Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan

Khamis, 27 Disember 2012

MEE SUAH SUP BERSAMA CENDAWAN ENOKI


Assalamualaikum..
Selamat malam dan selamat beristirehat..
Malam ni nak kongsi resepi sempoi saya; Mee Suah Sup Bersama Cendawan Enoki.Menggantikan hidangan nasi dengan mee ni di waktu malam.


Mee Suah ni dah lama saya beli, dan asyik keluar masuk dari kabinet.Kalau dah macam tu gayanya memang tak terbuat2..Memandangkan bahan2 untuk penyediaan mee sempoi tu agak lengkap, kira on je lah.Tapi saya beli cendawan enoki tu memang nak dimasak bersama mee suah yang dah terperam lama tu..Untuk resepinya yang sempoi tu, bolehlah jeling2 sikit kat bawah...Memang segerrrr, sup katakan!!

MEE SUAH SUP BERSAMA CENDAWAN ENOKI

Bahan-bahan:
200gm mee suah | celur, toskan dan alirkan air paip, toskan lagi
1500ml air
3 bahagian ayam | potong sederhana kecil
1 labu bawang  besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | belah 4
10 biji bebola ikan
3 batang fish cake | hiris
1 batang lobak | potong kecil memanjang
1 biji kiub ayam knorr
2 sudu kecil minyak bijan
Serbuk lada sulah secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan lain &sampingan:
1paket kecil (100gm) cendawan enoki | celur
Daun bawang/ daun sup
Cili besar | hiris
Bawang Goreng

Cara:
1.Celurkan mee suah dalam air mendidih.Apabila sudah lembut dan kembang, toskan.Alirkan mee tadi dengan air paip dan toskan sekali lagi.Ketepikan.
2.Celurkan cendawan enoki dan toskan.Ketepikan.
3.Untuk sup:Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga layu.Masukkan ayam, kacau dan masukkan air beserta lobak merah, kiub knorr dan minyak bijan.Biarkan mereneh.
4.Setelah menggelegak masukkan bebola ikan, fish cake dan tomato.Perasakan juga dengan lada sulah dan garam.
5.Matikan api setelah masak.
6.Hidangkan mee suah bersama sup, cendawan enoki, daun bawang dan bawang goreng.

Isnin, 19 November 2012

BAKSO


Assalamualaikum,
Selamat petang dan didoakan semuanya dalam keadaan yang baik2 sahaja.Amin.Bertemu lagi di sini alhamdulillah.Kali ini berkongsi menu Bakso.

Segerrr dapat hirup kuah/sup bakso ni, tambahan pula ada bebola daging yang yang lembut untuk dikunyah2..Sebelum ni memang berhajat nak buat bakso, sebab dok teringat banyak stock daging korban, tambah2 lagi bila nampak Tun yang jauh nun kat Sarawak tunjuk bakso dia, memang skip terus resepinya untuk dijadikan percubaan.Sedap Tun, tq untuk semua yang sudi menjalar-jalarkan resepinya...Yang syoknya bila tak sedar ngap ngap bebola Sapi tu banyak ketul.Saya gentel bebola tu saiz guli batu zaman dolu2 tu tau...bilang punya bilang 7 ketul dah jadi bahagian saya..haiiiishhh...Tak boleh jadi tahap selera masa tu.
Resepi boleh dilihat di bawah tu ye. 

BAKSO KUAH DAGING SAPI
Resepi:Deetha dari Chef Budi Boga@Sutomo
Sumber:Tun, sebelum tu dari Hana & Ika

Bahan-bahan:
60gm sawi | celur dan dipotong 
60gm bihun | celur dan toskan (tak guna)
60gm mee kuning | celur dan toskan (saya guna 1 peket mee)
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup | cincang

Untuk kuah @ sup:
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih | cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan batang saderi | cincang
1 sudu makan minyak | untuk menumis
1  sudu teh garam
1 inci halia | ketuk (saya tambah)

Untuk Bebola Sapi@Bakso:
400gm daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan Sampingan:
Cili padi | tumbuk + air rebusan daging @ air limau
Sos tomato (tak letak)
Kicap manis ABC

Cara-cara:
1.Untuk membuat bebola Sapi@Bakso:Campurkan semua bahan.Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.Rebus dengan air mendidih  hingga terapung, angkat dan toskan.
2.Untuk membuat kuah:Panaskan minyak, tumis bawang putih hingg harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang.Masak hingga mendidih dan matikan api.
3.Untuk hidangan:Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk.Tuang kuah bakso panas.Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis.Hidangkan.

Tips:Rebus bebola @ bakso di dalam air mendidih  dengan api sederhana.Jangan dengan air yang terlalu mendidih.Ini akan menyebabkan bakso @ bebola akan pecah  dan teksturnya tidak halus.



