Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

LOTUS PURPLE

Assalamualaikum...
Menyepi tapi rindu...
Sebagai pengubat rindu, LOTUS PURPLE menjadi  isu paparan hari ini..

Mula berputik pada bulan ramadhan yang lalu..sekarang daunnya dah penuh melebar dalam pasu.Tak putus berbunga, alhamdulillah...jadi penghibur mata.

Jumpa lagi....


Ahad, 12 Mei 2013

HASIL BULAN INI...alhamdulillah

Assalamualaikum...
Pisang Awak lagi...Sebelum balik kampung untuk mengundi hari tu dah jenguk buah pisang ni di pokok, memang menunggu hari kiranya untuk di tebang.Tapi selepas balik bercuti pilihanraya terlupa pulak nak menjenguk sehinggalah di pagi rabu 9/5/2013 hubby meronda dan kelihatan buah pisang ni sebahagian buahnya telah masak di pokok dan telah  dipatuk dek burung.Terus dia tebang..

Memang banyak sisirnya..tak habis kami makan banyak ni.Alhamdulillah ada rezeki untuk jiran2..cuma yang agak lecehnya, pisang Awak Lekuk ni spesis berbiji pada buahnya...harap2 jiran dapat menerima dengan lapang dada erkkk..

Pada masa yang sama, ada jantung pisang hasil dari pohon yang lain yang dah boleh juga untuk dicantas.Dah pun selamat jadi kerabu untuk hidangan sayur kami pada siang tadi.

alhamdulillah...

Sabtu, 4 Mei 2013

INILAH HASILNYA...

Hasil Februari: Sampai merekah di pokok
Assalamualaikum..
Alhamdulillah 3 bulan berturut-turut dapat kami menikmati hasil tanaman pokok pisang yang bermula pertengahan tahun lepas.Pokok2 pisang yang telah membuahkan hasil ni kami tanam di tanah rizab berhampiran kawasan perumahan je.Tak sangka pokok2 ni berbuah dengan cepat.Mungkin dek tanah yang subur sebab ketika proses menanam dilakukan, kelihatan banyak cacing yang terungkai ketika kami mencangkul tanah di situ.Buahnya gemuk2 walhal kami tak pernah bubuh sebutir baja pun.
Hasil Februari


Hasil Februari
Apa yang ada ni ialah 2 Jenis pisang  iaitu pisang Awak Lekuk (yang ada biji di dalamnya) dan Pisang Tanduk hasil kutipan anak pokok pisang dari kg bonda saya.Seawal bulan Mei 2012 kami tanam anak2 pokok tersebut, bulan Oktober 2012 pisang2 tersebut telah mula berputik mengeluarkan buah.Alhamdulillah pada Februari, Mac dan April 2013 silih berganti kami dapat nikmati hasilnya.Mentelahan ada sahaja projek kat dapur yang berasakan pisang yang telah dilakukan.Buat Goreng Pisang, Masak Lemak, Cekodok, Lepat, Bingka, Pancake...dan .....dan yang terbaru ialah Kerepek Pisang...dah pun saya buat.
Hasil Februari

Hasil Februari

Untuk tandan2 yang ada semua ni kalau harapkan kami makan sekeluarga memang berlebih2.Saya ambik beberapa sikat sahaja untuk setiap tandan yang ada.Selebihnya pas kat jiran2.Kebelakangan ni penyakit pisang sudah mula menyerang hasil tanaman orang kampung khabarnya, jadi memang dah tak banyak orang kampung menghasilkan sumber berasakan pisang akibat kerosakan buah pisang yang mereka hadapi.Tapi alhamdulillah pokok2 pisang yang sedia ada kami tanam di sini tidak mengalami penyakit.Nama penyakit yang menyerang pisang2 tu saya tak pasti, kalau menggoggle mungkin dapat tahu juga kot..(malas nak research buat masa ni...ha haaa...).
Hasil Mac

Hasil Mac

Projek latest malam semalam saya....iaitu buat Kerepek Pisang Tanduk.Larat buat 4 sisir je, tapi hasilnya dapat 1 tin biskut dan 2 balang kat bawah tu...Laju je ngunyah2 sambil berlappy dan menonton..he..heee..Time menggoreng kerepek pun laju je ngunyah2..Apa cerita tu???..haaa...Si Kecik saya pun dok ulang alik dari dapur ke ruang tamu..Nak lagi dan lagii..memang sedap kan makan kerepek2 macam ni...
Hasil April

Hasil April

Kruk krak..krak...

Kruk krak..krak...

Terkini, ada Pisang Awak yang sedang menunggu hari untuk ditebang, sepokok lagi sudah mengeluarkan jantung dan berputik, dan pokok Pisang Tanduk pula sudah mula membesar.Ada rezeki, kita cerita lagi pasal pisang erkkk...jangan jemu ye...he..hee..


"SELAMAT MENGUNDI"

Jumaat, 5 Oktober 2012

MANGGA HARUM MANIS @ MANGGA MADU??? AKU & SUAMI PUN DAH KELIRU...



(pokok 1)
pokoknya keding je..buah pun tak lebat..

(pokok 2)
Salam...
Selamat petang dan bersiaran santai...Tajuk atas tu memang membuatkan saya dan suami tak pasti sama ada pokok mangga yang kami ada ni antara MANGGA MADU @ MANGGA HARUM MANIS.Inilah kali pertama pokok mangga ni menjadi buahnya, setelah mengalami 2 kali keguguran sebelum2 ni (dah macam manusia la pulak..hihi).

Dah masuk 2 tahun lebih kurang 2 pokok mangga ni di tanam di tepi rumah...Tak berapa rimbun tapi dah mula membesar pun pokoknya.Dah 2 kali berbunga dan berputik, tapi asyik gugur je buahnye.Kali ketiga ni baru menjadi, tapi buahnya tak berapa lebat..alhamdulillah jugalah.Maknanya penantian telah berakhir untuk menikmati hasilnya selama ini.


Alkisahya masa mula2  beli pokok ni kat Sg Buloh 2 tahun lepas, kami masih ingat pokok mangga ni jenis apa, tapi  dah masuk 2 tahun ni, kami langsung tak ingat jenis mangga apa...hihi..Kuat betul pelupanya!!.Aku tanya suami, suami tanya aku..itu je lah penasarannya.Tapi yang buat kami kisah ialah kemanisan dan bau harum yang terrrrsangat2 harum yang ada pada ciri2 buah mangga kami ni setelah masak..Kesemua mangga yang telah kami kupas memang harum dan manis!! alhamdulillah.


Walaupun kami masih tak ingat jenis pokok mangganya, so kesimpulannya, mungkin pokok mangga ni jenis mangga...????(ada sesiapa tahu tak jawapannya?? hihi..), yang penting MANIS!!Sebab anak beranak suka makan mangga yang dah masak, kalau dapat yang hijau pun memang kami akan tunggu sampai masak..hihi.Selagi kalerr hijau kulit mangga tu, memang tak ada yang berani nak kupas2..KISAHNYA.... 

Lepas ni kalau pokoknya ni lebat buahnya, bolehlah buat mufin ke..., kek ke..., manggo delight..., jus...., kerabu....  & bla..bla.. bla...hihi.Bye..Wassalam.

ADA SESIAPA YANG KENAL MANGGA NI JENIS APA, BOLEHLAH TOLONG JAWABKAN YE...tapi tak ada hadiah tauu..hihi.