Cooking, Food & Wine">
Teks Cerita
Teks Cerita
Teks Cerita
Tersebutlah pada zaman dahulu, ada seorang nelayan yang miskin lagi jujur pergi keluar
menjala di tengah lautan. Gelombang besar tidak menakutkannya kerana dia sedar betapa dia
mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Dia sedar Allah akan memberkati rezekinya yang
dicari dengan titik peluhnya sendiri.
Setelah beberapa lama dia menebarkan jala, dia tidak mendapat apa-apa tangkapan
pun. Dia berhenti seketika sambil menadah tangan ke langit seraya berdoa.
Tuhanku, Engkau yang memberikan rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan
Engkau merahmati sesiapa yang Engkau rahmati. Sesungguhnya aku mohon rezeki daripadaMu untuk kuhidupi keluargaku, doanya dengan bersungguh-sungguh.
Setelah itu, dia menebarkan jalanya sekali lagi. Sewaktu nelayan itu menarik jalanya kali ini, dia
mendapat seekor ikan yang sangat luar biasa. Sisik ikan itu berkilau-kilauan seperti emas. Dua
biji matanya pula keliahtan seperti intan yang bergemerlapan. Nelayan itu mengucapkan
kesyukurannya lalu bersujud di dalam sampannya itu dan menadah ke langit sekali lagi. Dia
belum pernah melihat ikan yang secantik dan seganjil itu.
Setelah dia mengalihkan ikan itu ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air laut,
dia duduk berfikir seketika.Pasti tidak ada sesiapa yang akan mahu membeli ikan ini dengan
harga yang tinggi, katanya dalam hati. Mereka akan menganggap ikan ini seperti ikan-ikan
biasa yang lainnya. Setelah puas berfikir, dia mnegambil keputusan untuk membawa ikan itu
sewaktu dia menghadap rajanya. Raja di negeri tempat tinggalnya itu termasyhur sebagai
seorang raja yang amat adil lagi bijaksana. Akan tetapi, permaisuri baginda terkenal pula
dengan sikap kikir sedta tamak. Namun, dia bertekad untuk mempersembahkan ikan yang dia
dapat itu kepada rajanya.
Sewaktu menghadap rajanya dengan mempersembahkan ikan tangkapannya itu, raja
tersebut berasa takjub lagi kagum ketika melihat ikan itu.Wahai nelayan, Di manakah engaku
dapat ikan yang ganjil lagi ajaib ini? titah raja. Nelayan itu berdatang sembah sambil berkata,
Ampun tuanku! Patik dapat menangkap ikan yang ajaib ini dengan menjalanya di sebuah teluk
di lautan selatan negeri ini.
Wah, sungguh engkau berani menjala ikan di sana pada masa keadaan laut bergelombang
besar lagi berbahaya pada musim ini! puji raja.
Ampun tuanku, dengan izin Allah juga, sesuatu yang susah dapat dilaksanakan, sembah
nelayan itu dengan penuh takzim.
Baginda raja berasa gembira mendengar sembah nelayan itu lalu mengahadiahinya
seribu wang emas. Nelayan itu bersyukur sesudah mengucapkan terima kasih atas kurnia
rajanya itu. Dia menerima pemberian raja itu dengan penuh rasa hormat. Pada waktu itu,
permaisur raja lalu bertitah, Ayuhai Kakanda, bukankah pemberian itu terlalu mahal bagi harga
seekor ikan sahaja.
Tidak mengapa, wahai adinda! Ikan yang beta dapat daripada nelayan ini bukan ikan
sebarangan. Cuba adinda lihat ., titah baginda lalu menunjukkan ikan yang sudah dialihkan
ke dalam sebiji mangkuk yang berisi air. Sisik ikan itu keemas-emasan sementara biji-biji
matanya berkilau-kilauan seperti intan.
Bagi adindalah, ikan tetap ikan, celah permaisuri dengan megahnya.
Kalau demikian menurut adinda, apakah yang mesti kakanda lakukan sekarang? titah baginda
sambil tersenyum.
Itu mudah sahaja, jawab permaisuri dengan manja. Kakanda panggil semula nelayan itu dan
titahkan kepadanya untuk diberitahu sama ada ikan itu jantan atau betina. Jikalah dia menjawab
jantan, kakanda katakan betina dan begitu sebaliknya, supaya jawapan nelayan itu boleh
dikatakn salah. Dengna yang demikian, wang yang diambil itu kanda paksa dia kembalikan.
Setelah mendengar sembah permaisuri itu, raja itu lalu menitahkan pengawalnya
memanggil nelayan itu datang kembali menghadap baginda. Apabila dia mendengar bahawa
dia diperintahkan supaya menghadap baginda semula, nelayan itu tersentak. Namun, dia
segera masuk menghadap raja.
Ampun tuanku, patik datang mengadap, sembah nelayan itu.
Raja itu lalu bertitah,Beta mahu tahu. Jika jawapan kamu betul, tidak mengapa. Namun, jika
jawapanmu salah, beta mahu kamu kembalikan semula hadiah yang telah beta kurniakan
kepada kamu sebentar tadi.
