Cerita ini menceritakan pengalaman beberapa benda seperti pensel, beg, bola, basikal, kerusi, kucing dan buku. Setiap benda mempunyai pengalaman berbeza semasa digunakan oleh tuan mereka yang baik atau rosak atau dibuang.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
255 tayangan7 halaman
Cerita ini menceritakan pengalaman beberapa benda seperti pensel, beg, bola, basikal, kerusi, kucing dan buku. Setiap benda mempunyai pengalaman berbeza semasa digunakan oleh tuan mereka yang baik atau rosak atau dibuang.
Cerita ini menceritakan pengalaman beberapa benda seperti pensel, beg, bola, basikal, kerusi, kucing dan buku. Setiap benda mempunyai pengalaman berbeza semasa digunakan oleh tuan mereka yang baik atau rosak atau dibuang.
Cerita ini menceritakan pengalaman beberapa benda seperti pensel, beg, bola, basikal, kerusi, kucing dan buku. Setiap benda mempunyai pengalaman berbeza semasa digunakan oleh tuan mereka yang baik atau rosak atau dibuang.
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7
Cerita spontan Aku Sebatang Pensel
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aku Sebatang Pensel. Aku Sebatang pensel. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang membuat alat tulis. Aku dibawa dan dipamerkan di sebuah kedai. Selain itu, kawan-kawan aku juga dipamerkan di sini. Aku dan kawan-kawan dilabelkan dengan pelbagai jenama mengikut kehendak pelanggan yang menempah kami. Tubuhku diperbuat daripada kayu jati yang bermutu tinggi dengan warna kuning keemasan bercampur hitam. Aku dinamakan Pensel 2B. Kawan-kawanku juga diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Ada juga diantara merekayang diperbuat daripada kayu yang tidak berkualiti. Ini menyebabkan mereka tidak tahan lama. Aku dipamerkan dalam sebuah kotak. Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang gadis. Tuan aku seorang gadis yang cermat, namanya Maisara. Setiap kali selepas aku digunakan, Maisara akan menyimpan aku didalam kotak pensel atas meja tulisnya. Aku dijaga dengan baik seperti menatang minyak yang penuh. Aku sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang baik. Selepas seminggu aku digunakan,tubuhku semakin lama semakin pendek. Ini disebabkan setiap kali mataku tumpul, Maisara akan mengasah tubuhku sehingga tajam semula. Kini, tubuhku hanya pendek dan aku tidak boleh lagi digunakan kerana terlalu pendek. Akhirnya aku tidak dipedulikan lagi kerana Maisara telah mempunyai pensel lain. Aku sedar aku telah kehilangan kuasa,namun aku gembira kerana dapat berbakti kepada manusia. Sekian, terima kasih.
Cerita spontan Aku Sebuah Beg
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aku Sebuah Beg. Aku sebuah beg. Aku berjenama Adidas. Aku dibawa ke Malaysia dan aku dipamerkan di sebuah kedai. Aku berwarna hitam dan belangku berwarna putih. Aku melihat kawan-kawan ku dibeli oleh ramai orang yang mengunjungi tempat ini. Aku hanya menunggu untuk dibeli oleh orang. Aku berharap aku dibeli oleh seseorang yang baik . Keesokan harinya, aku dibeli oleh seorang wanita. Dia membelekku dan matanya sedang mencari tanda hargaku. Dia melihat tanda hargaku. Hargaku ialah dua ratus ringgit. Dia terus membeliku. Namanya Roslina dan dia memberi aku kepada anaknya yang bernama Adam. "Ibu,ibu sudah beli beg untuk Adam?". Ibu berkata "Sudah Adam. Mari sini tengok beg kamu". Wah! cantiknya beg ini ibu, kata Adam. Baiklah Adam. Kamu jaga beg ini elok-elok boleh? kata ibu. Setiap minggu aku dibasuh oleh Adam.Aku sangat gembira kerana mendapat tuan yang baik sepertinya. Sekian, terima kasih.
Cerita spontan Aku Sebiji Bola
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aku sebiji bola. Aku dilahirkan di sebuah kilang di pinggir ibu kota. Aku berwarna kuning, biru dan putih. Selepas dilahirkan, aku dihantar ke sebuah kedai sukan di bandar. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan tiga ratus lima puluh. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang budak lelaki bernama Fauzi. Fauzi membawa aku ke padang sekolah untuk bermain bersama rakan-rakannya. Sebaik sahaja kawan-kawan Fauzi melihat diriku, mereka semua memuji kualiti yang aku miliki. Pada setiap petang, Fauzi membawa aku untuk bermain bola sepak. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berbakti kepada tuan aku. Aku dijaga dengan baik sekali. Selang beberapa minggu, ketika bermain bola, rakan Fauzi telah menendangku dengan sangat kuat. Aku terpelanting jauh dan jatuh ke kawasan sampah. Badanku tercucuk paku. Aku berasa sangat sakit. Aku hanya mampu menangis dan badanku mula mengempis sedikit demi sedikit. Apabila melihat keadaanku begitu, Fauzi tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana aku tidak dapat diselamatkan lagi. Aku tidak dapat digunakan oleh tuan aku. Sejak hari itu, aku hanya menjadi penghuni setia bilik simpanan. Begitulah nasibku sebagai sebiji bola. Sekian, terima kasih.
