Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Western Food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western Food. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

IKAN DORI GRILL & SOS GARLIC


Salam..
Kelat juga mulut ni bila nak layan menu, kekadang boring juga nak jamah ikan yang lebih kurang same je.Agaknya sebab kita yang masak dan kita yang makan juga.
Teringin meng'grill' ikan kisahnya..Sempoi je ni, idea yang singkat dan nak cepat..

IKAN DORI GRILL & SOS GARLIC
resepi :rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg fillet ikan dori
1 sudu besar jus lemon
2 sudu kecil serbuk parsley (Parsley Flakes)
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk paprika secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak zaitun

Cara:
1.Cuci fillet ikan dori.Toskan
2.Sebatikan ikan dori dengan garam dan jus lemon.
3.Ratakan ikan tadi dengan serbuk parsley, paprika dan lada hitam.
4.Panaskan kuali leper untuk grilkan ikan.Curahkan minyak zaitun secukupnya.
5.Panggang ikan dalam kuali dan sesekali dibalikkan perlahan-lahan.Gril hingga masak anggaran 5-7 minit.

Bahan Sos Garlic:
1 biji bawang putih | diracik halus
1 Sudu kecil planta
200ml susu segar
1/2 kiub ayam knorr 
1 1/2@2 sudu kecil tepung gandum | bancuh dengan sedikit air
1/4 sudu kecil serbuk oregano (Oregano Whole)
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam (saya lupa nak bubuh pulak)

nota:Tak perlu bubuh garam, dah cukup rasa sebab guna kiub ayam knorr.

Cara:
1.Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih hingga wangi.Masukkan susu segar dan kiub ayam knorr. Renehkan sambil dikacau dengan hand whisk.
2.Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung gandum.Kacau rata,barulah bubuh serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
3.Matikan api. 

Sajian tambahan:
Brokoli | dikukus
Salad
Hirisan lemon

Selasa, 10 Julai 2012

CHICKEN CHOP & SOS BLACK PEPPER


Assalamualaikum...
Sambungan dari N3 Kentang Putar & Coleslow semalam, hari ni barulah berkesempatan nak N3kan resepi Chicken Chop & Sos Black Peppernya sekali.Untuk sosnya tu saya hasilkan dari pengamatan pelbagai sumber sama ada google n majalah.Makanya itulah yang terhasil.Itupun ikut bahan2 yang sedia ada kat dapur.Memang tak mengecewakan..

CHICKEN CHOP & SOS BLACK PEPPER
resepi:rohah

CHICKEN CHOP
Bahan:
3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbul lada sulah/lada putih
Garam

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

Cara:
1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.
SOS BLACK PEPPER

Bahan:
1/2 botol sos lada hitam (170gm+_)
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil saus manis ABC
1 sudu besar planta
1 sudu besar tepung jagung* / bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*
Sedikit garam* (jika perlu)

Cara:
1.Satukan kesemua bahan kecuali bahan bertanda (*) dalam periuk.Kacau rata menggunakan whisk.Kemudian didihkan atas api sederhana hingga meruap dan sesekali dikacau.
2.Masukkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sepenuhnya.kacau rata supaya tidak bergentel.Taburkan serbuk lada hitam.Perasakan dengan garam jika perlu.
3.Matikan api.

Isnin, 9 Julai 2012

KENTANG PUTAR & COLESLOW


Assalamualaikum...
Rindunya rasanya nak BW, tapi masa dan keadaan tak berapa nak mengizinkan, agak sibuk dengan sedikit urusan keluarga.Anak buah suami walimah pada 7 Julai yang lalu, dan kebetulan juga ayahanda tercinta menjalani operation pada tarikh yang sama.Doakan ayahanda saya sihat seperti sediakala.Amin..Moga doa2 kalian antara doa yang mustajab dengan izin-Nya.
Maaf pada rakan2 yang lain kerana tidak dapat singgah ke dapur anda semua, insyaAllah perlahan2 saya akan terjah juga..ehehe..Terima kasih pada rakan2 blogger yang masih setia menjenguk Damai Qalbu yang banyak kekurangan ini...TQ banyak2 sekali lagi ye..
O.klah, berbalik pada N3 kali ni, julung kalinya saya buat kentang putar yang dah lama diidam-idamkan..Puas makan kentang yang kita buat sendiri.Buat pun takdelah susah mana kan...asalkn bahan-bahannya cukup.Tapi time buat ni saya takde stok daun saderi, namun hasilnya tetap enak.Tq buat adizah@myresipi, empunya resepi asal Kentang Putar ni.Namun sumbernya saya perolehi dari kak Irma, tq juga buat akak.Untuk sos kentang putarnya boleh rujuk kat myresipi di mana resepinya dimiliki oleh daunpandan@myresipi.Tq banyak2...Sumbernya pulak saya dapat dari kak Irma lagi.Tq sekali lagi.
Dah ada kentang putar, makanya kenalah cari lawannya pulak; apa tu???aha..Coleslowlah...wah, memang best2 aje nguyah Coleslow hasil resepi ros@jintanmanis ni.Memang terbaik, cincang2 kejap je dah siap, fridgekan kejap n boleh makan terus..Tq ye ros..
Resepinya tengok bawah ye..
KENTANG PUTAR
resepi:adizah@myresipi
sumber:Irma

Bahan-bahan untuk kentang putar:
6 biji kentang yang bersaiz besar
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
1.Kupaskan kentang dan potong dadu.Rebus kentang sehingga empuk.Bila dah empuk, toskan air.Untuk mudahkan kerja, lenyekkan kentang dalam keaadaan kentang masih panas.
2.Masukkan susu segar dan mentega.Gaul rata.Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan:Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais, boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar.Sedap.Bertambah lemak.D:

SOS KENTANG PUTAR
Sumber:Irma

Bahan-bahan:
650ml air
1 biji bawang holland | cincang halus
1 batang saderi | cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam@1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi (saya guna kiub ayam Knorr)
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar.Masak sampai mendidih.Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Dalam periuk yang lain, cairkan mentega di atas api sederhana panas.Biarkan cair.Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.Pastikan api perlahan.
3.Tuangkan air rebusan perlahan-lahan.Sedikit demi sedikit.Kacau sampai kuah menjadi likat.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram.Kacau sebati.
5.Masukkan kicap pekat.Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
6.Masak sehingga pekat.Rasa dahulu sebelum masukkan garam.Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada, tak perlu tambah garam.Sekiranya mahu masin lebih, barulah tambahkan garam.
7.Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam.Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah.Masa ni kalau nak kuah pekat, kacau lama.Jika suka kuah cair, boleh dah tutup api.


COLESLOW 
resepi:ros@jintanmanis

Bahan-bahan:
1/4 biji kobis saiz kecil
1/2 batang carrot
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula


Cara:
Kobis, lobak merah, bawang besar dicincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam.Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.