Titah dijunjung, ampun tuanku! balas nelayan itu.
Apakah ikan yang kami bawa sebentar tadi iakn jantan atau ikan betina?
Nelayan itu berfikir sejenak. Dia pun lalu bersuara sesudah beberapa ketika, Ampun tuanku,
sebenarnya ikan itu bukan ikan jantan atau ikan betina. Ikan itu .. jawabnya sambil
tersenyum simpul.
Raja itu kemudian ketawa terbahak-bahak! Sesusah reda ketawanya, baginda lalu
bertitah, Bagus, kamu tidak perlu menjawabnya! Baginda masih tersenyum simpul cuba
menahan dirinya daripada terus ketawa. Baginda lalu menghadiahi nelayan itu seribu wang
emas lagi.
Melihatkan tindakan baginda raja, permaisur mengerut-ngerutkan keningnya sambil menarik
wajah masam kerana rancangannya tidak menjadi.
Nelayan itu semakin gembira mendapat wang tamahan itu. Dia pun lalu memasukkan wang
yang baru didapatinya ke dalam uncang yang dia bawa itu. Tiba-tiba sekeping wang emas itu
jatuh ke lantai. Nelayan itu memnugutnya dengan segera dan memasukkannya semula.
Melihat akan hal itu, permaisuri lalu berbisik kepada baginda raja, Lihat kakanda,
betapa kedekutnya nelayan ini. Satu keping wang mas pun dia kutip, sedangkan dia sudah
memiliki hampir dua ribu keping wang mas!
Raja bersetuju dengan kata-kata permaisuri itu lalu baginda bertitah lagi, Hai, nelayan. Kamu
ini sangat kedekut! Kamu mendapat banyak wang emas tetapi sekeping yang jatuh pun kamu
pungut!
Nelayan itu tersentak mendengar akan titah rajanya. Dia lalu mengangkat sembah seraya
berkata, Ampun tuanku! Sebenarnya, patik memungut semula wang emas yang jatuh itu
bukanlah patik kedekut dan tamak. Patik amat menjunjung duli tuanku. Patik tidak rela wang
emas yang ditempa dengan gambar wajah tuanku jatuh di lantai dan dipijak-pijak orang, ampun
tuanku!
Mendengar akan jawapan nelayan itu, baginda berasa sungguh terharu. Tanpa berfikir-fikir lagi,
baginda menambah jumlah wang emas kepada nelayan itu. Wahai nelayan yang bijaksana,
titah baginda, Kamu rakyat beta yang taat lagi setia. Beta tambah lagi jumlah wang emas kamu
itu.
Ampun tuanku, kurnia tuanku patik junjung tinggi, sembah nelayan itu lagi sambil mengukirkan
senyuman sekali lagi.
Permaisuri raja menjadi bertambah-tambah murka namun baginda hanya menahan dirinya.
Nelayan itu pulang ke rumah dengan perasaan yang sungguh gembira.
Kawan-kawan, marilah kita contohi sikap nelayan itu tadi. Walaupun kita miskin
tetapi kita mestilah berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Amalkanlah sikap jujur, sentiasa
merendah diri dan menghormati orang lain serta bijak menangani sebarang permasalahan
nescaya kita pasti akan berjaya.
Sekian, terima kasih.
Alang seorang nelayan yatim piatu . Pada setiap malam dia akan turun ke laut
dan pulang pada waktu subuh. Selepas bersolat subuh dia pergi ke pasar untuk menjual
ikan-ikan tangkapannya. Namun, nasibnya tidak selalu beruntung. Kadangkala, Alang
hanya mendapat sedikit atau tiada tangkapan langsung. Pada musim tengkujuh , Alang
hanya bercucuk tanam di kebun kecil di belakang rumahnya. Alang selalu terkenang
akan ibu dan bapanya yang telah lama meninggal dunia. Hidupnya berasa sunyi tinggal
sendirian di pondok kecilnya itu.
Pada suatu hari, Alang segera bersiap-siap untuk turun ke laut. Alang berharap
dia dapat menangkap banyak ikan pada hari itu. Alang memikul pukat dan bakul besar
sambil berjalan menuju ke pantai. Dia berdayung ke tengah laut. Dia berhenti berdayung
lalu menebarkan jalanya ke air. Berkali-kali dia lakukan tetapi tiada seekor ikan pun dia
dapat. Matahari sudah tegak di atas kepala. Walaupun ada kehampaan dalam hatinya, dia
masih percaya dia akan mendapat rezeki pada hari itu. Alang menebarkan jalanya sekali
lagi. Apabila dia menarik jalanya ke dalam perahu dia mendapati ada beberapa ekor ikan
di dalam jalanya itu. Dia lalu memindahkan ikan-ikan itu ke dalam bakul.
mengeluarkan ikan-ikan yang dia dapat pada hari itu..Dia mendapati ada seekor ikan kecil
yang bersisik cantik dan berkilau-kilauan. Ikan kecil yang cantik itu dia masukkan ke
dalam belanga tanah yang berisi air laut.
