Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2014

BISKUT SEMPERIT MAK DATIN - Versi Rangup

Assalamualaikum..
Alhamdulillah....misi pencarian menemui jawapan..Kalau nak tahu, resepi semperit inilah yang saya cari kebelakangan ni.Semperit yang rangup a.k.a. gurih bila dikunyah.Gigih saya menggogle tau...hehhee..
Sebelum2 ni saban tahun saya melanggan biskut semperit versi rangup dari seorang teman sejawat [satu ketika dulu] yang diusahakan oleh ibu saudaranya.Rasanya lingkungan 6-7 tahun juga saya melanggan biskut tu.Sebab utamanya ialah biskut tu tersangat sedap dan rangup.Kiranya dah jadi biskut utama kami sekeluarga bila menjelang syawal..
Jadinya tahun ni saya tak mengorder biskut semperit tu lagi sebab dah jumpa resepi yang serupa hundred percent hasilnya.Cukup berpuas hati dengan kejadian biskut ni.Namanya pun glamer tu, Biskut Semperit Mak Datin..hihiii
BISKUT SEMPERIT MAK DATIN
Sumber; Amy

Bahan-bahan
1 cawan gula halus [kurangkan sedikit jika mahu kurang manis]
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
Telur, 1 atau 2 biji sahaja (seeloknya guna 2 biji telur supaya adunan lembut & mudah diterap) 
Manik warna untuk hiasan

Cara
1.Semua dicampur, gaul sampai sebati, canai, terap ikut acuan.
2.Hias dengan manik gula atau ikut citarasa
3.Bakar hingga kekuningan, 15 hingga 20 minit, 180 darjah C.

-Biskut ini versi semperit rangup dan enak, mudah diadun.Jika ingin mendapat hasil yang banyak, gandakan sahaja resepi tersebut.


Rabu, 13 Ogos 2014

BISKUT CASABLANCA

Assalamualaikum..
Saya percaya ramai yang masih dalam mood raya ....pasti sibuk dengan aktiviti kunjung- mengunjung dan tak lupa juga menanti tetamu tiba ye...alhamdulillah, moga ukhuwah masih kekal ceria berpanjangan dengan adanya hari lebaran..
Selingan N3 biskut raya yang masih tertunda...eheee...mood raya katakan...
Rangup hasilnya, t/kasih kepada Chef Zubaidah atas perkongsian resepinya.Thanks Kak Yatie, atas sumber resepinya juga.
BISKUT CASABLANCA
Resepi;Chef Zubaidah
Sumber;Yatie

Bahan A
130 gm mentega
20 gm shortening
70 gm gula kastor

Bahan B
30 gm nestum, diramas
30 gm oat, panggang dan kisar
30 gm serbuk badam
20 gm bijan hitam

Bahan C
25 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
150 gm tepung gandum

Hiasan
Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
1.Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2.Masukkan bahan C dan uli lembut, kemudian canai menjadi kepingan nipis.
3.Terap dengan acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dengan ceri merah dan hijau.
4.Bakar pada suhu 140 darjah C, selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Rabu, 23 Julai 2014

TART NENAS TERATAI


Assalamualaikum
Alhamdulillah...seronoknya dapat mencuba resepi tart yang sangat sedap ni.Tahun lepas dah aim resepi ni, tapi terbengkalai.Tahun ni baru tercapai hasrat di hati.Lebih-lebih lagi bila tengok pic tart Kak Ita, makin teruja nak membuatnya..

Walaupun tak secantik mana tart saya ni dipandang, namun keenakan rasa tart ni mengatasi segalanya..Sebiji demi sebiji masuk mulut.....belum menjelang raya tu, mahunya nanti tinggal balang jew..heheeee..TQ kepada penyumbang resepi asal, seterusnya Kak Anim dan Kak Ita yang sudi berkongsi resepinya.
Untuk jem tart ni, saya guna yang ready made je...huhuuu....tak rajin nak memarut.Tapi untuk resepi Jem Nenas Kak Anim, saya ada sertakan sekali di sini sebagai rujukan.