Isnin, 25 Jun 2012

MAGGI KUAH je...& AL-FATIHAH BUATMU sahabatku..

Assalamualaikum...
Sapelaaaah....yang tak suka maggi ye?..Ada ke tak agaknye??saya memang suka makan maggi, tapi bukan pengamal tegar..dalam setahun pun boleh kira ngan jari.Cuma kalau teringin, makanya belilah juga..menipu kalau tak makan langsung..tak baik menipu tauuu...hehe.
Berhujah tentang maggi, memang semua orang dah maklum, tak baik diamalkan dek perencahnya yang banyak mengandungi bahan perisa yang boleh menjejaskan kesihatan kita untuk jangka masa panjang jika diamalkan selalu..
AL-FATIHAH juga buat seorang rakan sekelas saya dulu yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 jun 2012 yang lalu akibat radang paru2."Moga kau tenang di sana...".Sebenarnya saya masih terkejut dengan berita pemergiannya yang telah dikhabarkan oleh seorang teman.Memang kita harus percaya, semua orang akan menemui Ilahi, cuma waktunya saja yang kita tak tahu.
Arwah merupakan seorang yang tinggi budi pekertinya..Begitulah gambaran yang dapat saya ungkapkan selama 2 tahun berada dalam satu kelas yang sama ketika berada di lower & upper six dulu..
Allahyarhamah juga merupakan seorang pengarang novel & buku semasa hayatnya.Hasil karya arwah ialah bertajuk:
1.Hijab Cinta
2.Dunia Belum Berakhir
3.Puteri Nyiur Gading
4.Hadiah Untuk Sufiah

~AL-FATIHAH~
..S Rafidah H Basri..

MAGGI KUAH
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 bungkus maggi | celur
Perencah maggi kari
1/2 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | cincang halus
4 cawan air
4 biji fish ball | belah 2
Sawi secukupnya
1 keping fish cake
1 tangkai cili besar
2 biji telur
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Didihkan air dan celur maggi hingga kembang secukupnya.Toskan.
2.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.Masukkan perencah maggi, kacau dan bubuh air.Renehkan.
3.Masukkan maggi yang telah dicelur tadi bersama daun sawi, fish ball dan fish cake.Kacau rata dan biarkan seketika.
4.Pecahkan telur, kacau sekadarnya untuk beberapa ketika.Bubuh garam secukup rasa dan taburkan hirisan cili merah.Matikan api.
5.Hidangkan ..

Rabu, 20 Jun 2012

MEE GORENG TOMYAM


Salam.....
Redup dan mendung cuaca hari ni.Tapi biarlah redup wajah kita, sebaliknya janganlah pulak hati kita yang mendung!!! .Kalau mendung juga hati yang rajuk, cepat-cepatlah cari penawarnya ye..Kkk..terus ke menu mee goreng yang tak banyak "qarunnya", tapi tetap sedap dimulut saya...Tak caya??? hhehe, rasa dulu ye..
MEE GORENG TOMYAM
Resepi: rohaisha

Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris
2 batang fish cake | hiris
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis

note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.
2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.
3.Tutupkan api setelah mee masak.

nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.

Isnin, 14 Mei 2012

MEE SIPUT UDANG



Salam..
Selamat menjamu selera dengan Mee Siput Udang yang cukup lazat..Untuk resepi ni, saya dah olah sukatannya mengikut kesesuaian, tapi masih mengekalkan bahan-bahan asas untuk penyediaan mee ni.Resepinya saya rujuk di dalam buku yang saya sebutkan kat bawah tu ye..



MEE SIPUT UDANG
Resepi:Mi Yee Udang Oleh Sa'adiah Mohamad (Buku Kompilasi Hidangan Mi)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
12 keping mee siput
1200ml air rebusan udang
250gm udang basah (15 ekor udang)
6 ulas bawang merah | dihiris nipis
4 ulas bawang putih | dicincang
3 tangkai cili merah | dikisar
4 sudu besar puri tomato 
8 kuntum cendawan shitake | direndam & hiris nipis
2 keping kek ikan | dihiris nipis
4 sudu besar tepung jagung* | dibancuh bersama
200ml air*
8 batang sawi bok choi
5 tangkai daun bawang | dihiris
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak 

Cara:
1.Celur mee hingga kembang.Ketepikan.
2.Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah.
3.Bila naik bau, masukkan udang dan cendawan kering.Kacau 1 minit.
4.Tuangkan air rebusan, puri tomato, garam dan serbuk lada sulah.
5.Bila mendidih, masukkan kek ikan dan bok choi.
6.Masak hingga empuk kemudian bubuh campuran tepung jagung.Kacau tanpa henti.
7.Bila pekat, angkat dan tuangkan ke atas mee bersama udang.






Inilah dia rupa mee yang saya guna untuk buat Mee Siput Udang tu.

