keping.  Gaulkan supaya beras pulut rata dengan warna kuning.  Rendam semalaman.

3.  Toskan beras, keluarkan asam keping (jangan pula dikukus dengan asam keping sekali pulak...).

4.  Sementara itu panaskan pengukus.  Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dengan daun pisang (tutup lubang pengukus sedikit - nanti bolos abes beras pulut tu pula).

5.  Kukus beras pulut (pastikan air pengukus sudah mendidih dulu) selama 20 minit (beras separuh masak).

6.  Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.  Kacau sekejap di atas api hingga naik wap.  JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MINYAK.  Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.

7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar.  Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.  Buat sehingga santan habis.  Selepas ini kita akan nampak pulut macam basah-basah gitu.  Proses ini dipanggil ARUN.

8.  Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang.  Biarkan sekejap (dalam 8-10 minit) supaya pulut sebati dengan santan.

9.  Masukkan semula ke dalam kukusan, kukus selama 20-30 minit (hingga pulut kuning betul-betul masak).

NOTA :   Tujuan meletakkan asam keping supaya pulut kuning akan cantik & berkilat...





Wednesday, February 1, 2017

PULUT KUNING...MY 1ST ATTEMPT!!!!



 CONTOH :   Pulut Kuning dengan hiasan yang simple saja,
buat makan-makan untuk kami sekeluarga.  Agak lama juga tidak membuatnya
hampir lupa untuk membuatnya, mujur ada rujukan dari teman-teman bloggers;
terima kasih buat Pn Yati dari  blog Cahaya Hidupku, blog Citarasawan, blog Sajian Dapur Bonda dll..