Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Hasil Kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hasil Kebun. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

INILAH HASILNYA...

Hasil Februari: Sampai merekah di pokok
Assalamualaikum..
Alhamdulillah 3 bulan berturut-turut dapat kami menikmati hasil tanaman pokok pisang yang bermula pertengahan tahun lepas.Pokok2 pisang yang telah membuahkan hasil ni kami tanam di tanah rizab berhampiran kawasan perumahan je.Tak sangka pokok2 ni berbuah dengan cepat.Mungkin dek tanah yang subur sebab ketika proses menanam dilakukan, kelihatan banyak cacing yang terungkai ketika kami mencangkul tanah di situ.Buahnya gemuk2 walhal kami tak pernah bubuh sebutir baja pun.
Hasil Februari


Hasil Februari
Apa yang ada ni ialah 2 Jenis pisang  iaitu pisang Awak Lekuk (yang ada biji di dalamnya) dan Pisang Tanduk hasil kutipan anak pokok pisang dari kg bonda saya.Seawal bulan Mei 2012 kami tanam anak2 pokok tersebut, bulan Oktober 2012 pisang2 tersebut telah mula berputik mengeluarkan buah.Alhamdulillah pada Februari, Mac dan April 2013 silih berganti kami dapat nikmati hasilnya.Mentelahan ada sahaja projek kat dapur yang berasakan pisang yang telah dilakukan.Buat Goreng Pisang, Masak Lemak, Cekodok, Lepat, Bingka, Pancake...dan .....dan yang terbaru ialah Kerepek Pisang...dah pun saya buat.
Hasil Februari

Hasil Februari

Untuk tandan2 yang ada semua ni kalau harapkan kami makan sekeluarga memang berlebih2.Saya ambik beberapa sikat sahaja untuk setiap tandan yang ada.Selebihnya pas kat jiran2.Kebelakangan ni penyakit pisang sudah mula menyerang hasil tanaman orang kampung khabarnya, jadi memang dah tak banyak orang kampung menghasilkan sumber berasakan pisang akibat kerosakan buah pisang yang mereka hadapi.Tapi alhamdulillah pokok2 pisang yang sedia ada kami tanam di sini tidak mengalami penyakit.Nama penyakit yang menyerang pisang2 tu saya tak pasti, kalau menggoggle mungkin dapat tahu juga kot..(malas nak research buat masa ni...ha haaa...).
Hasil Mac

Hasil Mac

Projek latest malam semalam saya....iaitu buat Kerepek Pisang Tanduk.Larat buat 4 sisir je, tapi hasilnya dapat 1 tin biskut dan 2 balang kat bawah tu...Laju je ngunyah2 sambil berlappy dan menonton..he..heee..Time menggoreng kerepek pun laju je ngunyah2..Apa cerita tu???..haaa...Si Kecik saya pun dok ulang alik dari dapur ke ruang tamu..Nak lagi dan lagii..memang sedap kan makan kerepek2 macam ni...
Hasil April

Hasil April

Kruk krak..krak...

Kruk krak..krak...

Terkini, ada Pisang Awak yang sedang menunggu hari untuk ditebang, sepokok lagi sudah mengeluarkan jantung dan berputik, dan pokok Pisang Tanduk pula sudah mula membesar.Ada rezeki, kita cerita lagi pasal pisang erkkk...jangan jemu ye...he..hee..


"SELAMAT MENGUNDI"