Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Koci. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koci. Papar semua catatan

Rabu, 10 April 2013

KOCI LABU & AWARD DARI NASYA


Assalamualaikum...
Selamat malam.N3 sebelum ni berkisar dengan buah labu, kali ni pun masih ada kaitan dengan labu.Balance buah labu masak lemak hari tu saya jadikan kuih koci..Lama tak buat koci, memang rindu sangat dengan kuih ni.

Sebelum ke tulisan seterusnya, saya ingin berterima kasih banyak2 pada Nasya kerana sudi bagi Award, siap menjemput lagi.Rasanya ramai lagi rakan seangkatan yang menerima jemputan yang sama.Semoga kita semua dapat sama2 meneruskan kemeriahan di alam maya ini dengan tujuan yang baik dan mendapat manfaat yang luar biasa di atas segala perkongsian yang ada.Cute award dia kat bawah tu:
Thanks Moni, Candy :)

Biasanya saya buat dan bungkus kuih koci style kon, dan tepung yang siap diisi dengan inti saya golek2 kan dalam minyak masak sebelum proses membungkus.Koci labu saya yang sebelum ni, SINI.Kali ni tekak mengada2 nak makan koci yang bersalut santan dan bungkusannya yang berlipat kiri dan kanan..Kiranya first time balut koci style gini.Hentam saja, kalau tersalah jangan ada yang marah ye..heheee.Suka pulak tengok kuih koci Kak Chah..tu yang refer resepi di blognya..Tq banyak2 lah Kak Chah ye..sedap lembut dan tak liat resepi kuih kocinya.Boleh buat lagi.

KOCI LABU
Resepi:Bonda tercinta Kak Chah
Sumber:Kak Chah

Bahan-bahan:
Untuk Inti:
1/2 biji kelapa parut
2/3 keping kelapa gula melaka (saya guna gula merah)
Gula pasir
2 helai daun pandan  dikoyak & disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
1.Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
2.Masukkan simpulan daun pandan.
3.Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit.Sejukkan.

Untuk Kuih:
1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek.
1 1/4 cawan tepung pulut
Sedikit garam halus

Cara-cara:
1.Hancurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata.Adunan akan melekit sedikit pada tangan.Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.

Untuk sapuan pada kuih:
1 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara:
1.Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
2.Masak dengan api perlahan.Masukkan garam.
3.Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.


Cara-cara untuk membungkus kuih:
1.Gentelkan inti sebesar saiz duit 20 sen.Ketepikan.
2.Ambil adunan tepung anggaran sebesar duit 50 sen dan bungkus inti tadi.Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan tepung gandum.
3.Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
4.Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
5.Kukus kuih kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak.

Isnin, 7 Mei 2012

KOCI LABU & Award dari Kak Shahriah Abdullah



Selamat malam..
Kuih koci ni memang menjadi kegemaran saya sejak dari  kecik lagi.Kenangan yang tak dapat saya lupa ialah membungkus koci ketika saya kecik dulu di majlis kenduri orang kahwin (rewang).Bonda saya memang selalu bawak kami adik beradik rewang setiap kali ada majlis walimah.
Koci labu ni enak bila isi labunya lebih banyak berbanding tepung pulut, jadinya taklah terasa liat sangat.Step2 ringkas menyediakan koci dapat juga saya memorandumkan kat sini untuk rujukan teman-teman yang gemar makan kuih koci.Namun cara membungkus kuih ni mungkin ada perbezaan sedikit di beberapa negeri lain.Yang ada kat sini style "JOWO" selangor..he he.
Sebelum tengok2 pic Koci Labu saya ni, sempat juga saya bawak balik Award dari Kak SHAHRIAH ABDULLAH yang merupakan seorang novelis dan peserta rancangan Masterchef Malaysia musim pertama.Award ni memang hadiah dari beliau untuk semua blogger  yang juga teman alam maya beliau, katanya.Terima kasih Kak Sha atas niat tulusnya terhadap rakan2 blogger lama dan baru, terutamanya yang baru macam saya nie, seolah2 macam tak layak untuk ku dapatkannya.Akak memang sporting...





