Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label Bingka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bingka. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mac 2015

BINGKA ROTI PANDAN BAKAR


Assalamualaikum...
Selamat kembali ke sekolah untuk adik2 semua yang telah melalui cuti penggal persekolahan....yg pasti jugak, ibu2 pun mula sibuk dengan rutin harian melayan anak2 untuk ke sekolah...

Menyisipkan resepi bingka berperisa dan beraroma pandan..syok je melayan masuk mulut ketulan demi ketulan..memang sedap.Sebelum ni pun pernah buat,tapi makan dengan sos kastard..tu yang teringat-ingat tak sudah..TQ atas perkongsian resepi dari AlongRoz dan diperpanjangkan lagi oleh Syafiq 

BINGKA ROTI PANDAN BAKAR
Sumber:AlongRoz

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan santan
2 1/4 cawan air jus daun pandan (blend 8 helai pandan dengan air & tapis)
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
14 keping roti, potong kecil

Cara-cara
1.Blend kesemua bahan, kecuali roti, sehingga sebati.Tuangkan ke atas roti dan rendam sebentar selama 5 minit.
2.Tuangkan 1 sudu besar minyak ke dalam tin dan panaskan di dalam oven.Ramas adunan tadi dan tuangkan ke dalam tin.
3.Tabur biji bijan dan bakar 180 darjah C selama 1 jam.



Selasa, 10 Mac 2015

KUIH BAKAR PISANG

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, rezeki pisang berbuah sentiasa dapat dirasa.Setandan untuk dihabiskan sendiri selalunya memang tak akan habis..Pandai2 lah nak kurangkan pembaziran.

Biasa kalau dah hujung2, pisang mula dah masak ranum, mulalah hati teringin membingka.Menjadi pebret ahli dalam rumah ni.Insya Allah tak mengecewakan..tak habis hari yang sama, sambung makan hari esoknya..kan kan..Tq atas resepi asal oleh kak dZana dan terjah terus di blog lizahanum.
KUIH BAKAR PISANG
Resepi; dZana
Sumber;lizahanum

Bahan-bahan
1 sisir pisang masak
1 cawan tepung
3/4 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu sejat/ cair
1 biji telur
2 sudu besar butter

Cara
1.Blender semua bahan kecuali pisang.
2.Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan digaul rata.
3.Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
4.Bakar dengan suhu 180 darjah C atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5.Sejukkan, baru dipotong.

Sabtu, 7 Mac 2015

BINGKA SUKUN

Assalamualaikum..
Saya memang suka membingka bila ada bahan-bahan yang sesuai dengannya...Tapi dah jadi kebiasaan saya juga, kalau buat bingka berunsurkan buah, biasanya buah tersebut tak sempat berusik sampailah jadi masak ranum...huhuuu, makanya terpaksa bertindak pantas untuk diolah sesuatu...

Buah sukun bila dah masak ranum bau harum je...jadi bila dah dijadikan bingka, baunya pun masih cam tu lah, wangi..Hanya penggemar kuih2 tradisional je yang boleh menjiwainya..betul tak..

BINGKA SUKUN
Resepi;am66

Bahan-bahan
400-500 gm buah sukun [yang lembik diblender dengan sedikit air]
200 gm tepung gandum
180 gm gula
300 ml santan
4-5 biji telur
1 sk esen vanilla
1 sk garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan [jika suka]


Cara
1.Semua bahan dikacau rata sehingga gula larut dan tepung tidak bergentel.
2.Lenser loyang/ acuan dengan sedikit butter/minyak masak.
3.Tuang ke dalam loyang, ditaburkan sedikit bijan dan dibakar di dalam oven dengan suhu 180-200 darjah C selama 45 minit.
4.Biarkan sejuk barulah dipotong.


Rabu, 24 September 2014

BINGKA ROTI TUNA


Assalamualaikum..
Kalau tak beriya2 memang tak jadi bingka roti ni.Ni gara2 roti sebungkal macam tak bersambut kewujudannya, sebab anak2 dah jemu makan roti kosong gamaknya kerana ada pilihan roti lain.Jadinya dalam kepala masa tu terus pick up resepi Bingka Roti Berlauk Kak Hanieliza.Makanya bebaloi jugalah sebab dapat makan bingka roti dan2 tu dek dah lama sangat tak buat.

Sebelum ni memang buat ikut resepi kak Hanieliza, cuma kali ni saya ubahsuai sikit bahan-bahannya terutama pada intinya memandangkan hanya ada stock tuna pada masa tu, bukan daging atau ayam.Bingka ni memang mengenyangkan bagi menggantikan menu nasi di malam hari...Tapi kalau dah berpotong2 masuk mulut, bukan diet dah tu...hihiii.Karbo tetap karbo...huwaaaa..Alhamdulillah licin juga satu loyang sebab ada yang suka sangat dengan bingka ni.

