Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Agar-agar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agar-agar. Papar semua catatan

Rabu, 8 April 2015

PUDING SIRAP BANDUNG

Assalamualaikum...

Hanya gambar dan resepi yang mampu berbicara...heheeee..salam keceriaan buat semua.Jumpa laagi...bye..,

PUDING SIRAP BANDUNG
Resepi;linapg

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk [saya guna 10 gm agar2 tali]
3 cawan air
1 cawan susu cair
200 ml santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Secubit garam
Sedikit sirap rose/pewarna merah
Sedikit esen rose

Cara-cara
1.Masukkan serbuk agar2 [saya guna agar2 tali], gula, esen rose dan air ke dalam periuk.Masak hingga agar-agar dan gula hancur.
2.Masukkan susu pekat manis, susu cair, santan, sirap rose dan garam.Kacau sebati.
3.Tunggu hingga mendidih.Tutup api.
4.Masukkan ke dalam loyang atau bekas kecil2.Sejukkan.




Selasa, 24 Mac 2015

LENGKONG MERAH


Assalamualaikum
Agak-agaknya, ada ke tak orang yang tak gemar makan lengkong simple macam ni ye...mesti ada kan...Saya anggap lengkong simple macam ni adalah pencuci mulut yang sangat enak untuk dinikmati, lebih2 lagi ada terselit bau sirap ros dan aroma pandan yang harum  ... Mentelahan pulak cuaca yang sangat panas beberapa minggu yang lalu [menu sebulan yeng lepas]..

Sengaja saya selitkan resepinya di sini walau nak menghasilkannya terlalu mudah..dalam sebulan ni dah banyak kali saya buat, especially untuk disajikan buat ayahanda tersayang yang sedang terlantar uzur..Menu2 yang mudah hadam macam ni memang sesuai sangat untuk insan2 seusianya.Selamat menjamu selera..
Jumpa laagi..
LENGKONG MERAH

Bahan-bahan
10 agar-agar kering/ tali
4 cawan air
1/2 cawan gula
Sirap merah ros, secukupnya
1 helai daun pandan

Cara
1.Satukan agar kering bersama air, daun pandan dan sirap ros ke dalam periuk.Masak dengan api sederhana.
2.Masukkan gula apabila agar2 mulai hancur.Teruskan mendidih.
3.Sediakan bekas, dan tuang.
4.Sejukkan

Rabu, 22 Mei 2013

PUDING LONGAN SELASIH


Assalamualaikum..
Kembali lagi hari ini..panas  terik cuaca sekarang ni.Macam biasa bila cuaca terik teringinlah nak makan puding atau agar2 yang lembut.




Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 setia yang sudi menyinggah ke sini.2 hari saya tak mengupdate...Rasa rindu pada Damai Qalbu walau baru selewat itu.haaa..  Sungguhpun kita manusia biasa je, tetapi jika tiba masanya telah didatangkan kesibukan walau sedikit, pasti kita tak ada tumpuan kan..sebab tu tak berupdate, nak singgah jenguk kerangkaian maya pun tak berekesempatan.Alhamdulillah dapat juga menyelit sekejap dengan puding longan ni.Layan-layankan tekak dengannya...pasti kehidupan akan rasa tenang dan nyaman...alhamdulillah.. 




PUDING LONGAN SELASIH
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 gm agar2 tali-rendam 1/2 jam
4 cawan air     
1/2 cawan gula (boleh tambah, ikut suka)
1 tin longan- asingkan air dan isinya
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar selasih- rendam dalam air panas, biarkan kembang, toskan.

