Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Cookbook. Show all posts
Showing posts with label Cookbook. Show all posts

Thursday, June 28, 2018

COOKBOOK...






26/6/2018 (Selasa)  Buku masakan terbaru ku, beli di POPULAR Bookstore,
Mantin...


Friday, July 21, 2017


16/7/2017 (Ahad) Buku terbaru ku, beli di Mid Valley, KL...

Wednesday, August 24, 2016

TERJEBAK LAGI!!!!!


 23/8/2016 (Selasa) -  Jalan-jalan di TESCO Semenyih terjumpa buku ni, apalagi tanpa berfikir panjang terus jer beli.  Siap dapat special discount dari tauke kedai. Harga asal RM59.90 tauke bagi RM50.00 apalagi grab jer la...hahaha...
Dalam buku ni memang terdapat banyak resipi-resipi yang mudah dan menyelerakan untuk dicuba bagi surirumah atau sesiapa saja yang baru mula berjinak-jinak untuk belajar memasak. Boleh/sesuai juga dihadiahkan pada teman, anak-anak atau pada bakal pengantin. Tidak rugi membelinya...


Monday, May 9, 2016

HADIAH SEMPENA 'HARI IBU 2016'...


 Pemberian dari teman anakanda tercinta sempena 'Hari Ibu' yang jatuh pada 8/5/2016 (Ahad)
yang juga merupakan harijadi anakanda ku AJ, terima kasih..
semoga persahabatan kalian berkekalan hendaknya...


Tuesday, March 1, 2016

Saturday, August 1, 2015

BUKU

 My latest collection...

Sunday, May 24, 2015

Friday, February 27, 2015

New Cookbook Again!!

 Pengarang :  Christina Yang

Wednesday, February 4, 2015

My latest cookbook!!!

beli di kedai buku Borders, IOI Mall Putrajaya..

Thursday, January 15, 2015

BELI LAGI!!!!!!


 Yang ini saya belikan untuk anak gadis saya yang bakal bersalin
tidak lama lagi yang kini  berada di Johor sebagai rujukan...



Monday, January 5, 2015

KOLEKSI BUKU TERBARU KU UNTUK TAHUN 2015


 Jalan-jalan di MPH Alamanda bersama suami,  terjumpa  pula buku resipi  yang agak  menarik perhatian ku.  Apalagi belilah satu.  Pantang saja terjumpa buku masakan terbaru, pasti nak beli...


Thursday, October 16, 2014

My latest collection...

 Baking by Lynn Hassan

Tuesday, September 30, 2014

My latest collection of cookbooks....2014


 Bought for my elderst daughter...


Tuesday, July 1, 2014

Monday, February 17, 2014

My latest cookbooks yang sempat dibeli.






 Kedua-dua buku ni sempat ku beli ketika menemani anak-anak ke shopping complex Jaya Jusco di Balakong (14/2/2014 - Jumaat).  Cadangnya nak beli buku 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib, Chef Hanieliza.  Bila tanya dengan cashier kesemua buku tersebut telah habis.  Mujur juga salah seorang dari cashier disitu telah bermurah hati memberi pada saya buku beliau yang telah disimpan untuknya.  Ada juga orang yang bersimpati dengan ku.  Maka dapatlah buku yang selama ini ku hajati.  Terima kasih kepada cashier tersebut.


Sunday, November 10, 2013

Koleksi buku terkini


Koleksi terkini untuk simpanan peribadi.  Pantang jumpa buku resipi yang menarik hati pasti ku beli.


Wednesday, July 24, 2013

Buku lagi


Hari ni beli lagi buku resipi & Majalah SAJI Ogos 2013.  Pantang ternampak buku-buku yang agak menarik, pasti teruja nak membelinya..hihihi...



Saturday, July 20, 2013

Pelbagai buku

Assalam teman-teman!  Hari ni pergi Alamanda dengan anak kedua ku jalan-jalan sambil menjamu mata.  Cadang hendak membeli sesuatu barang peribadi tetapi lain pula yang dibeli.  Inilah dia barang yang ku beli iaitu pelbagai buku resipi dan buku agama.  Buku resipi termasuk keluaran dari blogger yang tak asing lagi itu Pn. Nor Azlita Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan 'FromIntanKitchen'.  Ada 3 siri kesemuanya.  Saya pun apalagi terus membeli ketiga-tiganya sekali.  Best isi kandungannya dan juga buku-buku lain termasuk buku Himpunan Kisah Benar tapi Pelik  karangan 'Dr. Hj. Zahazan Mohamed', Bukan Sekadar Resipi, Mudahnya Masak Sarapan & Macaron.  Terbang juga RM152.00.
     Kemudian pergi buat facial kerana sudah lama tak buat facial, terbang lagi RM80.00.  Tapi berbaloi juga memandangkan ketika itu kena migrain jadi bila dapat buat facial hilang sakit kepala.  Selain berfacial dapat juga urutan kepala.  Hilanglah segala sakitnya.  Sekali-kali dapat keluar bersiar-siar seronok juga taklah terperosok di dapur jer.  Betul tak kawan-kawan..hehehe...
    Bye hingga ketemu di lain siaran.....





Monday, November 5, 2012

Beli buku lagi.


 Pantang terjumpa buku yang menarik pasti ku beli.  Kali ini ku jumpa
buku-buku yang menarik ini ketika mengunjungi kedai buku Kinokuniya di KLCC
ketika pergi menjemput anak gadis ku yang bekerja di situ (Petrosains).