Cerita spontan Aku Sebuah Basikal
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aku sebuah basikal. Aku sebuah basikal. Nama aku ialah BMX. Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal di Johor. Selepas siap dibuat, aku dihantar ke sebuah kedai basikal. Aku dipamerkan di dalam kedai itu. Tuan kedai itu melabelkan harga pada badan aku. Harga aku ialah tiga ratus ringgit. Pada suatu petang, seorang budak lelaki datang ke kedai. Dia ingin membeli sebuah basikal baharu. Dia memilih aku lalu membeli aku. Tuan aku bernama Atan. Atan amat menghargai aku. Dia menunggang aku ke sekolah setiap hari dengan berhati-hati. Setiap minggu, dia akan menyuci aku. Oleh itu, aku sentiasa bersih dan cantik. Ramai kawan Atan memuji aku. Namun, malang tidak berbau. Pada suatu hari, seekor anjing mengejar tuan aku apabila tuan aku menunggang aku ke sekolah. Atan tidak ternampak longkang di hadapan. Aku terjatuh ke dalam longkang. Tuan aku berguling ke dalam longkang. Tuan aku bangun lalu menuntun aku ke sekolah. Aku telah rosak. Tuan aku berasa sakit hati. Ibu Atan membeli sebuah basikal yang baharu dan cantik untuk Atan. Atan terpaksa membuang aku. Namun, aku berasa bangga kerana pernah berkhidmat kepada tuan aku. Begitulah nasibku sebagai sebuah basikal. Sekian, terima kasih.
Cerita spontan Aku Sebuah Kerusi
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aku sebuah kerusi. Aku ialah sebuah kerusi. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Negeri Sembilan. Aku diperbuat daripada kayu. Aku dihantar ke kedai perabot dengan sebuah lori. Semasa tiba di kedai perabot, pekerja menggunakan troli menghantar aku ke dalam kedai itu. Selepas itu, aku diletakkan ke dalam sebuah almari kaca. Tuan kedai itu meletakkan harga tiga puluh ringgit pada badanku. Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai. Pemuda itu telah membeli aku. Selepas beberapa hari, aku pun dihantar ke rumah pemuda itu.Tuan aku bernama Gary. Aku sangat suka tuan aku kerana dia selalu membersih aku. Dia juga selalu menggunakan aku semasa menonton televisyen. Aku berasa sangat gembira kerana aku mempunyai seorang tuan yang baik dan menghargai aku. Aku berharap boleh terus berbakti kepada tuan aku. Sekian, terima kasih.
Cerita spontan Aku Seekor Kucing
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aku seekor Kucing. Aku seekor kucing. Nama aku Si Putih. Aku mempunyai bulu yang putih. Oleh sebab itu, aku dinamakan Si Putih. Aku mempunyai ekor yang panjang. Aku dipamerkan di sebuah kedai haiwan oleh tauke haiwan. Aku berkenalan dengan dengan kucing yang lain. Setiap pagi dan petang, aku diberi nasi dan ikan. Pada suatu hari, seorang wanita pergi ke kedai haiwan untuk membeli kucing untuk anak perempuannya. Wanita itu pun memilih aku. Aku dijual dengan harga yang tinggi oleh tauke haiwan. Kawan ku berasa cemburu kerana aku telah dibeli oleh pelanggan. Setibanya di rumah, wanita itu pun menghadiahkan aku kepada anak perempuannya. Anak perempuannya berasa sangat gembira. Tuan baru aku bernama Siti. Tuan aku sangat menyayangi aku. Dia menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Tuan aku memberi aku makan nasi dan ikan. Tuan aku memberi aku minum susu. Setiap petang, tuan aku memandikan aku. Kadang-kala, tuan aku juga akan membawa aku makan angin di taman. Pada masa lapang, tuan aku akan bermain dengan aku. Pada suatu hari, tuan aku telah menyertai pertandingan kecantikan kucing. Tuan aku telah membawa aku menyertai pertandingan itu. Aku ialah kucing yang paling cantik dan comel dalam pertandingan itu. Aku mendapat tempat pertama. Tuan aku berasa sangat gembira dengan keputusan itu. Kasih sayang tuan aku semakin bertambah dari hari ke hari. Aku berasa sangat bahagia kerana dijaga dengan baik dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Sekian, terima kasih.
Cerita spontan Aku Sebuah Buku
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Aku sebuah buku. Aku sebuah buku rujukan. Aku diperbuat daripada kertas. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Di sana, aku menemui banyak rakan. Setelah beberapa lama dilahirkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu aku dimasukkan ke dalam sebuah van. Aku dibawa ke segenap ceruk rantau Malaysia. Tidak lama kemudian, aku dibawa ke sebuah kedai buku. Di sana, aku menemui rakanku semula. Aku disusun rapi di atas sebuah rak buku di kedai buku itu. Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan datang ke kedai buku itu. Dia melihat aku dari pintu kedai itu lalu mendekati aku. Dia membelek-belek tubuhku. Begitu juga dengan rakan-rakanku. Akhirnya, dia membeli aku. Aku diletakkan di dalam plastik dan dibawa pulang. Sampai sahaja di rumah, tuanku terus membalut kulitku menggunakan pembalut buku. Kemudian,
dia
membacaku.
Aku
pun
menunjukkan
kebolehanku
dengan
memberinya
pengetahuan yang dalam. Dia benar-benar berpuas hati setelah membacaku.
Pada keesokan harinya, aku dibawa ke sekolah tuanku. Aku ditunjukkan kepada rakanrakannya. Dia berasa sangat bertuah kerana memilikku. Aku selalu digunakan oleh tuanku untuk membuat rujukan. Semakin lama khidmatku tidak perlukan lagi kerana tuanku sudah mempunyai komputer. Di dalam komputer itu pula mengandungi internet yang memberi banyak maklumat terhadap tuanku. Aku sudah tidak diperlukan lagi oleh tuanku. Aku diletakkan di dalam sebuah almari buku dan tuanku tidak membacaku lagi. Begitulah nasibku sebagai sebuah buku. Sekian, terima kasih.