Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Teks Pertandingan Bercerita

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KISAH ANAK DENGAN POKOK EPAL 1.

Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada barisan juri yang adil lagi bijaksana, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. 2. Saya __________________________ dari Sekolah Kebangsaan Kemabong ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Kisah Pokok Epal. 3. Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung terpencil, terdapat sebatang pokok epal yang sangat besar. Seorang kanak-kanak lelaki yang comel dan periang begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. 4. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di pangkal pokok epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya itu. Pokok epal itu juga turut menyayangi anak tersebut yang dianggapnya sebagai peneman. 5. 6. Masa pun berlalu. Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. 7. Marilah bermain-mainlah di sekitarku, pelawa pokok epal itu. Dengan harapan dapat membantu mengurangkan kesedihan anak lelaki itu.

8.

Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, jawab remaja itu. Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya, tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok apel itu berkata,

9.

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.

10.

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal pada pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu berasa sedih. Masa berlalu. Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

11.

Pokok epal itu merasa gembira.Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pokok epal itu. Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku? Tanya anak itu.

12.

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, anak yang kini dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya berasa sedih kerana anak itu tidak kembali lagi selepas itu.

13.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pokok epal itu. Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai kapal. Bolehkah kau menolongku? tanya lelaki itu.

14.

Aku tidak mempunyai kapal untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan kapal. Kau akan dapat belayar dengan gembira, kata pokok apel itu.Lelaki itu berasa amat gembira dan menebang batang pokok apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu. Kini sudah tua dan semakin uzur.

15.

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat kapal. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati kata pokok epal itu dengan nada pilu.

16.

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku hanya ingin beristirehat dengan pokok yang aku sayangi ini. jawab lelaki tua itu.

17.

Jika begitu, istirahatlah di pangkalku, kata pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pokok epal itu dan beristirehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

18.

Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah ibarat kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

19.

Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun. Dan yang paling penting, hargailah mereka sebelum mereka pergi buat selamanya.

Anda mungkin juga menyukai