Home & Garden">
Cerita Tahap 2
Cerita Tahap 2
Cerita Tahap 2
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar-guru besar, guru-guru serta rakan-
rakan sekalian.
Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
“ Kemaafan dan Terima Kasih”.
Kisah yang akan saya sampaikan pada hari ini adalah tentang perjalanan dua
orang sahabat karib . Mereka sedang berjalan melintasi gurun pasir untuk
memperdagangkan barang-barang perniagaan mereka ke perkampungan yang
berdekatan. Seorang bernama Ahmad manakala seorang lagi bernama Abdul.
Ahmad dan Abdul telah berkenalan sejak kecil lagi. Mereka membesar dan
bersekolah bersama-sama hinggalah ke alam pekerjaan. Hubungan mereka sangat
rapat seperti isi dengan kuku. Jika dicubit peha kanan pasti peha kiri terasa juga.
Begitulah akrabnya perhubungan mereka.
Pada awal perjalanan, mereka berasa sungguh bersemangat kerana inilah kali
pertama mereka akan berdagang di luar kampung halaman. Mereka berjalan sambil
bernyanyi riang. Hoi….hoi yahoi 2x kami sangat gembira. Hoi..hoi ya pergi berniaga…..
di luar kota.. bertambah harta..
Namun, bak kata orang-orang tua, lautan mana yang tidak bergelora, bumi
mana yang tidak ditimpa hujan. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar. Puncanya
adalah kerana Abdul tertinggal bekalan makanan mereka di sepohon pokok, ketika
mereka berhenti untuk berehat. Berpatah balik adalah mustahil kerana amat jauh.
Akibat terlalu marah, Ahmad menampar rakan baiknya itu. Abdul mengerang
kesakitan sambil memegang pipinya. Aduh….. Abdul sangat terkejut akan kelakuan
sahabatnya. Pipinya mulai kelihatan merah. Walaupun dia berasa sakit hati, namun
dia tidak berkata apa-apa. Dia termenung sebentar kemudian dia mengambil
sebatang kayu kecil lalu menulis sesuatu di atas pasir, HARI INI, SAHABAT BAIK
MENAMPAR PIPIKU. Ahmad melihat perlakuan sahabatnya itu tanpa ada keinginan
untuk meminta maaf.
Tidak lama kemudian, mereka meneruskan perjalanan. Kali ini mereka tiba di
sebuah kolam yang sangat indah dan jernih. Kerana keadaan cuaca yang panas dan
bahang matahari yang sangat terik, mereka membuat keputusan untuk mandi di situ.
Abdul yang pipinya ditampar dan terluka hatinya masuk ke dalam kolam . Dia
berharap agar dapat menyejukkan hatinya. Namun, malang tidak berbau, Abdul
tergelincir ke kawasan air yang dalam. Tambahan pula, dia tidak pandai berenang .
Dia nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya,
Ahmad. Ketika Abdul mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis
sesuatu di atas sebuah batu pula: HARI INI, SAHABAT BAIK
MENYELAMATKAN NYAWAKU.