Kkeesokan harinya, Alang turun semula ke laut. Nasibnya baik kerana awal-awal
lagi, dia sudah mendapat banyak ikan . Alang berasa sungguh gembira dan dia segera
pulang .Setibanya di rumah, Alang terpegun apabila mendapati sudah ada makanan yang
enak terhidang dan ditutup dengan tudung saji. Siapa yang memasak makananmakanan ini untuk aku? tanya Alang dalam hatinya. Dia bergerak ke sana ke sini untuk
mencari sama ada sesiapa yang berada di kawasan rumahnya. Alang dapati rumahnya
kosong seperti yang dia tinggalkan pagi tadi. Oleh sebab dia berasa terlalu lapar , dia
terus duduk menghadapi hidangan yang enak itu dan makan dengan penuh berselera.
Kejadian hidangan yang tersedia untuknya berlaku setiap hari. Pada suatu hari,
Alang mengambil keputusan untuk mengintip orang yang selalu menyediakan hidangan
untuknya. Dia pulang ke rumah awal untuk memerhatikan keadaan sekeliling rumahnya .
Sepanjang hari dia di rumah, Alang tidak mendapati apa-apa yang aneh berlaku dalam
rumahnya. Dia memerhatikan ikan yang dia simpan dalam belanga tanah. Dia memberi
ikan itu makan dengan menabur beberapa butir nasi dan menukarkan airnya.
Keesokan harinya, Alang bersiap-siap untuk turun ke laut. Sebenarnya dia tidak
ke laut, tetapi dia bersembunyi di balik semak berdekatan di luar pintu dapur rumahnya.
Tidak lama kemudian, Alang terdengar bunyi pinggan dan mangkuk berlaga. Alang
mendekati pintu dapur rumahnya. Dari celah-celah rekahan dinding kayu rumahnya itu,
Alang mendapati ada lembaga sedang bergerak-gerak. Tanpa berlengah-lengah, Alang
membuka pintu dapur rumahnya dan melangkah masuk. Alangkah terkejutnya Alang
apabila dia terpandang seorang gadis yang cantik sedang mengosek beras untuk
ditanak. Gadis itu juga berasa terkejut dan tidak sempat menyembunyikan dirinya.
Engkau siapa? tanya Alang. Akulah ikan yang engkau tangkap dan simpan
dalam belanga tanah itu, jawab gadis tersebut. Alang berasa sungguh hairan lalu pergi
mendapatkan belanga yang mengandungi ikan kecil itu. Alang mendapati Ikan itu sudah
tidak ada dalam belanga tanah itu. Alang bertanya lagi, Bagaimana engkau dapat
bertukar menjadi manusia ? Aku sebenarnya telah disumpah menjadi seekor ikan. Aku
akan bebas daripada sumpahan itu sekiranya ada manusia yang mahu memelihara ikan
itu, jawab gadis itu. Mendengarkan penjelasan gadis itu, Alang segera melamar gadis
itu.
Mahukah engkau menjadi isteri aku? tanya Alang lagi. Boleh, jika engkau menuruti
syarat-syarat yang aku tetapkan, jawab gadis itu. Apa syaratnya? pinta Alang dengan
tidak sabar-sabar. Jangan sekali-kali engkau membuka rahsia kepada orang lain bahawa
aku berasal daripada seekor ikan, tegas gadis itu. Jika engkau langgar syarat itu, aku
akan kembali menjadi ikan untuk selama-lamanya. Tanpa berfikir panjang, Alang
bersetuju untuk mematuhi syarat gadis itu.Sesudah itu, mereka pun berkahwin.
Kehidupan Alang dan isterinya itu sungguh bahagia. Dia memanggil isterinya
dengan panggilan Dayang. Alang menjalankan kerjanya seperti biasa manakala Dayang
pula menguruskan rumah tangga.
terdengar akan perbualan suaminya itu dan dia berasa kecewa. Dengan senyap-senyap
dan tanpa pengetahuan suaminya, Dayang memakai tudung lalu keluar rumah. Lewat
petang barulah kawan-kawan Alang pulang. Alang tergesa-gesa pergi menunaikan solat
Asar yang sudah suntuk kerana hari hampir senja. Setelah selesai bersolat, Alang
mendapati rumahnya masih gelap dan pelita minyak tidak dipasang isterinya, Dayang.
Puas dia memanggil-manggil nama isterinya itu sambil mencari-carinya ke sana ke mari
tetapi tidak juga dia ketemui.
Tiba-tiba, Alang terpandang akan sebuah balang tanah di atas lantai dapur
rumahnya. Di dalamnya ada seekor ikan kecil. Ikan kecil itu seolah-olah memandangnya.
Sedarlah kini Alang akan kesilapan yang telah dia lakukan. Dia sedar bahawa isterinya
telah menjadi ikan semula.
membalut kucing itu dengan ikat kepalanya yang lusuh. Tanpa berlengah-lengah lagi, Pak Awang
membawa kucing itu pulang. Mak Dayang juga terkejut apabila diberitahu Pak Awang kucing yang
dijumpainya dlam bubu di sungai. Mak Dayang menamakan kucing itu Hitam.
