Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pertandingan Bercerita Tahap 2

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DULANG 06900 YAN, KEDAH.

NAMA : AJMAL SHAUQI B NAJMUDDIN

BERCERITA TAHAP 2

TAJUK : AKU AKAN TERBANG

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, Yang dihormati barisan para


hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan
sekalian.

Redup suasana terasa nyaman,


Camar petang terbang melayang,
Dengarkan semua rakan budiman,
Tajuk cerita Aku Akan Terbang.

Hatinya kembang bagaikan bunga melur yang disapa titisan


embun pagi. Bunga melur yang wangi dan mekar dengan
kegembiraan yang tidak terhitung. Dia mengerling ke arah wang
yang berlipat diselitkan antara botol minyak rambutnya. Ah, mesti
ibu yang meletakkannya ketika aku tidur, desis hati Shakir. Dia
bersiul-siul perlahan dan membetulkan kolar baju sekolah putih
dan bertali leher biru.

Wang itu akan diserahkan kepada Cikgu Nasir sebagai


bayaran tambang kapal terbang untuk ke Langkawi.Wang itu juga
akan membantunya mencapai impian yang tersemat dalam jiwa
selama ini. Aku ingin terbang, bisik hatinya lagi dan lawatan sambil
belajar kali ini lebih istimewa kerana mereka akan menaiki kapal
terbang dari Alor Setar ke Langkawi.

1
Dia tidak putus-putus tersenyum, lalu melangkah kea rah
tingkap yang berdaun dua.Dibukanya luas-luas dan dibiarkan angina
bayu berpuput lembut menyapa dirinya. Sang suria masih malu-
malu hendak muncul . Burung-burung juga baru terbang keluar dari
sarang mencari rezeki.
“ Aku juga akan terbang seperti kamu, wahai sang burung”.
Dia berdialog sendirian sambil menyedut udara nyaman yang
dirasakan lebih bermakna hari itu. “ Malah mungkin aku akan
terbang lebih tinggi hingga ke bulan,” bisik hatinya lagi.

Dia mengambil beg sekolah, lalu menggalas dan tidak


dilupakan wang yang akan diserahkan kepada Cikgu Nasir. Wang itu
diletakkan di tepi beg yang berzip. Shakir bimbang sekiranya duit
itu hilang, pasti impiannya juga akan punah.Peluang ini bukannya
selalu tiba untuk seorang budak kampung sepertinya. Peluang
untuk duduk di dalam perut burung besi adalah satu peluang yang
tidak seharusnya disia-siakan begitu sahaja.Aku mahu terbang.
Jantungnya terasa berdegup kencang. Agaknya inilah yang bakal
aku rasa apabila kapal terbang berlepas, desis hati kecilnya sambil
melangkah keluar dari bilik.

Suasana di dalam rumah sunyi, hanya kedengaran bunyi


perlahan radio tua peninggalan arwah ayah. Shakir menuruni
tangga menuju ke dapur. Biasanya ibu ada di dapur sedang sibuk
berkemas dan menyediakan sarapan pagi.

“ Ibu……ibu, pagi ni Shakir minum saja sudahlah. Kir nak


serahkan duit ini kepada cikgu,” katanya penuh ceria.Namun
suaranya bagaikan hilang ditiup angin, tiada sahutan daripada ibu
seperti selalu. Dia melajukan ayunan langkah menghampiri meja
makan, namun ibu tetap tiada. Hatinya dipagut bimbang. Ke
manakah ibu pergi?
2
“ Syy…” Shakira adiknya yang baru berumur 7 tahun muncul
dari bilik sambil memegang sehelai selimut.

“ Jangan bimbang, ibu tertidur di kusyen. Kesian ibu”.


Adiknya yang bersekolah petang itu membawa selimut yang
meleret. Shakir bagaikan terpinga-pinga hanya mengekori adiknya
menghampiri kusyen.Dia terpaku melihat adiknya menyelimuti ibu
yang terlena keletihan, malahan tangan ibu juga masih terlekat
sisa-sisa tepung membuat kuih. Air mata Shakir bertakung di
kolam matanya.