BINGKA ROTI TUNA

Bahan Bingka:
1 buku kecil roti [10 keping]
4 cawan susu segar 
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar minyak masak 
3 biji telur
garam

Cara:
1.Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan susu segar sehingga kembang.
2.Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3.Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan dgn minyak.
4.Bakar dalam oven 180 drjh C selama 30 minit.
5.Keluarkan loyang dan taburkan tuna beserta inti [rujuk bahan2 dan langkahnya di bawah] dan bakar lagi selama 30 minit.
6.Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7.Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk:
1 tin tuna [saiz kecil], tidak perlu ditumis

Bahan Inti Tumis:
1 labu bawang besar, potong dadu
1 batang lobak merah, sagat
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Air secukupnya
Minyak masak
Garam

Cara:
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan wangi.
2-Masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau sehingga naik minyak.
3-Masukkan lobak merah, garam, sos cili & sos tomato, juga air secukupnya. Kacau rata.
4-Masakkan sehingga carrot lembut di susuli hirisan cendawan butang.
5-Biarkan sehingga kuah menyusut.

Bahan Hiasan/hiriskan:
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng


Khamis, 6 Mac 2014

BINGKA PISANG TANDUK

Assalamualaikum..
Dengan izin Nya bersua lagi di sini, alhamdulillah.Terlalu lama rasanya saya menyepi kali ini, dan maafkan saya kerana lama sudah tidak bertandang ke blog kawan-kawan...Bukan sengaja, tapi keadaan benar2 tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

Buat rakan2 semua, doakan penyakit bonda saya reda dan mudah-mudahan mendapat kesembuhan dari Allah s.w.t.Mungkin doa kalian juga anatara doa yang mustajab in sha Allah.Itulah jawapan yang mungkin menjadi tanda tanya rakan2 di luar sana selama lenanya blog ini tanpa bicara..Hampir 3 minggu saya dan adik beradik bergilir dan berulang alik ke hospital menemani bonda di hospital.Semoga bonda dan kami semua tabah menghadapi ujian Allah ini.Aamiin.

Hari ni menu bingka pisang tanduk.Memang tak pernah pun saya buat bingka sebelum ni menggunakan isi pisang tanduk.Memandangkan ada pisang tanduk masak ranum, kalau digoreng pun terlalu lembik, kira berbaloi juga lah dapat buat bingka ni.Nak tahu rasanya macam mana, mestilah rasa pisang tanduk ye...eheeeee...selamat mencuba..
BINGKA PISANG TANDUK
Oleh; rohah

Bahan-bahan;
2 sisir pisang tanduk* [yg masak ranum]
1 cawan gula perang*
1 1/2 cawan santan*
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur*
1 1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Kisar kesemua bahan bertanda (*).Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan satukan dengan tepung gandum.Kacau dengan whisk hingga sebati.
2.Griskan loyang dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 8".
3.Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius dan bakar adunan selama 1 jam.Tambah 5 minit lagi pembakaran menggunakan api atas sahaja 
4.Potong setelah sejuk.

Jumaat, 8 November 2013

BENGKANG UBI

Assalamualaikum..
Rasa macam nak makan bingkang lagiii..dapnyerr lah..Hari tu buat bingka kak mama saranur ni...lama dok aim resepi dia..sedap lembut je kak..Tenkiu resepinye ye..

BENGKANG UBI
Resepi;mama saranur

Bahan-bahan;
5 cawan ubi yang siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula [ikut manis pun boleh]
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara;
1.Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu [petua supaya tak pening dan angin].Lepas tu buang air tersebut, tapi sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi.Campurkan gula, garam, pewarna dan santan pekat.
2.Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar.Baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dan bakar dalam 1 jam setengah, suhu 200'C api atas dan bawah.
3.Sejukkan betul2 baru potong.

Rabu, 9 Oktober 2013

BINGKA KELADI


Assalamualaikum..
Bila angin rajin sudah ke mari....ye ke rajin,..tak jugak.Tapi disebabkan banyak ubi keladi yg saya angkut dari kg tak langsai lagi, jadi terus je nak menerai bingka keladi..lepas ni apa pulak yg jadi kat ubi keladi tu pun saya tak pasti...Tapi tekak dah teringin mkn koci keladi..uuuihhhh..tekak ni mmg suka mengorder.Tapi rasanya bukan salah tekak...nafsu..ehhhh..Ya Allah, nafsu makan manusia ni memang tak boleh dibendung...uhhh astaghfirullah..


Sebenarnya try n error je sukatan untuk bingka keladi ni, tapi alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Lembut je dimakan.Selamat mencuba.