Sewaktu Pak Awang lena tidur pada malam itu, dia bermimpi didatangi seekor kucing putih yang besar.
Kucing itu meminta Pak Awang membela Hitam yang dia dapat di dalam bubunya itu baik-baik. Menurut
kucing putih dan besar itu, Hitam akan membawa tuah kepada keluarga Pak Awang. Pak Awang terjaga
daripada tidurnya. Di telinganya masih terngiang-ngiang kata-kata kucing besar dalam mimpinya. Pak
Awang lalu menunaikan salat subuh kerana fajar sudah menyinsing.
Pak Awang mendapati Hitam itu selalu mengikutinya pergi ke sungai. Pagi itu, dia mendapati banyak ikan
di dalam ketiga-tiga bubunya itu. Dia menyisihkan sedikit ikan untuk dimakan Hitam. Dia membawa
ketiga-tiga bubunya pulang untuk dia bersihkan sebelum dia gunakan pada hari itu setelah dia pulang dari
pasar petang nanti.
Pada keesokan hari, Pak Awang bersiap-siap hendak membawa bubunya ke seungai. Dia tersentak
mendapati semua bubunya tidak ada di bawah rumahnya seperti biasa. Dia mencari-cari bubunya itu di
setiap sudut rumahnya tetapi tidak dia temui. Pak Awang lalu bertanya Mak Dayang yang henak
meninggalkan rumah untuk pergi ke rumah tempat dia bekerja. Sewaktu mereka berbincang-bincang itu,
Pak Awang tergerak hendak pergi ke sungai. Dia mengajak Mak Dayang mengikutnya bersama-sama.
Sewaktu tiba di sungai, Pak Awang mendapati bubunya sudah di dalam air di tempat biasa. Pak Awang
dan mak dayang tertanya-tanya siapakah orang yang menahan bubunya itu.
Cuba abang angkat bubu itu? pinta Mak Dayang.
Pak Awang lalu mengangkat bubu itu dan dia membelek-beleknya. Dia pasti itu bubu kepunyaannya.
Awak tengok ni! Banyak ikannya! jerit Pak Awang kepada Mak Dayang.
Pak Awang dan Mak Dayang gembira pada hari itu, ketiga-tiga bubu mereka itu penuh berisi ikan. Hari
itu, Pak Awang mendapat banyak duit hasil jualan ikannya. Mak Dayang pula tidak pergi bekerja. Dia
membawa pulang bubu-bubunya itu untuk dia bersihkan. Sesudah bubu-bubu itu dia bersihkan, mak
Dayang meletakkannya di bawah rumah.
Mak Dayang memasak dan berkemas rumahnya sambil ditemani Hitam, kucingnya. Apabila pak Awang
pulang, mereka duduk makan bersama-sama. Setelah itu, Pak Awang keluar lagi kerana hendak
memasang bubunya. Dia dan Mak Dayang berasa hairan sekali lagi apabila mendapati bubu-bubunya
tiada. Apabila mereka pergi ke sungai, Pak Awang dan mak Dayang mendapati bubu-bubunya sudah
ditahan di dalam air sungai.
Perkara itu berlaku setiap hari dan ikan yang mereka dapati dari bubu itu begitu banyak. Pada malam itu,
Mak Dyaang pula yang bermimpi. Kali ini, dia melihat Hitam telah bnertukar menjadi seorang anak muda
yang tampan. Mak dayang terjaga. Kemudian, dia teringat akan cerita Pak Awang akan memipinya
didatangi kucing putih yang besar.
Esok paginya, mak Dayang menceritakan tentang mimpinya. Dia dan Pak Awang bercadang hendak
mengintai gerak-geri Hitam pada hari itu. Hari itu pak Awang dan Mak Dayang berpura-pura keluar pergi
bekerja. Mereka berpatah balik lalu bersembunyi di belakang pintu rumah mereka. Mereka mendapati
Hitam berjalan mundar-mandir untuk beberapa ketika. Mereka terpegun apabila mendapat di suatu sudut
rumah mereka, Hitam keluar dari sarungnya dan menjelma menjadi seorang pemuda yang tampan.
Pemuda itu lalu keluar rumah dan membawa bubu-bubu mereka pergi. Pak Awang dan Mak Dayang
mengekori pemuda itu pergi ke sungai lalu memasang bubu-bubu itu di tempat-tempat yang biasa.
Pak Awang dan Mak Dayang sedar bahawa selam ini Hitam yang membawa bubu-bubu mereka ke
sungai. Sewaktu berjalan pulang, mereka berdua berbincang-bincang tentang pemuda itu.
Baik kita sembunyikan sarung yang dtinggalkan Hitam itu, bang! bisik Mak Dayang.
Molek juga cakap awak tu, jawab Pak Awang.
