Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Minuman/Jus. Show all posts
Showing posts with label Minuman/Jus. Show all posts

Wednesday, August 12, 2020

RASPBERRY SMOOTHIE




 


RASPBERRY SMOOTHIE RECIPE

adapted from :    blendedsmoothies.com



Ingredients :

2  cups  frozen raspberries
1  frozen  banana
2  tbsp  lime juice
2  cups  milk
1  tbsp  sugar or honey according to taste

Directions :

1.  Place all of your ingredients into your blender.
2.  Blend until smooth.
3.  Top with fresh raspberries if desired.
4.  Serve immediately.

Tuesday, August 4, 2020

MANGO LASSI









RESIPI 'MANGO LASSI'
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

2  biji  mangga masak ranum saiz sederhana
1  bekas kecil  yogurt tanpa perisa (atau boleh juga guna yang berperisa mangga)
1  cawan  susu segar (atau susu rendah lemak)
Gula, jika perlu  (dalam 1-2 sudu besar, tapi saya tak letak sebab mangga dah manis)
Secubit garam
Sedikit buah mangga yang didadu sebagai hiasan
Ais kiub secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Cuci buah mangga tadi, kupas kulitnya dan ambil isi buah mangga tadi.  Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama dengan yogurt, susu segar, secubit garam dan gula (jika guna).  Kisar sehingga halus dan sebati.

2.  Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai dan sejukkan.  Hidangkan dengan menambah buah mangga yang dipotong dadu dan sedikit ais kiub, jika suka.

Monday, August 3, 2020

JUS ALPOKAT@JUS AVOCADO









RESEPI JUS ALPOKAT@
JUS AVOCADO
sumber :    myresipi.com




Bahan-Bahan :

1  biji  buah Avocado yang masak ranum
1  cawan  susu segar
2  sudu besar  susu pekat manis
Sedikit coklat cair@Hershey's@home-made sos coklat
Ais kiub secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Cedok isi buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan ke dalam blender.

2.  Masukkan susu segar dan susu pekat manis.

3.  Blend@kisar sehingga halus (semakin lama dikisar, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair.

4.  Picitkan coklat cair secukupnya di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas (sebagai tambah rasa).  Masukkan ais kiub secukupnya.  SIAP !  Sedia untuk dinikmati.


Friday, June 12, 2020

SMOOTHIE PISANG/BANANA SMOOTHIE









SMOOTHIE PISANG@
BANANA SMOOTHIE
sumber :    resipicitarasawan




Bahan-Bahan :

1  cawan  susu segar sejuk
1  biji  pisang berangan
1  sudu kecil  gula perang   (optional)
4  biji  kurma   ~  buang biji   (saya tambah)
Ketulan ais secukupnya

Hiasan :   Ais krim vanilla secukupnya   (optional)


Cara Penyediaan :

Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.  
Tuangkan ke dalam gelas.
Sedia dihidangkan.

Friday, March 20, 2020

DALGONA COFFEE VIRAL ...






ASMR Dalgona Coffee (Viral)
sumber :    you tube@buat orang lapo ...




Bahan-Bahan :

2  sudu besar  kopi segera
2  sudu besar  gula
2  sudu besar  air panas
Ais batu secukupnya
Susu segar secukupnya


Cara-Cara :

Di dalam mangkuk yang sesuai, satukan kopi segera, gula dan air panas.
Kacau-kacau sampai 'foamy' menggunakan sudu sehingga sebati.
Kemudian putarkan menggunakan mixer sehingga kental.
Masukkan ais kiub ke dalam gelas/mug yang sesuai.
Tuangkan susu segar sehingga 3/4 gelas/mug.
Tuangkan adunan kopi yang dipukul kental di atasnya.
Jika suka boleh hiaskan dengan fresh cream yang dipukul kental/ice cream vanilla.
SIAP !!!








Thursday, March 12, 2020

AIR TEMBIKAI BANDUNG ...









RESIPI AIR TEMBIKAI BANDUNG
sumber :    FB@Cara Mudah Buat Kek




Bahan-Bahan :

1/2  biji  buah tembikai tanpa biji   ~  potong dadu
Susu cair secukupnya
Sirap secukupnya
Ais batu secukupnya


Cara-Cara :

Campurkan kesemua bahan di dalam jag, jadikan satu.  Sesuaikan rasanya.
Hidangkan bersama ais batu.

INFO :   Nak lagi sedap blend sikit tembikai jadikan jus + campur dalam air bandung tu.  Jika suka boleh letakkan sikit selasih yang direndam terlebih dahulu hingga kembang.

Monday, January 20, 2020

KOKTAIL SUSU PALING SEDAP ...