Jumaat, 20 April 2012

SIZZLING YEE MEE



Assalamualaikum..
Selamat malam jumaat.Sesekali kena tukar menulah kan..takkan nak makan nasi jerr.Memang beberapa hari ni rasa muak juga nak makan nasi, asyik teringat Mee Sizzling je.Makan kat kedai ari tu asyik teringat2 je, maybe belum puas makan kot.Bak kata suamiku, "time pregnant pun mengidam, tak pregnant pun mengidam jugak".Sah-sahlah saya ni suka makannn..keh3.Janji dapat apa yang diidamkan.Haaa..kali ni buat sendirilah, boleh dapat banyak.Ambikk!!!..Apapun sedap resepi dari Lildvalley ni.Tq ye...Rata-rata ramai yang mengadaptasikan menu beliau dalam dapur2 suri yang telah mencubanya...Lepas ni buat sendiri jer lah ye, tak yah gi restoran..(iye lah tu..)





SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan:
2-3 sanggul /gulung yee mee
5 ulas bawang putih (saya ketuk)
5 biji cendawan shitake/ cendawan kering | rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam | potong ikut citarasa
3 biji cili kering | potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia | hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam | secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.Masukkan pula serbuk lada hitam.Biarkan mendidih.
5.Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain.Tunggu 2-3 minit.
6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.Titikkan minyak bijan beberapa titik, jangan banyak-banyak.
8.Akhir sekali masukkan yee mee, biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.

nota rohaisha:pastikan garam di masukkan sekadarnya kerana kuah sudah ada rasa masin.


Rabu, 22 Februari 2012

MEE UDANG




Assalamualaikum...
Apa beza MEE JAWA, MEE REBUS, MEE BANDUNG & MEE UDANG??? Diapunya rasa tak jauh beza, namun apapun semuanya sedap dan menjadi pebret saya..Tq untuk resepinya ini che'iza...saya olah sedikit tutornya..


MEE UDANG

Resepi:Che'iza (Myr)

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
300gm udang saiz L
4 sudu besar cili boh/cili giling (saya kurangkan)
4 ulas bawang merah* | kisar
3 ulas bawang putih*   | kisar
1 sudu besar udang kering* | kisar
1/2 inci halia | kisar*
1 sudu besar petis (saya tak bubuh)
3sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Keledek / kentang yang telah direbus dan dilenyek | optional/untuk pekatkan kuah
                                                                              (saya guna 2 biji kentang/tambah lagi jika nk pekat)
Gula dan garam secukupnya
Taugeh dan sawi secukupnya
Daun bawang dan bawang goreng

Cara menyediakan:
1.Rebus udang hingga masak.Tapis keluar udang dan asingkan.Air rebusan jangan dibuang.
2.Tumis cili boh hingga garing.Kisar bahan bertanda(*).Tumis pula bahan kisar hingga betul2 garing dan naik bau.
3.Masukkan air rebusan udang dan biarkan kuah mendidih.Masukkan sos tomato,sos cili dan petis.Renehkan kuah.
4.Masukkan garam dan gula (bergantung paa citarasa masing2).Adalah lebih baik jika kuah ini direneh lebih lama.Lagi lama lagi sedap.
5.Letak keledek atau kentang yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah.
6.Celur mee, taugeh dan sawi.
7.Susunkan udang telah direbus tadi bersama mee.Tuang kuah dan taburlah dengan daun bawang dan bawang goreng.

*saya buat separuh adunan dari sukatan di atas.

Isnin, 16 Januari 2012

MEE KUNG FU SEAFOOD


Assalamualaikum...
Salam ceria dan mahabbah untuk anda semua..
Siang tadi dah jamah nasi putih berlaukkan Singgang Daging..Habis licin!!! Malamnya pulak tukar selera dengan Me Kung Fu Seafood.Dah kali kedua saya buat me kung fu nie..Mudah je bahan-bahannya..



MEE KUNG FU SEAFOOD
Resepi: Sa'adiah Mohamad (Buku Kompilasi Hidangan Mi)

Bahan-bahan:
  • 300 gm mee kuning
  • 400 ml air rebusan ayam
  • 150 gm sotong | dipotong
  • 120 gm bebola ikan | diblah dua
  • 100 gm sawi | dipotong
  • 100 gm udang basah | dibuang kulit
  • 3 sudu makan minyak
  • 2 biji telur (saya pecahkan dan kacau dalam kuah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan tepung jagung  | dibancuh
  • 100 ml air                                | bersama
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • Garam dan serbuk lada sulah scukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.Tumiskan bawang putih.
2.Bila naik bau, masukkan udang dan sotong.Kacau selama 1 minit.
3.Tuangkan air rebusan ayam, sos tiram, garam dan serbuk lada sulah.
4.Bila mendidih, masukkan bebola ikan, sawi dan mi.(saya pecahkan telur sekali masa ni)
5.Kemudian tuang campuran tepung jagung.Kacau rata dan angkat.


Isnin, 12 Disember 2011

MEE GORENG BASAH


MEE GORENG BASAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
450gm mee
80gm dading lembu} kisar
5 ulas bawang merah }kisar
3 ulas bawang putih } kisar
2 tangkai cili merah}kisar
Sawi secukupnya }potong
1 biji telur
1 cawan air
2 susu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
2 batang fishcake
8 biji bebola ikan 
Minyak untuk menumis
Sedikit garam (lihat pada keperluan)

Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik minyak, diikuti daging kisar.
2.Masukkan sos tomato,sos tiram dan kicap pekat.Kacau.Setelah kering masukkan pula air dan renehkan.Kemudian barulah masukkan fish ball, fish cake, sawi dan garam (jika perlu).
3.Apabila telah mendidih masukkan mee dan gaul rata.Pecahkan pula telur dan sebatikan untuk seketika.
4.Matikan api setelah mee masak.



Rabu, 7 Disember 2011

MEE KARI



MEE KARI
Resepi:Rohaisha
 
2 bungkus mee } celur
5 bahagian ayam} potong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji kentang} potong dadu
3 keping fish cake} hiris
1 peket kecil bebola ikan} belah dua
10 gm udang kering
4 sudu besar rempah kari}
1 sudu besar serbuk cili babas} *dibancuh dengan sedikit air
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
400ml santan pekat} saya guna santan Ayam Brand
1 liter air
4 keping biskut kracker} kisar halus@ sebagai bahan pemekat kuah
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis 

Bahan Tambahan:
5 biji telur} rebus
2 tangkai cili merah} hiris
Daun sup secukupnya} hiris
Bawang goreng secukupnya} tak letak

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan-bahan kisar kecuali biskut kracker hingga layu bersama bunga lawang, biji pelaga dan kulit kayu manis.Kemudian masukkan bancuhan cili powder dan rempah kari diikuti daun kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan kentang diikuti ayam.Kacau.Kemudian masukkan air untuk merenehkan kentang agar cepat lembut.Biarkan lama hingga mendidih.
3.Setelah kentang empuk, masukkan santan beserta fish cake, bebola ikan, garam dan gula.Apabila hampir masak, campurkan biskut kracker yang dikisar tadi.Matikan api setelah kuah masak sepenuhnya.




Selasa, 29 November 2011

MEE GORENG

Mee goreng ni memang menu pebret kami anak-beranak.Camtulah dipendekkan ceritanya..

MEE GORENG
Resepi:Rohaisha


Bahan-bahan:
400-450gm mee kuning}basuh & toskan
2 bahagian isi ayam}potong kecil
2 tangkai cili merah} tumbuk@kisar
5 ulas bawang merah}tumbuk @ kisar
3 ulas bawang putih}tumbuk @ kisar
10gm udang kering}tumbuk @ kisar
Kobis secukupnya}hiris kecil
1 sudu besar sos totam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili/tomato
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Hiasan:

Cili merah
Timun
Limau kasturi

Cara:

1.Tumiskan bahan-bahan kisar@tumbuk hingga naik minyak.
2.Masukkan ayam, sos tiram,kicap manis dan sos tomato.Kacau dan biarkan sebentar.
3.Masukkan mee dan kobis,kacau hingga rata.Kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula.
4.Matikan api setelah mee masak.
5.Hiaskan mee dengan cili merah, timun dan limau kasturi.


jom layann....


MEE JAWA





Apa-apa je yang berkaitan dengan mee, memang saya suka...tu yang best tu (suka makanlah senang kisahnye..).Bolehlah try mee jawa kelolaan saya nie..


MEE JAWA
Resepi:Rohaisha

Bahan:
400gm mee kuning} celur
 
Kuah:
10 ekor udang
2 biji keledek saiz sederhana} potong kiub , rebus & kisar
1 sud besar serbuk kari} bancuh dengan sedikit air
1 sudu esar cili giling
5 ulas bawang merah} kisar
3 ulas bawang putih} kisar
30gm udang kering} kisar
2 ketul gula melaka}potong kiub
6 sudu besar kacang tanahyg telah di kisar
8 cawan air

Bahan hiasan/ taburan:


Daun sup} hiris
bawang goreng
cili merah} hiris
sawi} celur & hiris
taugeh} celur
1 biji tauhu} digoreng & potong kiub
5 biji telur} rebus

Cara:

1.Tumiskan bahan kisar dan serbuk kari sehingga pecah minyak.
2.masukkan keledek bersama air dan kacau.Kemudian masukkan gula
melaka dan didihkan hingga hancur.
3.Masukkan kacang tanah kisar.Masukkan udang.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Matikan api apabila kuah telah masak.Hidangkan bersama mee dan bahan taburan.