KOCI LABU
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (anggaran 20 biji)
3 cawan labu ( yang telah direbus ) | dilecek
2 cawan tepung pulut

Bahan lain:
Daun pisang | jemur di bawah cahaya matahari untuk melembutkan daun (agak2)
Minyak masak | untuk masukkan  adunan koci yang telah diintikan (lumuran)

Cara:
1.Rebuskan labu yang telah dikupas kulitnya dengan anggaran 2 cawan sehingga empuk dan toskan.
2.Lenyekkan 2 cawan labu yang telah direbus, dan biarkan seketika.(lenyek ketika masih panas).
2.Campurkan terus tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan labu lenyek tadi, sebatikan dan uli sehingga sebati.
3.Bulatkan adunan tepung sebesar limau nipis dan buatkan lubang ditengahnya untuk memasukkan inti ke dalam lubang tersebut.Tutup seperti kita meletakkan inti pau dan bulatkan semula.Celupkan bulatan koci tadi ke dalam minyak masak sebelum dibungkus dengan daun pisang.
4.Potong daun pisang sebesar bungkusan nasi lemak, kemudian guntingkan setiap bucunya menjadi seperti bulatan.
5.Lipat daun seperti bentuk kon, kemudian masukkan koci yang telah berlumurkan minyak masak ke dalam kon daun pisang tadi.(*pastikan untuk mulakan membuat kon daun pisang ini bermula dari bahagian daun yang keras dahulu..lihat gambar di bawah ye..).
6.Tolak satu bahagian daun ke tengah, kemudian lipat kiri dan kanan bahagian daun.Akhir sekali lipat/selitkan bucu lipatan yang tinggal ke bahagian bawah lipatan kiri dan kanan tadi.Kemaskan dan atur ke dalam periuk kukusan.Buat sehingga habis.
7.Kukus koci selama 20 minit atau sehingga masak (*daun pisang berubah warna hijau kekuningan apabila kuih telah masak).

Inti:
2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah

Cara:
1.Satukan kelapa dan gula dalam kuali.Kacau atas api sederhana hingga sebati dan masak.Sejukkan.
2.Gentel bulat inti sebesar telur puyuh secukupnya.









STEP BUAT KUAIH KOCI
1.









2.
.
3.


4.

Ahad, 4 Disember 2011

KOCI KELADI

Assalamualaikum..
Sedapnya kuih -muih tradisional ni memang tiada tandingan.Bagaikan warisan yang tak lapuk di makan zaman.Sekarang ni agak susah nak jumpa kuih koci, kalau ada pun time kenduri walimah.Itupun tak semestinya ada.Teringin sangat makan kuih koci, bulan puasa hari tu sempat juge buat kuih koci semasa berada di kampung.Pokok keladi memang dah sedia ada tertanam di tepi rumah mak..emmm,, korek je lah.. Kiranya resepi air tangan mak lah nie..

KOCI KELADI
Resepi: Bonda Ku


Bahan-bahan:
Doh:
1 biji keladi sederhana besar
2 cawan tepung pulut} klu nak lembut jgn lebihkan tepung pulut semasa menggaul dan menguli
sedikt garam
daun pisang
sedikit minyak masak

Cara untuk doh:
1.Potong kecil keladi dan rebus hingga empuk
2.Lenyekkan hingga lumat dan biarkan sehingga sejuk di dalam dulang.
3.Gaulkan tepung sedikit demi sedikit bersama garam.Uli sehingga menjadi doh yg tidak berapa melekat di tangan.
4.Cuitkan adunan dan gentel menjadi bebola.Kemudian masukkan inti kelapa.
5.Masukkan bebola tepung tadi ke dalam minyak kemudian dibungkus dengan daun pisang.Lipatkan dengan kemas.
6.Kukus koci dan angkat koci apabila daun bungkusan menjadi agak layu sedikit.
7.Biarkan sejuk dan hidangkan.

Inti:
1 biji kelapa parut
gula merah secupnya
gula pasir secukupnya

Cara menyediakan inti:
1.Campurkan kesemua bahan dalam kuali dan masak hingga inti sebati.

Kalau takde keladi, liat2 sikit koci ni..emmm,, terliur rasanya time ni.Belum lagi cakap pasal koci labu..aduhai,, laaagi mengancam!! terasa lemak2 labunya.Tengok kalerrr oren2 labu tu pun dah kira sedap mata memandang..huhh!! Bilalah bole bikin koci labu pulak nih??