Cara:
1.Rendamkan biji selasih dalam air panas secukupnya.Setelah kembang, toskan.Ketepikan.
2.Rendamkan agar-agar tali dalam air anggaran 1/2 jam.
3.Masukkan 4 cawan air dalam periuk bersama 1/2 cawan gula.Renehkan hingga agar-agar dan gula hancur dan larut.
4.Masukkan air longan dan kacau rata.Matikan api.
5.Ambil satu cawan agar2 dan asingkan ke dalam mangkuk, kemudian campurkan bersama 1/2 cawan susu cair.Kacau rata.Ketepikan.
6.Ambil pula biji selasih yang telah kembang tadi, dan campurkan ke dalam baki agar-agar.
7.Sediakan gelas atau bekas yang bersesuaian, masukkan agar2 yang bercampur susu terlebih dahulu.Bekukan sekejap, kemudian masukkan sedikit buah longan, barulah disiramkan agar2-agar campuran selasih pula.Sejukkan.Boleh juga ikut cara masing2 cara nak menyediakannya.
8.Hidangkan bersama lebihan buah longan. 

Nota; puding ni hanya sesuai di makan terus dari gelas atau bekas yg  sesuai kerana kejadiannya yang lembut.Jika nak hasilkan yang agak pejal, bolehlah dikurangkan airnya ye.

Isnin, 25 Februari 2013

PUDING LAPIS KELADI




Assalamualaikum..
Lama juga tak buat puding..Tempohari ada sedikit keladi baki membuat Talam Berlauk Keladi, saya jadikan puding.Kebetulan cuaca masa tu panas terik,bagai mengantuk disorongkan bantal.Bingkas saya memulakan projek memuding.Lagipun keladi yang berbaki tu memang dah siap rebus, tinggal teruskan operasi sahaja.



Sebelum ni pernah buat Puding Aiskrim Keladi, memang sedap.Cuma bezanya tak ada rasa keladi lenyeknya.Memang tak jauh beza diapunya rasa, maklum je lah kan, bau keladi memang sedikit harum, warnanya pula memang cantik menawan.


PUDING LAPIS KELADI
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
10gm agar-agar kering/ tali
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
100gm keladi (yang telah direbus) | lenyek
Pewarna ungu
Perisa keladi
1/2 cawan susu cair
1 cawan santan
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)


Cara:
1.Satukan agar2, gula dan air dalam periuk.Renehkan hingga kesemuanya larut sebati.
2.Dengan menggunakan api sederhana ,masukkan susu cair, santan dan garam.Kacau dan sambung mereneh sekejap.Masukkan bancuhan tepung jagung, sebatikan.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dibiarkan kosong, dan sebahagian lagi bubuhkan keladi lenyek, pewarna ungu dan sedikit perisa keladi.
4.Ambil loyang yang sesuai, selang selikan adunan sehingga habis.Teknik melapis; selepas satu lapisan dituang, pastikan ianya membeku sedikit (jangan sampai beku sangat), barulah dituang lapisan seterusnya.Ulang step tersebut sehingga adunan habis.
(Untuk pastikan adunan tidak cepat beku dengan memanaskannya sambil dikacau selalu di atas api sederhana).


Sabtu, 6 Oktober 2012

PUDING CINCAU ROSE


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, bersiaran lagi..Moga hari ini dan hari-hari mendatang menjanjikan kecerian dan ketenangan buat kita semua, agar rutin harian dapat dilaksanakan dengan lancarnya.
Semenjak syawal yang lalu tekak ni asyik teringin je menyantap menu2 dessert...bukan mengidam ke apa, tapi asyikkk mashukkk nak melayan menu yg macam tu je rasanya..
Kali ni try buat puding cincau sebab stock cincau pun dah tersedia ada.Very simple, tapi saya sukeee...macam ala2 bandung la kan..o.k lah, pendekkan celoteh, saya sisipkan resepinya yang mudah itu..

PUDING CINCAU ROSE
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
10 gm agar-agar tali/ kering
2 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair*
1 cawan santan pekat*
1 sudu besar tepung jagung* (bancuh bersama)
3/4 cawan gula
150gm cincau | potong halus/ dadu
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil sirap ros

Cara:
1.Rendam agar-agar tali dalam air selam 30 minit.Toskan
2.Renehkan agar-agar bersama air dan gula.Sesekali dikacau dan pastikan agar-agar betul hancur.
3.Masukkan sirap ros dan garam.Kacau rata.
4.Tuangkan bancuhan santan, susu cair dan tepung jagung ke dalam periuk berisi agar-agar.Kacau menggunakan api sederhana sehingga tampak sedikit mendidih.
5.Tutup api dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan/ loyang yang sesuai.Masukkan sedikit demi sedikit hirisan cincau tadi ke dalam loyang yang berisi agar-agar.
6.Sejukkan.


Rabu, 3 Oktober 2012

PUDING LABU BERLAPIS CENDOL


Assalamualaikum...
Selamat petang dan bersantai2.Sunyi je rasanya maya kita hari ni..Ke mana agaknya rakan-rakan ni ye...sibuk bekerja dan beraktiviti di dapur ke??O.klah, menu yang dikongsikan kali ini adalah satu menu yang tersenarai dalam list utama citarasa saya nampaknya.Sesiapa yang gemarkan labu, sudah pasti merindukan rasa lemak manis yang ada pada ciri2 labu tu sendiri kan...
Tq Kak Rogayah, sedap sangat rasanya resepi puding ni, lebih2 lagi bila bergandingan dengan cendol tu kan..Tapi ntah kenapa kali ni beli cendol tak berapa sedap pula diapunya bau dan rasa...mungkin disebabkan oleh kandungan bahan pengawet yang terkandung dalam peket tu agaknya.Sampai anak2 saya tegur  ketidakenakkan bau cendol tu..Walau apapun puding ni tetap enak dimakan..

PUDING LABU BERLAPIS CENDOL

Bahan-bahan:-

lapisan bawah:
1/2 tahil agar-agar kering (kalau beli tu tengok berat dia tulis 37.5 gram (1 tahil), dilipat dua & potong/ guna separuh)
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
1/2 biji labu | direbus (saya guna 1abu saiz kecil)
1 sudu besar kastad
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Caranya:
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kastad dan sedikit garam sehingga hancur.
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Apabila gula sudah hancur, bolehlah dimasukkan bahan blender tadi.Masak hingga mendidih dan bolehlah diangkat.
Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.

lapisan atas:
1/2 tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair (saya gantikan dengan santan)
1/2 mug gula
Sebungkus cendol
Sedikit garam

Caranya:
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Masukkan cendol (yang telah dibuang airnya kemudian toskan).
Kacau perlahan-lahan.
Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih.
Bolehlah diangkat dari dapur.
Masukkan ke dalam lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.



Ahad, 30 September 2012

PUDING PELANGI


Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu dan beristirehat bersama insan2 tersayang.Hari ini bersiaran kembali dengan puding yang enak sekali.Ramai yang dah tahu tentang puding ni, memang mudah je menyediakannya.Antara bahan utamanya saya rujuk kat 'pak google'.Rata2 lebih kurang sama bahan-bahan asasnya.Namun untuk memudahkan cara penyediaannya, saya olah mengikut keselesaan saya untuk rujukan di masa akan datang.


PUDING PELANGI
Olahan Oleh:Rohaisha 

Bahan-bahan:(loyang 7@8 inci)
10gm agar-agar serbuk@tali
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 keping roti | carik
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1/4 sudu kecil garam halus
2 sudu besar planta/ marjerin
3 pewarna kegemaran (boleh juga disertakan perisa mengikut warna)

Cara:
1.Didihkan agar-agar serbuk bersama gula sehingga larut.
2.Sementara itu kisar roti bersama susu cair, tepung jagung, tepung kastad, telur,garam dan esen vanila hingga hancur.
3.Setelah agar-agar mendidih, masukkan/campurkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar.Kacau hingga sekata dan meruap.Masukkan juga 2 sudu besar planta dan sebatikan.Matikan api.
4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran.(Boleh tambah perisa mengikut warna)
5.Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli dan ulangi proses yang sama sehingga adunan habis.
6.Sejukkan.

note:jika menggunakan agar2 tali, seeloknya rendamkan agar2 dalam air terlebih dahulu dalam anggaran 1/2 jam-1 jam supaya ia cepat larut ketika dimasak.