BINGKA KELADI
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
2 cawan isi keladi
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan santan
2 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna ungu 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Kupas keladi, buangkan kulitnya, potong dadu dan rebus.Toskan.
2.Satukan isi keladi yang telah direbus bersama gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
3.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna ungu dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
5.Sejukkan dan potong.


Rabu, 25 September 2013

BINGKA JAGUNG


Assalamualaikum...
Dah lama tak membingka..hari ni pun cadangnya nak membingka durian yang tinggal ciput tu, sekadar buat cemilan di petang hari.Itupun kalau sempat.
Bingka Jagung ni pulak saya buat sebelum bulan puasa tempohari.Lebihan dari jagung rebus.Saya sharekan di sini sebab hasilnya memuaskan selain dari mengelakkan pembaziran.Jadinya jika ada jagung rebus yang dah tak nak dijamah begitu saje, bolehlah buatkan bingka..sedap tauuu...
BINGKA JAGUNG
Oleh: rohah

Bahan-bahan:
1 tongkol jagung (telah direbus) -sisirkan isinya dan kisar halus
1 tongkol jagung (telah direbus) -disisir kasar, ketepikan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung kastad
1 1/2 cawan santan/ susu segar
2 biji telur
1/2 cawan minyak
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen jagung (jika ada)
Sedikit pewarna kuning (jika perlu)
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Kisarkan jagung bersama santan.
2.Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan jagung yang disisir kasar, gula, garam dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
3.Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard.Kacau hingga rata.Perisakan dengan esen jagung, masukkan sedikit pewarna, minyak masak dan kacau lagi.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
5.Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang.Taburkan bijan di atas adunan.Bakar selama 1 jam.

note:boleh tambah 3 minit pembakaran utk api atas sahaja jika mahukan sedikit kerak di atasnya.

Khamis, 30 Mei 2013

BINGKA PISANG GULA MERAH


Assalamualaikum..
Salam ceria dan salam bahagia buat semua..Diam-diam dah masuk hari keenam bercuti sekolah anak2.Apa yang ummi dah buat cuti sekolah ni ye..Biasanya kalau dah tahu nak cuti, saya mula menge'set' minda nak buat itu dan ini kat rumah..tapi macam biasa, ada yang terbuat, ada yang tak...Last2 bila dah habis cuti, makanya rutin pun bermula macam biasa..Time tu baru 'terasa' begitu berharganya masa yang ada jika digunakan dengan cara yang betul..




Bingka Pisang Gula Merah untuk siaran hari ni.2 minggu yang lalu bingka ni dioperasi...dah tammat kiranya.Resepi yang ni saya guna gula merah, lagi sedap rasanya, terasa lemak2 camtu.Peminat tegarnya ialah cik abang nan sorang..pun dah request lagi supaya buat bingka pisang.InsyaAllah lah tu, kalau tukang masak tak ngelat2...hehee..

BINGKA PISANG GULA MERAH
Oleh: rohah

Bahan-bahan:
10 biji pisang awak*
1 cawan santan* 
1 biji telur*
1/2 cawan gula merah*
1/2 sudu kecil garam* | kisar bersama bahan bertanda (*)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan minyak masak
Bijan untuk ditabur

Cara:
1.Satukan pisang, santan, gula merah, telur dan garam dalam blender.Kisar.
2.Tuang bahan yang dikisar dalam satu bekas, gaulkannya dengan tepung gandum, tepung beras dan minyak masak.Kacau sebati.
3.Sedikan loyang berukuran 7'' atau 8'', griskan dengan sedikit minyak masak.Masukkan adunan ke dalamnya, taburkan bijan dan bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius.
4.Potong dan hidangkan.

Sabtu, 11 Mei 2013

BINGKA ROTI PANDAN COKLAT CIP

Assalamualaikum..
Semenjak 3 hari miscarriage ni badan cepat letih dan mengantuk, lepas waktu zohor pasti saya nak lelapkan mata, begitu juga selepas masuk waktu isyak, bagai tak larat nak buat apa2..tapi setelah lelap sekitar 1-2 jam, pasti akan terjaga, barulah boleh sambung rutin harian.Mungkin itulah kesan dari miscarriage tu sendiri.

Tayang bingka roti yang dibuat pada minggu lepas sebab nak selamatkan roti dari expired.Yang paling suka makan bingka ni my hubby..dan pembantu peribadinya..siapa lagi kalau tak saya..he heee..Anak2 tak berapa gemar..Selamat jamu mata.
BINGKA ROTI PANDAN COKLAT CIP
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
10 keping roti putih - siat 
1 cawan santan 
1 cawan air pandan daripada 5 helai daun pandan
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1/4 - 1/2 cawan coklat cip
1 sudu besar mentega
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu besar air
Bijan untuk di tabur

Cara:
1.Koyak-koyakkkan roti.Ketepikan.
2.Dalam satu bekas satukan santan dan air pandan, kemudian masukkan roti yang disiat tadi ke dalamnya.
3.Dalam bekas berasingan satukan telur, mentega, gula, garam dan bancuhan tepung jagung bersama pewarna hijau.Kacau menggunakan whisk sahaja agar sebati.
4.Satukan kedua2 bahan di atas tadi bersama coklat cip dan kacau agar sebati.
5.Sapukan loyang dengan sedikit mentega.Masukkan bahan ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
5.Panaskan oven dengan suhu 180- 200 darjah celcius, dan bakar adunan selama 45-60 minit dengan api atas dan bawah.Setelah masak tambahkan 3-5 minit untuk setting api atas sahaja bagi penghasilan sedikit kerak di permukaan bingka.
6.Hidangkan.

Jumaat, 26 April 2013

KUIH BAKAR KEMBOJA

Assalamualaikum..
Dulu masa kecik2 saya memang penggemar tegar kuih bahulu kemboja yang original yang jenis berkerak gulanya tu..Memang setiap kali jualan di bazar ramadhan pun, memang bahulu kemboja yang fesyen itu yang dijual oleh peniaga.Mentelahan juga nenek saya memang pandai buat kuih bahulu kemboja yang rupa itu.Tapi sayang, saya belum berkesempatan menimba ilmunya.Nenek saya sekarang telah mencapai usia 90-an, alhamdulillah beliau masih cergas sekalipun sesekali mengalami demam akibat usianya yang lanjut.

Teringat suatu ketika dulu, saya kerap juga "menonton" beliau membancuh kuih kemboja ni (di kg saya kami panggilnya sebagai Bahulu Kemboja), tapi saya dah tak ingat kelengkapan bahan2 dan sukatan yang sepenuhnya yang beliau gunakan untuk membuat kuih ni.Hanya semangkuk gula pasir dan semangkuk telur je yang masih segar diingatan saya.Mangkuk yang digunakan ialah mangkuk basuhan air tangan zaman dulu2 tu.Cara membakarnya pun masih menggunakan sabut dan zink..Penuh kesabaran saya tengok..
Kuih kemboja yang asli memang manis dan lemak sebab menggunakan telur, santan pekat dan gula yang banyak.Tahan lama pada suhu bilik pun ia..Tapi risau juga nak jamah banyak2 kuih semanis itu kan..jauh di sudut hati teringin juga saya mencedok resepi nenek saya tu satu hari nanti insyaallah..jumpa dia pun jarang2..sebab rumah bonda dan rumah nenek memang jauh.

Untuk kuih bakar kemboja yang ni saya dapatkan sumbernya dari Wani.Saya ikut sahaja sepertimana yang telah Wani olahkan resepinya dari sumber resepi asal untuk sukatannya.Ternyata lembut dan sedap.Tq kerana berkongsi resepi.
KUIH BAKAR KEMBOJA
Sumber:JoAyee

Bahan-bahan:(4 biji untuk acuan kuih kemboja)
1 cawan gula (guna 1/2 hingga 3/4cawan sahaja)
1 cawan jus pandan atau 1 cawan air+1 sk pandan paste (tambah 1/4 cawan air untuk dapatkan kuih yang lembut)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan@450 ml air
2 sudu besar butter  dicairkan
3 biji telur (jika tak nak tambah 1/4 cawan air, boleh tambah sebiji telur lagi)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan untuk tabur

Cara:
1.Campurkan semua bahan.Blend sampai sebati dan tidak berbintil@berbiji.
2.Masukkan dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan.Bakar selama 30 hingga 40 minit pada suhu 180 darjah celcius sampai garing di permukaan.

Selasa, 16 April 2013

BINGKA PISANG


Assalamualaikum...
Bingka pisang merupakan kuih yang tak pernah jemu disantap oleh my hubby.Janji pisangnya banyak dan terasa, pasti menepati citarasanya.Kalau lebih tepung je macam tak berapa ada rasa.

Tempohari memang banyak stock pisang awak hasil tanaman di tanah rizab berhampiran kawasan perumahan saya ni.Dah puas makan yang bergoreng, buat cekodok, lepat dan sebagainya, selebihnya saya buatkan bingka pisang ni.Alhamdulillah habis..

BINGKA PISANG 

resepi:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8")
10 ulas pisang awak (kisar sekali dgn santan pun boleh)
3/4 cawan gula perang
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara:
1.Lecek pisang bersama garam, ketepikan.
2.Blenderkan gula perang, telur dan santan.
3.Satukan pisang dengan bahan kisar, esen vanila dan minyak masak.Kacau sebati menggunakan whisk.
4.Sapukan loyang berukuran 8" dengan marjerin.Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan secukupnya di permukaannya.
4.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Bakar adunan selama 1 jam.