RESEPI KOKTAIL SUSU PALING
SEDAP
sumber :    FB@Resepi Mama ...




Bahan-Bahan :

1  tin  susu cair
2  sudu besar  susu pekat manis
1  paket  agar-agar sumi 
1  tin  buah campuran koktail
1  camca teh  esen vanilla
Sedikit biji selasih,  rendam sehingga kembang   (saya tambah)
Ketulan air batu secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Dalam mangkuk koktail yang bersih, buka setiap bungkusan sumi (boleh potong sumi kecil-kecil jika mahu).

2.  Buka tin buah campuran koktail dan toskan air gulanya.

3.  Tuangkan susu cair ke dalam mangkuk yang sudah berisi sumi dan buah campuran, gaul sebati.

4.  Masukkan pula esen vanilla, biji selasih yang dah kembang (jika guna) serta susu pekat manis dan kacau lagi.

5.  Setelah siap dikacau, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan sementara sebelum menjamunya sebagai pencuci mulut atau taburkan sahaja ais batu ke dalam minuman koktail susu tersebut. 
SIAP !!!

Monday, October 14, 2019

EASY MANGO BANANA SMOOTHIES ...









EASY MANGO BANANA SMOOTHIE
adapted from :    www.allrecipes.com@babysitters ...




Ingredients :

2  mangoes   ~   peeled, seeded and sliced
2  bananas
2  cups  vanilla yogurt   (me :   use plain yogurt)
2  cups  milk


Instructions :

Blend mangoes, bananas, vanilla yogurt and milk in a blender until smooth.
Pour into glasses and serve chilled.

TEH SUSU AIS BIJI SELASIH ...









TEH SUSU AIS BIJI SELASIH
sumber :    tiffinbiru@CMG ...




Bahan-Bahan :

2  uncang  teh BOH
600  ml  air
Susu pekat manis secukupnya
Secubit garam  (sikit sahaja, jangan banyak-banyak)
1  sudu besar  biji selasih *
1/2  helai  daun pandan *
3/4  cawan  air panas *    ( * dimasukkan ke dalam mangkuk & tutup, biarkan sehingga biji selasih kembang )
Ais kiub secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Masukkan teh uncang dan air ke dalam periuk kecil.  Masak sehingga mendidih dan kecilkan api, renihkan selama 5 minit, matikan api dan biarkan uncang teh terendam kurang lebih 20 minit atau sehingga teh suam.  Keluarkan uncang teh, masukkan susu pekat manis secukupnya dan kacau (anggaran 2 sudu besar).  Tambahkan secubit kecil garam dan kacau lagi.  Ketepikan.

2.  Masukkan ais kiub secukupnya ke dalam gelas yang sesuai.  Tuangkan teh susu sehingga hampir penuh.  Sudukan biji selasih yang telah kembang tadi di atasnya.  Kacau-kacau sedikit dan biarkan sejuk sebentar.  Sedia untuk dinikmati !!!

Wednesday, September 18, 2019

WATERMELON MILKSHAKE ...









WATERMELON MILKSHAKE
adapted from :    allrecipes.com@Dolphin Panda




Ingredients :

1 1/2  cups  diced watermelon
2 1/4  cups  milk
2  tsp  white sugar or to taste
Ice cubes


Instructions :

Process the watermelon and milk together in a blender until smooth.
Add the sugar and blend another 10 seconds to incorporate.
Pour into a glass.  Add ice cubes.
Serve immediately !!!

Tuesday, September 10, 2019

JUS EPAL MERAH DENGAN OREN ...









RESEPI JUS EPAL MERAH
DENGAN OREN SUNKIST
sumber :    Amie's Little Kitchen ...




Bahan-Bahan :

2  biji  epal merah  ~  potong kecil-kecil
1  biji  oren Sunkist  ~  buang kulit & biji, jika ada
1  sudu makan  madu  ~  Honey Red Dates Tea
3  sudu makan  gula
4  cawan  air
Ketulan ais kiub  ~  pilihan


Cara-Cara :

1.  Kisar epal, oren Sunkist, madu dan gula bersama air sehingga hancur.
2.  Tapis bahan-bahan di atas.
3.  Tuangkan ke dalam gelas.
4.  Tambahkan ketulan ais kiub, jika suka.
5.  Sedia untuk dinikmati.

Monday, August 12, 2019

PAPAYA MILK SMOOTHIE ...











PAPAYA MILK SMOOTHIE
adapted from :    noobcook.com
serves :    1 glass




Ingredients :

200  gm  ripe & sweet papaya flesh  ~  cut into small chunks
200  ml  fresh milk
1  tsp  honey or to taste


Directions :

1.  Blend everything together in a blender until you can get a smooth consistency.  Chill in the refrigerator until ready to serve.