Sabtu, 22 September 2012

PUDING SOYA GULA MELAKA



Assalamualaikum..
Panasnya cuaca hari ni..tapi tak terjangka juga kekadang tetiba saje mendung menjengah, namun tak juga hujan.Begitu telitinya perancangan Allah dan tiada siapa yang boleh menduga kan..

O.klah hari ni terlaksana juga membuat puding soya.Beberapa hari sebelum ni dah pergi dekat gerai orang jual soya, tapi hampa katanya soya tawar dah habis..makanya tertunda.Nampaknya hari ni memang exited nak makan puding ni, bila dah siap buat, terus snap pic n buat N3 n publish..n n n layan puding terusss.Zlsssss...Selamat mencuba.


PUDING SOYA GULA MELAKA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
10gm agar-agar tali
900ml air soya tawar
1/4 sudu kecil garam halus

Cara:
1.Masak agar-agar bersama air soya dan garam hingga hancur.
2.Setelah agar-agar hancur, matikan api dan tapiskan agar-agar.
3.Masukkan agar-agar dalam cawan atau bekas yang sesuai.Sejukkan.

Bahan Air Gula:
1 1/2 cawan air
1 biji gula melaka (saiz sederhana) | potong
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan

Cara:
1.Didihkan gula melaka dan gula pasir bersama air dalam periuk sehingga larut.Masukkan juga daun pandan.
2.Matikan api setelah menggelegak dan gula telah hancur.Sejukkan dan hidang bersama puding soya.
saya guna agar2 jenama Ali Shan: ambil 10gm sahaja (potong 2)



Jumaat, 15 Jun 2012

PUDING STRAWBERI




Assalamualaikum..
Moga ceria selalu bersama Damai Qalbu yang serba simple ini.Menu kali ini hanyalah puding biasa, namun cukup enak dimulut saya.Dibikin 2 minggu lepas sebagai bekalan perjalanan jauh ke Alor Star..sampai ke destinasinya memang berair sikit pudingku ini.Faham2 ajelah, aga2-agar kan...
Untuk resepinya boleh tinjau kat bawah tue...

Nampak tak ada macam biji2 kecil bertaburan atas puding tu...unik kan!! Saya memang tak tabur/bubuh apa2 kat atas tu.Itu merupakan biji buah strawberi yang kita kisar, dan automatik bijian tu berkumpul elok di permukaan puding..


PUDING STRAWBERI
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
Lapisan Atas:
1 3/4 sudu kecil serbuk agar-agar (4gm +-)
90gm gula pasir
500ml air
100gm buah strawberi | kisar
Sedikit pewarna merah

Cara:
1.Satukan serbuk agar-agar bersama gula.Renehkan hingga larut.Masukkan pula puri strawberi dan titiskan pewarna merah.Kacau sebati.Biarkan sebentar.Matikan api.
2.Basahkan acuan, kemudian tuang adunan ke dalamnya.Bekukan sebantar.ketepikan

Lapisan Bawah:
1 3/4 sudu kecil serbuk agar-agar (4gm +-)
100gm gula pasir
400ml air
150ml UHT whiping cream
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Sedikit garam 

Cara:
1.Satukan serbuk agar-agar bersama gula.Renehkan hingga larut.Masukkan pula whiping cream dan bancuhan tepung jagung.Kacau sebati.Matikan api.
2.Tuang / lapiskan ke atas adunan agar-agar strawberi tadi.Biarkan pada suhu bilik sebentar, barulah sejukkan dalam peti ais.
3.Hidangkan.