TART NENAS TERATAI
Sumber asal; Kak Anim
Sumber; Azlita

Bahan
4 oz butter/ 115 gm
4 oz minyak sapi/ 115 gm
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum/ 450 gm
Sedikit garam
Air sejuk

Cara
1.Pecahkan telur dalam bekas adunan.
2.Masukkan butter dan minyak sapi.
3.Gaul hingga sebati hanya menggunakan whisk.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5.Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tart yang tebal.
6.Bakar pada suhu 170 C-180C selama 20-25 minit.

JEM NENAS
Oleh; Kak Anim

Bahan
10 biji nenas, disagat dan toskan airnya
3 kampit gula
Sedikit pewarna kuning

Cara
1.Kacau nenas dan gula.
2.Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
3.Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.




Isnin, 21 Julai 2014

BISKUT DAHLIA


Assalamualaikum..
Kemeriahan syawal semakin dirasai.Ramadhan pun tinggal beberapa hari saja lagi akan meninggalkan kita.Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi di ramadhan akan datang in sha Allah.Yang pastinya syawal tahun ini saya dan keluarga menyambutnya tanpa Bonda di sisi sepertimana syawal2 yang lalu..Moga syawal yang bakal dilalui menggarap suasana yang tenang sekalipun ketiadaan Bonda tersayang.Sebelum ni Bonda lah orang yang paling sibuk bila menjelmanya syawal.Sudah tentu ketiadaannya kali ini membuatkan kami terus terkenang2 bila mengimbas hari2 yang berlalu.Namun alhamdulillah masih ada Ayahanda yang dikasihi untuk kami semua meneruskan keakraban yang saling terjalin ini..Syukur.

Inilah antara biskut yang menjadi kegemaran saya semenjak zaman kanak-kanak lagi.Pantang jumpa di setiap kunjungan aidilfitri di ruman teman2 dan sanak saudara, pasti akan saya capai dulu biskut dahlia ni untuk menyicipi keeanakannya.Namun tak dinafikan tidak semua biskut dahlia mempunya rasa yang sama dengan tepat sekali, sedikit perbezaan pasti ada.

Kiranya resepi biskut dahlia kali ni antara resepi yang sedap yang pernah saya cuba.TQ kepada semua sumber resepi yang terdahulu kerana sudi berkongsi.Tq  kepada Mas yg merupakan sumber rujukan terdekat saya untuk menghasilkan biskut dahlia ni.
BISKUT DAHLIA
Resepi;Norazie-Resepi.net
Sumber;Mas

Bahan
300 gm mentega [saya guna marjerin]
160 gm gula aising [guna 120 gm je]
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 camca teh esen vanila
240 gm tepung gandum* [jika adunan masih lembik,boleh tambah sedikit-sedikit]
100 gm tepung jagung*
160 gm tepung kastad* [saya guna 200 gm]
Bahan bertanda [* ] diayak
Ceri merah dipotong kecil untuk hiasan

Cara
1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanila/rose dan putar hingga kembang.
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung biskut dahlia.Tekan atas dulang pembakar.Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri.Bakar dalam oven yang telah dopanaskan pada suhu 175 C selama 15-20 minit. [brgantung pada jenis oven masing-masing]
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan.Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.







Rabu, 4 September 2013

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP

Assalamualaikum..
Biskut dah habis, baru nak keluar N3..Takpe la kot kan..Saya suka makan biskut ni, kalah kanak-kanak riang..Ramai blogger yang dah try resepi Chef ni, nampak mudah je bahan-bahannya, tu yang tak ketinggalan mencuba juga..Rangup hasilnya, alhamdulillah..Mekasih atas perkongsian resepi ni Kak Hanieliza..Mekasih gak utk Kak Norzie atas sumbernya..

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Sumber;Norzie hany

Bahan A;
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila

Bahan B [gaul rata];
230 tepung gandum
20 gm serbuk koko [ayakkan]
100 gm coklat chips
50 gm white coklat chip [boleh gantikan dengan coklat rice]
50 gm badam cincang [roasted]
50 gm nestum

Cara;
1.Gaulkan butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau rata.
3.Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.[saya tambahkan kauntiti tepung secukupnya kerana adunan masih lembik]
4.Sudukan adunan kecil-kecil [besar guli] dalam loyang.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Khamis, 29 Ogos 2013

PINEAPPLE ROLLS


Assalamualaikum..
Masih dalam bulan syawal dan mood raya kan...Meh kuarkan biskut tart yang sangat sedap..lebih2 lagi bila disua ke mulut ketika masih suam2..Tq Rahel kerana sudi kongsikan resepi Chef Alan Ooi ni..berbaloi2 sedapnya..

Untuk inti jem nenas saya guna yang ready made,..sebab malas sangat time tu nak ngupas2 nenas..urmm..Next time try resepi lain pulak.Kiranya baru first time merajinkan diri menggulung sendiri tat ni, biasanya tunjuk je..

PINEAPPLE ROLLS
Resepi; Chef Alan Ooi
Sumber; Rahel

Bahan A
220 gm mentega
60 gm icing sugar [diayak]

Bahan B
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]

Bahan C
250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
60 gm tepung jagung
30 gm tepung susu

Glazing; 2 kuning telur

Cara membuat;
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
2.Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
3.Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.

Inti Nenas
500 gm nenas
150 gm gula
2 kuntum bunga cengkih

Cara membuat;
1.Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
2.Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
3.Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.


Khamis, 1 Ogos 2013

NESTUM RANGUP


Assalamualaikum..
Untuk penggemar biskut berasaskan nestum, bolehlah cuba resepi ni...Sedap rangup dan less sugar.Mudah cair di mulut.Mesti pak pak kita yang dah tak ada gigi suka, sebab kemam je biskut ni dah mudah lerai dalam mulut dia..ehee..


NESTUM RANGUP
Resepi;Majalah SAJI

Bahan-bahan;
2 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
2 biji telur [kuning]
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan nestum [asal tak ada]

Bahan Hiasan;
Nestum secukupnya
Ceri merah

Cara menyediakan;
1.Putar mentega bersama telur kuning sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.Masukkan juga nestum.
3.Canai adunan yang telah siap,sapu kuning telur dan tabur nestum. beserta ceri merah di atasnya.
4.Akhir sekali, bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.[saya guna suhu 180 darjah  celcius selama 18 minit]

Rabu, 31 Julai 2013

BISKUT SUJI


Assalamualaikumm..
Saya percaya ramai rakan2 di luar sana yang dah buat biskut kan..macam2 biskut boleh kita try, cuma kemahuan je yang perlu diperintiskan, kalau tak betul2 memang M juga nak memulakannya.




tekun beriya nak tolong letak ceri kat sekut tu.. ;D

Berkisar kepada tajuk biskut hari ni, agak pelbagai juga resepi biskut suji untuk dicuba sebenarnya.Tapi kali ni saya berkesempatan untuk mencuba resepi ni..TQ buat penyumbang resepi.


BISKUT SUJI

Bahan-bahan;
250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus -ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara;
1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Pukul lagi.
3.Masukkan semua jenis tepung dan gajus.Gaul rata.
4.Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
5.Kemudian bulat-bulatkan adunan.Bubuh ceri di atasnya.
6.Bakar hingga masak.

nota;oleh kerana adunan masih lekit dan lembik, saya tambahkan lagi tepung gandum bersulam tepung jagung untuk mendapatkan struktur yang tidak melekit.Agak-agaklah ye banyak mana tepungnya tu..

Rabu, 19 Disember 2012

BLUEBERRY CHEESE TART


Assalamualaikum...
semoga ceria-ceria selalu di pagi ini.Jumpa lagi di sini alhamdulillah (ayat biasa yang sering saya guna..hehe..).N3 semalam saya dah canang akan menyusul N3 tatkan...,makanya muncullah dia pagi ni..tapi minta maaf sebab belum sempat nak berkunjung ke teratak kawan2 ye, sedikit penat dan ala2 kesibukan.


Selalu kalau berkunjung ke blog kawan2 yang tayang tat, memang saya akan kata "sedapnya..dan belum kesempatan lagi nak buat..".Tat ni memang sedapkan..berkali2 masuk mulut kalau ada depan mata.Berkesempatan buat ni pun sebab nak dijadikan buah tangan untuk majlis pertunangan adik saya tempohari.Tapi tak ada lah sekemas dan secantik mana..kulitnya pun sedikit brown gitu..hhhehe..Untuk resepinya saya rujuk di blog Rahel dan u all bolehlah tengok tat dia yang comel2 dan kemas tu ye..Tq Rahel ye.. 

BLUEBERRY CHEESE TART
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Berkeju / Chef Noraini Zakaria
Sumber:Rahel

Bahan Pastri:
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Inti Keju:
250gm krim keju
60gm gula kastor
50gm mentega
1 biji telur
200gm inti blueberi

Cara membuat:
1.Pastri:Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.Masukkan telur dan air.Putar lagi hingga adunan berkrim.
2.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.
3.Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 minit sehingga masak.
4.Inti:Putar keju, mentega dan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.
5.Sudukan sedikit inti blueberi ke dalam kulit tat.Tuangkan adunan keju di atasnya hingga penuh.
6.Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius hingga masak.

Nota:Untuk corak, terpulang kepada kreativiti sendiri.Cara yang diaplikasikan oleh Rahel, ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna merah muda.Kemudian ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna hijua epal.Dotkan sekali adunan merah di atas tat, kemudian dotkan juga adunna hijau di atas tat dan lorekkan dengan lidi sehingga bentuknya sama seperti dalam gambar.
**Untuk Kulit tat Rahel bakar pada suhu 170 darjah C selama 25 minit guna api atas dan bawah.

Rabu, 15 Ogos 2012

BISKUT NESTUM KUACI

Assalamualaikum...
Salam ceria selalu...sunyi je beberapa hari kebelakangan ni.Semua orang buzy nampaknya dengan persiapan2 yang sepatutnya memandangkan syawal akan kunjung tiba tak lama lagi..
Masih lagi bicara tentang biskut raya.Rasanya saya dah tak buat lagi biskut gamaknya, memandangkan kesuntukan masa untuk membuatnya.Kalau ikutkan ada lagi yang tersenarai untuk dibuat, tapi masa tak mengizinkan..Sebab bahang2 untuk balik ke  kampung dah makin dirasai dan lebih kepada packing2 dan kemas2 yang patut kan....
Berbalik pada biskut yang terpamer ni, biskut ni memang mewah ngan coklat chip dan rangup je bila dikunyah..Cuma saya olah sedikit dengan meletakkan serbuk koko.Saya terpikat untuk membuatnya tapi cuma ada sedikit kemusykilan pada struktur dan warnanya apabila melihat dalam majalah.
Warna biskut yang terpamer kat halaman majalah memang bewarna coklat, tapi pada kandungan bahan tak ada pulak "serbuk koko" atau apa2 yang menyebabkan biskut ni bewarna coklat.Memang confuse jugalah time mengadun ari tu..so tanpa berlengah saya tambahkan item "serbuk koko" tu pada adunan biskut tu dan ubah sikit cara untuk membentuk biskut ni agar lebih mudah untuk menghasilkannya.
Mmmemang sedap!!, macam makan chips more...


BISKUT NESTUM KUACI
Resepi:Rohana Abu Samah (Majalah SAJI)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
160gm mentega
80gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200gm coklat cip
50gm nestum
50gm emping jagung | kisar
30gm biji kuaci
20gm serbuk koko
250gm tepung naik sendiri

Cara:
1.Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2.Masukkan telurdan sen vanila.Kacau rata.
3.Masukkan emping jagung, nestum, biji kuaci dan coklat cip.
4.Kemudian masukkan serbuk koko, tepung dan bahan-bahan lain.Gaul rata.
5.Bentukkan bulat leper adunan dalam loyang.
6.Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 20minit atau sehingga masak.