Pak Awang dan Mak dayang bergegas oulang ke rumah sebelum Hitam muncul. Mereka mengambil
sarung kucing hitam itu lalu berpatah balik ke sungai. Setibanya di sana, mereka melihat Hitam sedang
memasang bubu di air sungai. Hitam tidak sedar akan kedatangan Mak Dayang dan Pak Hitam itu.
Demi terpandang wajah Mak Dayang dan Pak Awang itu, pemuda itu tersentak dan serba salah.
Jangan nak sembunyikan apa-apa lagi, Hitam. Kami dah saksikan semuanya, kata Pak Awang.
Mulai hari ini, janganlah jadi kucing lagi. Kamu mahu engkau hidup sebagai anak kami, ujar Mak
Dayang.
Hitam lalu menerpa tangan Pak Awang dan Mak Dayang. Mak, ayah, kata Hitam sambil mendakap
kedua-dua suami isteri itu. Mak dayang dan Pak awang berasa gembira mendengarkan Hitam memanggil
mereka emak dan ayah. Mereka tidak menyangka akan mendapat seorang anak dengan sekelip mata.
Apabila di rumah, Hitam menerangkan siapakah dia sebenarnya. Saya seekor ikan yang disumpah raja
ikan yang zalim menjadi seekor kucing kalau saya teramsuk ke dalam bubu. Mujur ayah datang dan
menyelamatkan saya. Jika tidak, saya sudah pasti mati lemas!
Hitam berasa terharu. Mak Dayang dan Pak Awang hanya berdiam sahaja mendengarkan kata-kata Hitam
itu.
Jika ada manusia yang baik membela saya, saya akan berubah menjadi manusia, sambung Hitam lagi.
Pak Awang dan Mak Dayang menasihati Hitam melupakan peristiwa yang lama.
Esoknya, Hitam dan Pak Awang pergi mengangkat bubu-bubu mereka. Pak Awang hairan mendapati ikanikan yang mereka dapati semuanya berwarna putih macam kapas. Dalam perut ikan-ikan itu bersinar-sinar
dengan warna kekuning-kuningan.
Eh, ikan-ikan apakah ini? tanya Pak Awang.
Ayah, jangan dijual ikan-ikan yang kita dapat hari ini, ujar Hitam sambil tersenyum.Mari kita bawa
pulang dan belah perutnya.
Pak Awang menurut sahaja kata-kata anaknya itu.
Mak Dayang Pak Awang suruh membelah ikan-ikan itu. Mak dayang tidak membantah dan mula
membuat kerjanya.
Abang, Hitam! Mari ke mari! jerkah Mak Dayang. Pak Awang dan Hitam bergegas ke dapur dan
mendapatkan Mak Dayang. Mak Dayang menunjukkan ketulan-ketulan emas.
Pak Awang dan keluarganya itu bersyukur atas penemuan ketulan-ketulan emas itu. Mereka menjualnya
di pekan dan mendapat wang yang banyak. Walaupun ditanya dari manakah mereka mendapatkan emasemas itu, Pak Awang dan Hitam tidak mengatakan apa-apa. kehidupan Pak Awang, Mak Dayang dan
Hitam bertambah mewah sejak hari itu.
Dicatat oleh Abdul Manaf Bin Mohd .Yasir di 8:27 PG Tiada ulasan:
api. Esoknya, dia berjalan lagi. Setelah sehari suntuk merayau-rayau di kawasan hutan yang tebal itu, dia
tiba di sebuah gua pada petang hari. Tanpa berfikir panjang, Aidil berjalan masuk ke dalam gua itu.
Dalam gua itu diterangi oleh unggun api yang besar. Aidil terpandang seorang lelaki tua sedang duduk
bersalat di atas sebongkah batu besar. Walaupun rambutnya sudah beruban penuh, Aidil mendapati tubuh
lelaki itu masih tegap dan kuat. Janggut putih orang tua itu mencecah ke perutnya.
Aidil memberi salam sebaik-baik sahaja orang tua itu selelsai menunaikan salat.
Waalaikumsalam, balas orang tua itu sambil menoleh ke arah Aidil.
Bolehkan saya tumpang bermalam di dalam gua ini? kata Aidil.
Oh, sudah tentu boleh! jawab lelaki tua itu. Adil merapati lelaki itu sambil mengulurkan tangannya
untuk berjabat salam.
Oh, anak ini sedang berburu rupanya, balas lelaki tua itu. Anak ini hendak berburu binatang-binatang
yang aneh. Isteri anak mengidam, bukan?
Adil mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.
Anak berehatlah dulu. Datuk akan cuba bantu nanti, kata orang tua itu.
Terima kasih, Tuk! Terima kasih! ucap Adil. Setelah membersihkan dirinya dan menunaikan salat, Adil
duduk berehat sambil bersembang-sembang dengan lelaki tua itu.
Kalau anak hendak mencari pelanduk putih, hendaklah anak berjalan menuju ke arah matahari terbit
esok. Jangan berbelok ke kiri atau ke kanan, pesan orang tua itu sebelum mereka masuk tidur.
Esok pagi, Adil berangkat setelah bersalaman dengan lelaki tua itu. Adi telah mengikat pedangnya di
pinggang dan menggalas busur dan anak panahnya. Dia tidak melupakan pesanan lelaki tua itu. Dia
berjalan menuju ke arah matahari terbit. Sudah berjam-jam dia berjalan namun dia tidak menemukan
seekor pelanduk putih, kijang putih atau rusa putih pun. Adil tidak berputus asa. Sewaktu matahari mulai
condong ke barat, tiba-tiba seeekor pelanduk putih melintas di hadapannya.
Ha, itu pun dia! Ada juga pelanduk putih dalam hutan ini, bisik Adil dalam hatinya. Dia tersenyum lega.
Aku tidak boleh berlengah-lengah dan aku mesti menangkapnya.
Dia mencepatkan langkahnya sambil matanya tertumpu ke arah kelibat pelanduk putih. Adil lalu
membidik busuk dan anak panahnya lalu menghalakan ke arah pelanduk putih itu. Tiba-tiba, seekor ular
tedung sebesar betis menerpa ke arahnya. Adil dengan lintang-pukang berlari menjauhkan dirinya.
Setelah berapa langkah dia berlari, Adil berhenti lalu menoleh semua ke belakang untuk mmeastikan arah
ular tedung itu berada. Dia melihat ular tedung itu sedang mengekori pelanduk itu.
Ular tedung itu pengawal pelanduk putih itu, barangkali, bisik Adil mengagak-agak sambil menghela
nafas dengan kencang.
Kalau begitu, aku mesti bunuh ular tedung itu dulu! kata Adil sambil bersedia dengan anak panah di
busurnya sewaktu dia melangkah maju. Dia terus melangkah dengan berhati-hati sambil mengacumkan
anak panah ke ararh pelanduk itu. Ular tedung itu memanggung kapalanya dan bergerak pantas ke arah
Adil. Kali ini Adil tidak melarikan dirinya. Dia melepaskan anak panahnya setelah dia pasti panahannya
itu akan mengenai sasaran ular tedung itu. Tidak lama kemudian, Adil mendapati ular tedung itu
menggelupur sebaik-baik sahaja anak panahnya mengenai kepala ular tedung itu.
Sewaktu dia menoleh ke kiri, Adil mendapati prlanduk putih itu berlari susp-sasap han hilang tidak
kelihatan lagi. Adil bertinjau-tinjau ke sana ke mari tetapi kelibat prlanduk putih itu sudah tidak kelihatan
lagi.
Adil segera pulang ke gua dengan perasaan hampa.Dia menceritakan pengalamannya hari itu kepada
lelaki tua itu.
Ular tedung itu memang pengawal pelanduk putih. Setelah anak membunuhnya, esok anak pulang
semula ke sana dan cari pelanduk putih itu, pesan lelaki tua itu.
Adil menerima sebuah perangkap rotan yang usang daripada lelaki tua itu pada hari esoknya.
Bawa perangkap ini dan pasang di tempat ular itu kaubunuh, kata orang tua itu.
Baik, Tuk! Terima kasih, Tuk!
Adil menurut seperti yang apa-apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi. Dia memasang perangkap itu di
tempat ular tedung yang dibuhnya semalam. Daun-daun muda digantung dalam perangkap itu, seperti
yang diterangkan lelaki tua di gua.
Sesudah itu, dia menanti dengan sabar di sebalik semak samun yang berdekatan. Seprti yang dia harapharapkan, pelanduk putih itu dia nampak sedang bergerak. Sewaktu berada di dalam perangkap rotan itu,
pelanduk itu terus memakan daun-daun muda di situ. Pada krtika itulah, perangkap itu terbidas dan
pintunya tertutup.
Alhamdulillah, Makbul juga harapan aku suami isteri! ucap Hadi gembira. Dia lalu menghela
perangkap itu pulang ke gua.
Saya berjaya dengan bantuan perangkap bertuah tok ini! berseri-seri wajah Adil sambil berkata-kata itu.
Lelaki tua itu tersenyum-senyum sambil mengangguk-anggukka kepalanya.
Nanti saya masukkan makanan dan minuman untuknya setiap hari, kata Adil. Lelaki tua itu hanya
mengangguk-anggukkan kepalanya.
Pagi esoknya, Adil bangun awal-awal sekali. Kejayaannya semalam memberikannya semangat untuk
memburu lagi pada hari itu. Sebelum bertolak, lelaki tua itu memesannya agar membawa sama kelebang
pada hari itu.
Hari ini, berjalanlah menuju ke arah matahari terbenam, pesan lelaki tua itu.
Baiklah, Tuk! Terima kasih, jawab Adil. Setelah bersalaman, Adil pun melangkah pergi setelah
menyisipkan kelebang di pinggangnya. Kali ini, dia menemui banyak binatang-binatang lain. Kijang atau
rusa putih tidak dia temui. Dia dapat memanah seekor arnab.
Setelah berjalan sangat jauh, melintaslah seekor kijang putih tidak jauh daripa tempatnya. Sebaik-baik
sahaja dia hendak memanah, muncullah seekor harimau belang yang sangat besar. Harimau itu hendak
menerkam ke arahnya. Adi segera membalingkan arnab yang sudah dia panah itu ke arah harimau
tersebut. Harimau itu berhenti lalu membaham daging arnab yang Adil balin itu. Adil lalu memanjat ke
sebatang pokok. Apabila di atas dahan pokok itu, Adil mendapati harimau itu sedang membaham daging
arnab itu. Dengan menghunuskan kelebang ditangannya, Adil lalu terjun ke arah harimau itu dan
melibasnya ke arah harimau itu. Libasan kelebangnya mengenai mata harimau yang bersiap-siap untuk
menyerangnya. Dengan melaung-laung sekuat-kuatnya, Adil melibas-libaskan kelebangnya itu ke arah
harimau yang sudah luka itu. Libasan-libasannya mengenai kela, leher dan badan harimau itu. Tidak lama
kemudian, harimau itu menjadi lemah dan menggelupur di atas tanah. Adil lalu menikam perut harimau
yang meraung-raung kesakitan itu. Tidak lama kemudian, harimau itu sudah tidak bernyawa lagi.
Kijang putih itu sudah lesap di dalam hutan itu. Adil terus menjejaki kijang putih itu tetapi tidak berjaya.
Dia hanya dapat memanah dua ekor burung hutan dan seekor arnab lagi.
Sepulangnya dia gua itu, lelaki tua itu menasihati Adil agar membawa cangkul dan menggali lubang
untuk memerangkap kijang putih itu. Lubang itu hendaklah dia gali berdekatan dengan bangkai harimau
yang dia bunuh itu. Adil mengerjakan apa-apa yang disarankan lelaki tua itu pada keesokan harinya.
Esoknya, setelah dia menggali sebuah lubang yang dalam di tempat itu, Adil menutupnya dengan rantingranting kayu dan daun-daun segar. Sebaik-baik sahaja dia selesai memasang jeratnya itu, seekor kijang
putih kelihatan meryau-rayau tidak jauh dari situ. Dengap senyap-senyap, Adil memanjat sebatang pokok
rambutan dan duduk menanti jeratnya itu.
Kijang putih itu merapati bangkai harimau itu. Sebaik-baik sahaj dipijaknya permukaan lubang jerat itu,
kijang putih itu terjatuh ke dalamnya. Adil segera melompat turun dari pokok rambutan itu dan
menangkap kijang putih itu. Diikat kaki-kai kijang itu sebelum dia menggalasnya pulan ke gua.
Berjaya juga engkau menangkap kijang putih ini, Adil! puji lelaki tua itu.
Saya sungguh-sungguh terhutang budi kepada Tok atas kejayaan saya ini! balas Adil. Tinggal rusa
putih saja yang perlu saya tangkap.
Insya-Allah, engkau akan berjaya mendapatkannya, balas lelaki tua itu. Esok, cari rusa itu di sebuah
tanah lapang di utara. Akan tetapi, kau harus lebih berhati-hati kali ini, Adil!
Kenapa, Tok? tanya Adil, curiga.
Lawanmu kali ini agak besar dan banyak! balas lelaki tua itu. Lelaki tua itu lalu bangun dan membawa
sebuah bungkusan. Dalam bungkusan ini ada beberapa ketul tulang. Lontarkan tulang-tuang ini ke arah
musuh-musuh yang menyerang kamu esok. Gunakan tali yang ada itu dan ikatkan tanduk rusa itu
dengannya.
Adil menerima bungkusan itu seraya mengucapkan terima kasih.
Pagi esoknya, Adil berangkat segera. Selain alat-alat berburu, dia membawa juga bungkusan yang dia
terima semalam. Dia tiba di sebidang kawasan lapang setelah berjalan ke arah utara untuk sekian lama.
Dia mendapati ada sekawan gajah sdang mencari makan di sana. Dalam kumpulan gajah itu ada seekor
rusa putih sedang meragut-ragut rumput.
Adil mendekati tempat kawanan gajah dan rusa putih itu berada. Sewaktu dia melepaskan anak panah ke
arah gajah-gajah itu, dia mendapati gajah-gajah itu bertempik lalu datang menyerang. Adil menghuraikan
bungkusan itu dan mengeluarkan ketulan-ketulan tulang lalu membalingkannya ke arah gajah-gajah itu.
Gajah-gajah itu lari bertempiaran ketakutan melihatkan balingan ketulan-ketulan tulang itu. Akan tetapi,
rusa putih itu hanya tercengang-cengang apabila gajah-gajah itu melarikannya. Adi segera mengikat
jerutan pada tali itu lalu melontarkan jerutan tali itu pada tanduk-tanduk rusa putih itu. Dengan sekali
lempar, tanduk-tanduk rusa itu kena jerutan tali itu. Adil segera menari hujung tali jerutannya. Rusa itu
Adil hela pulang ke gua.
Sekarang saya sudah mendapat ketiga-tiga ekor binatang yang isteri saya idam-idamkan. Terima kasi
atas bantuan datuk. Saya tidak akan dapat membalas budi baik datuk itu, ucap Adil.