“ Biar ibu tidur, ibu letih, kalau abang nak minum ambil atas
meja, ibu dah buatkan”, kata adiknya yang petah. Shakir menelan
air liur yang pahit, rasa bersalah serta merta menerpa dirinya.

“ Dik ibu ada cakap apa-apa tak pasal rombongan yang abang
nak pergi itu?”
“ Ibu kata , biarlah ibu kuih lebih sikit supaya dapat cukupkan
tambang abang nak naik kapal terbang. Ibu berjaga dah tiga
malam, tidurpun sekejap-kejap, sebab tu ibu mengantuk sangat.
Abang tahu taka pa yang ibu kata lagi?” Shakir menggeleng, dia
benar-benar tidak tahu.

“ Ibu kata , biarlah bumbung yang bocor tu kita baiki


kemudian, ibu nak abang dapat terbang.” Cukup! Shakir tidak
sanggup mendengar lagi kata-kata adiknya itu.

Air mata yang ditahan laju menuruni pipinya. Maafkan aku


ibu, mahu saja dia merangkul ibunya untuk memohon ampun. Betapa
aku mementingkan diri sendiri., sehinggakan ibu jadi begini. Dia
mengeluarkan wang yang diberi ibunya lalu diselitkan di antara
lengan ibunya dengan kusyen tempat tidur ibunya. Shakir menutup
pintu bilik tanpa menoleh lagi. Dia terbayangkan sikapnya yang
3
mendesak ibu tidal lama dulu untuk memberikannya tambang kapal
terbang untuk ke Pulau Langkawi. Bukan dia tidak tahu yang ibu
kesempitan wang. Namun dia tetap ingin mengikut rombongan itu.
Ya Allah, alangkah bersalahnya aku kepada ibu.

“ Baiklah, kalau Shakir nak pergi juga ibu akan usahakan,ya,”


terngiang-ngiang suara ibunya ketika dia menarik muka merajuk
apabila ibu mengatakan yang mereka kesempitan wang. Mengapa
aku menjadi seorang anak yang begitu mendesak? Mengapakah aku
tidak dapat melihat keperitan yang ibu lalui semata-mata hendak
memenuhi kemahuan aku. Dia menyoal dirinya sendiri dalam
getaran yang mengundang seribu kesedihan.

Dia mula mengayuh basikal. Cuaca pagi dengan angin sejuk


yang berhembus bagaikan bahang panas daripada kesalahannya.
Air matanya tumpah tanpa diseka. Maakan aku ibu, bisik
hatinya.Adakalanya dia memejamkan mata dan menarik nafas
sendu .Wajah ibu yang bersih terbayang di matanya.

Aku akan batalkan semua ini. Aku akan beritahu Cikgu Nasir
yang aku tidak akan pergi ke Langkawi. Namun aku tetap akan
terbang suatu hari nanti. Aku akan terbang bukan hanya sekali
tetapi setiap hari. Aku akan bawa ibu dan Shakira terbang
bersama. Aku akan mncapai cita-citaku untuk menjadi juruterbang
dan peristiwa ini akan menjadi pendorong utama, jerit hatinya.

“ Aku akan terbang!” Kali ini Shakir benar-benar menjerit di


awal pagi itu dengan kekuatan yang ada dan dengan linangan air
mata.
Kawan-kawan, demikianlah kisah “ Aku Akan Terbang”. Di sebalik
cerita ini terselit beberapa pengajaran untuk kita renungi
bersama. Antaranya ialah:

4
1. Kita tidak boleh menyusahkan ibu bapa dengan meminta
sesuatu yang di luar kemampuan mereka untuk
menyediakannya.
2. Kita tidak sepatutnya bersikap mementingkan diri sendiri.
3. Kita hendaklah menjadi anak yang sentiasa memahami ibu
dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai