Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts
Sunday, July 26, 2020
NASI LEMAK BUNGA TELANG
NASI LEMAK BUNGA TELANG
sumber : qaseyhoney
Bahan-Bahan :
1 cawan air bunga telang (15-20 kuntum bunga telang rendam dalam air panas)
2 cawan beras Basmathi (rendam 20-30 minit)
3/4 - 1 cawan santan
1 biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris kasar)
2 batang serai (titik)
2 helai daun pandan (simpul)
1 sudu besar minyak masak
Bahan Pelengkap :
Ikan bilis ~ goreng garing
Timun ~ hiris
Telur dadar/telur rebus/telur mata
Kacang goreng ~ jika suka
Sambal pilihan
Cara Memasak :
1. Rendamkan terlebih dahulu bunga telang dalam air panas. Nakkan warna yang lebih terang tambahkan lagi bunga telang tersebut. Tetapi jangan terlalu banyak nanti rasanya jadi lain dan warnanya akan pekat dan tidak cantik.
2. Jika menggunakan beras Basmathi, rendamkan terlebih dahulu selama 20-30 minit. Beras biasa basuh seperti biasa dan tidak perlu direndam. Toskan airnya.
3. Dalam periuk masukkan beras yang telah dibersihkan. Masukkan halia, bawang besar, daun pandan, serai dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan air bunga telang tadi (yang telah ditapiskan dan ambil airnya sahaja).
4. Tambahkan santan dan sukat airnya seperti biasa. Jika suka boleh tambahkan minyak masak. Tak letak pun tak ape. Kacau sehingga rata dan masak dengan menggunakan rice cooker dan masaklah seperti biasa sehingga nasi masak.
5. Apabila dah masak, gemburkan dengan menggunakan garfu. SIAP ! ... dan bolehlah dihidangkan terus.
Labels:
Nasi
Monday, June 22, 2020
NASI GORENG MARJERIN
RESIPI NASI GORENG MARJERIN
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
600-700 gm nasi putih (2 pot beras Basmathi ~ me : guna beras biasa jer)
3 biji bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1/2 batang karot ~ potong ikut suka (me : potong dadu kecil)
3 batang sosej ~ potong kecil (me : tambah)
3 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Serbuk lada putih secukupnya
Garam
Minyak masak
1 sudu besar marjerin
Cara Memasak :
1. Taburkan sedikit garam dalam nasi dan gaul rata. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan 1 sudu besar marjerin. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan karot, sosej dan sedikit serbuk kunyit. Kacau rata sehingga karot hampir lembut. Tuangkan telur dan biarkan hampir mengeras, baru dikacau.
4. Masukkan nasi dan kacau rata-rata. Masukkan pula serbuk lada putih secukupnya. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Jika, belum cukup garam, boleh masukkan sedikit garam lagi. Tutup api.
5. Akhir sekali, masukkan 1 sudu besar marjerin atas nasi dan gaul rata. Tutup api.
NOTA : untuk menambah rasa dan wangi nasi goreng. Jika tak suka, boleh abaikan step yang ini!
Labels:
Nasi
Tuesday, June 16, 2020
NASI GORENG SARDINE
RESIPI NASI GORENG SARDIN
sumber : Surianti Ramli
Bahan-Bahan :
1 mangkuk besar nasi sejuk
1 labu bawang besar ~ dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dengan cili merah + cili padi yang ditumbuk)
Sayur pilihan (saya menggunakan sawi dan lobak merah)
1 tin kecil sardine (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja dan dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bawang besar sehingga layu, masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardine dan sayur. Kacau-kacau rata sekejap. Tolakkan kedua-dua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Biarkan sebentar. Bila telur telah mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap lemak manis.
3. Kacau-kacau rata dengan cepat sehingga sebati semuanya.
SIAP !
Labels:
Nasi
Wednesday, May 27, 2020
RESEPI PULUT KUNING
RESEPI PULUT KUNING RICE COOKER
sumber : www.rasa.my@Nazra Queen
Bahan-Bahan :
300 gm beras pulut ~ basuh & toskan air (me : guna beras pulut susu)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa ~ anggaran 200-250 ml
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3. Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Selepas 10 minit, agak-agak air dah mengering, kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
7. Tekankan butang 'ON' pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi 'warm' sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
8. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Labels:
Nasi
Wednesday, April 1, 2020
NASI GORENG SARDINE ...
NASI GORENG SARDINE
sumber : Surianti Ramli ...
Bahan-Bahan :
1 mangkuk besar nasi sejuk
1 labu bawang besar ~ dimayang
1 senduk cili kisar ~ boleh juga gantikan dengan cili merah + cili api yang ditumbuk
Sayur-sayuran ~ ikut pilihan (saya guna kobis & lobak merah jer)
1 tin kecil sardine ~ buangkan tulangnya serta kuahnya & ambil isinya sahaja, dihancurkan
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bawang besar sehingga layu, masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardine dan sayur-sayuran. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua-dua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap manis.
3. Kacau rata dengan cepat sehingga sebati semuanya.
SIAP !!!
Labels:
Nasi
Saturday, February 29, 2020
NASI GORENG SOSEJ ...
RESIPI NASI GORENG SOSEJ
sumber : Azie Kitchen @you tube...
Bahan-Bahan :
1 mangkuk nasi putih
8 batang sosej ~ dihiris kecil-kecil
4-5 ulas bawang putih ~ dicincang
4-5 biji telur
1-2 tangkai cili merah ~ dihiris
Daun sup (saya ganti dengan kacang panjang, dihiris kecil-kecil)
Kicap manis secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng sosej sehingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan pula bawang putih yang dicincang dan tumis sehingga keperangan.
3. Masukkan telur. Biarkan telur separuh mengeras, sebelum dikacau rata. Masukkan nasi putih.
4. Masukkan sosej, cili merah, daun sup, garam dan kacau rata.
5. Akhir sekali, masukkan kicap manis secukupnya.
SIAP !!!
Labels:
Nasi
Monday, November 25, 2019
NASI GORENG IKAN MASIN ...
NASI GORENG IKAN MASIN
YANG MUDAH & SEDAP
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
1 mangkuk besar nasi putih sejuk
1/2 biji bawang besar Holland ~ hiris
2 keping isi ikan masin
5 - 6 tangkai cili padi ~ ketuk (me : gantikan dengan sedikit cili kisar, tak suka terlalu pedas)
3 biji telur
Sayur sawi secukupnya
Lobak merah secukupnya, hiris memanjang (tambahan)
Sos sotong
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali sehingga kelihatan berasap. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
2. Ketepikan bawang dan masukkan ikan masin dan goreng sehingga ikan garing. Masukkan cili padi yang diketuk tadi. Hancurkan ikan masin.
3. Ketepikan bahan tadi disudut kuali dan pecahkan telur. Tutup api dan kacau telur sehingga masak. Buka api semula.
4. Masukkan daun sawi, hirisan lobak merah dan nasi. Dikacau rata.
5. Satukan sos sotong, garam dan serbuk lada sulah. Tuangkan ke atas nasi. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Nasi
Sunday, November 10, 2019
NASI GORENG SARDIN SANGAT SEDAP ...
NASI GORENG SARDIN
SANGAT SEDAP !!!
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
1 mangkuk besar nasi sejuk ~ lebih kurang 1 kg.
1 tin besar ikan sardin ~ ambil isi sahaja
4 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 senduk cili kisar ~ ikut pedas disukai
1 batang karot ~ potong dadu (me : guna 14 tangkai kacang buncis, potong kecil)
3 biji telur
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
sedikit garam, jika suka
minyak masak, untuk menumis
Bahan Hiasan :
Daun sup/bawang
Cili merah
Bawang goreng
Cara Memasak :
1. Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar-kasar atau ikut yang disukai.
2. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali, tumis bawang hiris sehingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak sehingga cili masak dan pecah minyak.
3. Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan karot/kacang buncis dan kacau sehingga agak-agak karot suku atau setengah lembut. (Kalau nak crunchy, masak sekejap jer).
4. Tolakkan bahan-bahan ketepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi.
5. Kacau rata sehingga sebati. Masukkan garam dan serbuk Maggi Cukup Rasa secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
6. Sebelum dihidangkan, taburkan daun sup/bawang, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.
Labels:
Nasi
Friday, August 2, 2019
NASI GORENG IKAN MASIN ...
NASI GORENG IKAN MASIN
sumber : CMG@tiffinbiru ...
Bahan-Bahan :
4-5 cawan nasi sejuk ~ di leraikan
Sebesar ibu jari orang dewasa isi ikan tenggiri masin ~ dipotong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur ~ dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy ~ siang berasingan batang & daunnya, cuci & toskan (me : lobak merah dihiris memanjang)
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
Hirisan cili merah *
Hirisan daun sup * ( * untuk hiasan )
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng ~ hiris kecil, untuk hiasan
Cara-Cara Penyediaan :
1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing. Tambahkan sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap guna api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biarkan telur kental dan kacau sehingga hancur. Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau sehingga rata. Tambahkan daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Rasa dan jika 'ok' matikan api. Taburkan dengan hirisan cili merah, hirisan daun sup dan isi ikan tenggiri masin yang telah digoreng tadi sebelum dihidangkan.
Labels:
Nasi
Sunday, July 28, 2019
PILAF YOGURT KETUMBAR ...
PILAF YOGURT KETUMBAR
sumber : tiffinbiru@CMG ...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi ~ cuci bersih, rendam 30 minit & toskan
1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu segar
5 cawan air
1 helai daun pandan ~ cuci & disimpul
2 pokok daun ketumbar dengan akar-akarnya sekali ~ cuci bersih
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ dititik/ketuk
1 inci halia ~ hiris
2 sudu makan mentega
1 sudu teh pewarna makanan hijau
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang *
Bawang goreng * ( * untuk hiasan )
Cara Memasak :
1. Cairkan mentega di dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga harum dan bawang layu. Masukkan beras yang ditoskan, goreng beras dengan bahan-bahan tadi selama 1 minit. Kacau rata.
2. Alihkan beras ke dalam rice cooker. Sementara itu, satukan yogurt, susu segar dan air, kacau rata. Tuangkan ke dalam rice cooker berisi beras tadi. Tambah garam secukup rasa dan masukkan daun ketumbar sekali dengan akarnya (kerat dua). Tekankan 'ON' dan biar nasi masak hingga kering.
3. Kemudian buatkan beberapa lubang pada nasi tadi dan titik-titikkan pewarna makanan hijau ke dalamnya. Biarkan hingga nasi betul-betul kering. Gunakan chopstick dan gemburkan nasi tadi. Matikan suis rice cooker. Bolehlah dihidangkan bersama lauk-pauk yang digemari.
Labels:
Nasi
Thursday, July 25, 2019
NASI GORENG KAMPUNG ...
NASI GORENG KAMPUNG
sumber : www.rasa.my
kredit : tiffinbiru ...
Bahan-Bahan :
4 cawan nasi sejuk ~ dileraikan
1/2 cekak sayur kangkung ~ siang & cuci bersih, toskan (saya ganti dengan hirisan memanjang lobak merah)
5 tangkai kacang panjang ~ potong kecil
1 keping dada ayam ~ hiris kecil, cuci & toskan
1 biji telur ~ dipukul sedikit
1 biji bawang besar ~ hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan tumbuk halus :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 sudu makan ikan bilis ~ cuci & rendam sekejap
Secubit belacan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus sehingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak sehingga isi ayam berubah warna.
2. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolakkan ke tepi kuali.
3. Tuangkan telur, masak sekejap dan kacau sehingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan nasi. Gaul rata dan masukkan kangkung (jika guna). Gaul lagi dan masak sehingga kangkung layu sedikit.
5. Rasa dan jika 'ok' bolehlah disajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai..(ikut citarasa).
Labels:
Nasi
Subscribe to:
Posts (Atom)