Datuk hanya menolong engkau mana-mana yang datuk mampu!
Adil tidak henti-henti menyatakan penghargaannya atas abtuan lelaki tua itu.
Gunakan tali dan ikatlah ketiga-tiga ekor binatang ini. Kamu hela binatang ini macam kamu menghela
lembu atau kambing, kata lelaki tua itu.
Ini ada sebilah golok tajam untuk kau gunakan sewaktu berjalan pulang nanti, lanjut lelaki tua itu
seraya memberikan Adil sebilah golok bersarung.
Adil mengunus golok yang tajam itu. Dia menyarungkan ke sarungnya semula lalu menyisipkannya di
pinggang.
Pada keesokan harinya, Adil meminta diri untuk berangkat pulang. Setelah bersalam-slaman dengan
lwlaki tua di gua itu, dia berangkat pulang. Adil menghela ketiga-tia haiwan itu dengan mudahnya.
Sewaktu berjalan itu, dia tidak-tidak putus mengucapkan rasa syukur atas kejayaannya itu.
Di pertengahan jalan itu, Adil hendak berehat sebentar. Dia menambat ketiga-tiga ekor haiwan itu di
sebatang pokok sebelum dia duduk berehat. Sewaktu dia sedang berehat itu, datang seorang perompak.
Perompak itu mahu Adil menyerahkan ketiga-tiga haiwan itu kepadanya. Adil membantah dan berlakulah
perkelahian disusuli sebuah pergelutan antara mereka. Dengan menguhuns golok yang dia miliki, Adil
berjaya menikam hujung golok itu di perut perompak itu. Setelah mendapati perompak itu tewas akibat
terluka di perutnya, Adil melepaskan lelaki itu dan membiarkannya terbaring di atas tanah. Dia segera
membuka ikatan haiwan-haiwan yang dia tambat itu lalu meneruskan perjalanannya.
Akhirnya, Adil selamat sampai di rumahnya. Saerah berasa gembira melihat suaminya selamat pulang dan
berjaya menangkap pelanduk, kijang dan rusa putih yang dia idam-idamkan dagingnya. Saerah dan Adil
makan berlaukkan daging ketiga-tiga haiwan itu hinggalah Saerah selamat melahirkan seorang bayi lelaki
yang comel.
Dicatat oleh Abdul Man
Prof. Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa kisah kegemilangan Bahasa Melayu
pada zaman silam telah membuana di jagat rayanamun, sekadar mengagumi sejarah
silam, kita tidak mungkin dapat mengangkat martabatnyaJusteru, berdirinya saya di
pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma
berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya BAHASA
JIWA BANGSA.
Bahasa, menurut Kamus Dewan, adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. JIWA, BERMAKSUD nyawa
atau roh. Manakala, bangsa pula bermaksud, kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan. Dalam konteks pidato saya, konsep bangsa dan bahasa secara total
merujuk kepada bangsa Malaysia dan bahasa kebangsaan kita, yakni BM.
Persoalannya sidang dewan sekalian, mengapakah bahasa itu dikatakan jiwa @ roh
bangsa? Apakah keistimewaan BM kita yang sekian lama diagung-agungkan dalam
adikarya seantero dunia. Marilah bersama-sama saya, merungkai persoalan ini satu
persatu melalui empat nirmala kata, inspirasi mahakarya.
Sidang hadirin sekalian
Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua aspek
kehidupan manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan nilai-nilai dan
budaya mereka kepada bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan, bahasa menunjukkan
bangsa. Hatta, saya rangkumkan frasa ini dengan nirmala kata saya yang pertama;
BAHASA MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA MALAYSIA.
Jati diri @ identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu
kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang
sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.Tahukah anda?
Rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa yang berlainan iaitu Bahasa
Perancis, Jerman, Italy dan Roman mereka semua adalah bangsa Swiss. Di Malaysia,
kita juga mempunyai satu bahasa kebangsaan yang dituturkan olah masyarakat pelbagai
keturunan tanpa
bangsa Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
BM telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang merdeka. Menurut
Prof. Dr Teo Kok Seong, maruah bangsaMalaysia terletak pada martabat bahasa Melayu
yang menjadi lambang kedaulatan pemerintah dan negara. Ini kerana, BM telah
mendukung peranan penting sebagai bahasa peradaban dan tamadun tinggi pada suatu
ketika dahulu. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, BM digunakan secara meluas
dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran dan undang-undang.
Ironisnya, di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Biscmark dan Machiavelli yang
membina negara bangsa mereka dengan kuku besi, helah dan darah. Cukup sekadar,
memartabatkan BM sebagai bahasa kebangsaan sebagai ramuannya.
Sidang dewan sekalian
Ingin saya simpulkan, bahawa BM bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi,
untuk semua rakyat Malaysia lantaran bahasa mencerminkan identiti dan citra
penuturnya. Daripada bahasa juga, lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan
kecemerlangan bangsanya.
Akhir kata dari saya.
Untuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani, BAHASA perlu dijulang tinggi
Yakinlah, Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayah.