1/2 kilogram tepung gandum biasa
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil sedikit pewarna kuning
3/4 cawan air
Secubit garam
minyak masak untuk digaul dan sedikit pada air rebusan
CARA untuk buat ABU.
* soda bikarbonat perlu ditukar kepada soda abu terlebih dahulu
* ambil tudung periuk dan letakkan soda tadi dan panaskan api perlahan hingga menjadi serbuk lebih kurang 5 minit..
* tekstur bertukar dari asal sambil dikacau kacau
* biarkan sejuk sekejap
* masukkan dalam air tadi dan kacau
* keadaan air akan bertukar menjadi sedikit licin bila dipegang (maksudnya menjadi)
* masukkn sekali garam dan pewarna kuning..
Untuk Perhatian :-
Kunyit tidak boleh digunakan kerana kunyit mempunyai rasa yang kuat dan ia akan bertindak balas dengan bahan2 alkali dan menjadi warna merah.
* masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan tuang suku atau setengah gelas air bancuhan tadi ke dalam tepung.
* Tepung yang diuli mestilah keras jangan lembut sangat kerana ia akan memberi masalah semasa nak mesin potong mee nanti. Cukup sekadar serbuk tepung bergumpal dan dapat menjadi ketulan.
* Jika perlu tambah sedikit air bancuhan supaya serpihan yang tidak bergumpal dapat bergumpal.
* mesin kan doh guna no 5 bagi ketebalan.
* kemudian mesinkan pada bahagian mee.
* rebus mee agak agak 3-5 minit sehingga mee sedikit mengembang..
* toskan mee dan bolehlah digaul bersama minyak..
* siap untuk digoreng
Resepi >>>Puan Reen Khan
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan