Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kertas Kerja Program Minggu Bahasa Melayu Dengan Pss 2018

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU DENGAN

KERJASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH


SK. PANGLIMA HABIBULLAH
2018

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta


Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata muridan teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat,
juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang
dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Untuk merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis, selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa
Melayu sekolah rendah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan
berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan
harian, pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia Bahasa Melayu, Sekolah
Kebangsaan Panglima Habibullah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2018.

2.0 RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti
mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya murid-murid
agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa
kebangsaan.

3.0 TEMA

“Bahasa Tonggak Negara”.

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Minggu Bahasa Melayu membimbing dan mempertingkat pengetahuan tentang


aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan kepersisan
bahasa.

1
5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Mendedahkan keunikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek.


5.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik
kewujudan bahasa Melayu.
5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa
Melayu.
5.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif, dan semangat patriotik bertunjangkan bahasa Melayu.

6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh: 6 Ogos sehingga 10 Ogos 2018

7.0 TEMPAT:

Kelas dan Dataran SK. Panglima Habibullah

8.0 PERASMIAN PEMBUKAAN:

Pn. Mariani Kassim (Guru Besar SK. Panglima Habibullah)

9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK. Panglima Habibullah

10.0 ORGANISASI

Sila Lihat Lampiran 1

11.0 SENARAI TUGAS

Sila Lihat Lampiran 2

12.0 TENTATIF PROGRAM

Sila Lihat Lampiran 3

2
13.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
digariskan. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan
dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ .............................................
(MOHD FAIZ BIN ZORKARNAIN) (ABD. GAFAR ABD. LATIF)
Ketua Panitia Bahasa Melayu PK. Pentadbiran
SK. Panglima Habibullah SK. Panglima Habibullah

Disahkan oleh,

........................................
(PN. MARIANI KASSIM)
Guru Besar
SK. Panglima Habibullah

3
Lampiran 1

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU


DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH
2018

Pengerusi : PN. MARIANI KASSSIM


(GURU BESAR)

Naib Pengerusi : EN. ABD. GAFAR ABD. LATIF


(GURU PENOLONG KANAN 1)

Penyelaras : EN. MOHD FAIZ ZORKARNAIN


(KETUA PANITIA BAHASA MELAYU)

Setiausaha : EN. MOHD FAIZ ZORKARNAIN


(KETUA PANITIA BAHASA MELAYU)

Penolong Setiausaha : EN. TAJUDDIN LATIF

Bendahari : PN. NOVITA SALAMAT

4
AHLI JAWATANKUASA GURU PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU
DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH
2018

AJK Perasmian &


Persembahan : EN. MOHD FAIZ ZORKARNAIN &
EN. MAHYUDIN MAHADI

AJK Banner &


Brosur : EN. MOHD FAIZ ZORKARNAIN

AJK Perakam &


Dokumentasi : EN. MOHD ASRAF HATTA

AJK Juruacara Majlis : EN. MAHYUDIN MAHADI


CIK SITI SORAYA BT SUGALA (TAHUN 6)

AJK Bacaan Doa : EN. ABD. HADI ABD AZIZ

AJK PA Sistem : EN. HAMSAH SIRAP

5
PERTANDINGAN PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU DENGAN
KERJASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH
2018

Pertandingan Bercerita :

Pertandingan Sahibba :

Pertandingan Mendeklamasi Sajak :

Pertandingan Mencipta & :


Mendeklamasi Pantun

Kembara Bahasa :
“ Cari Salah Saya”

Kembara Bahasa :
“ Cari Salah Saya”

Pertandingan Kuiz :
Teka Silang Kata

Pertandingan Kuiz Peribahasa :

Pertandingan Nyanyian Lagu :

6
Lampiran 2

Senarai Tugasan Ahli Jawatankuasa Guru Program Minggu Bahasa


Melayu Dengan Kerjasama Pusat Sumber Sekolah
Sk. Panglima Habibullah
2018

AJK Brosur & Banner :

i. Menyediakan banner Minggu Bahasa Melayu.


ii. Menyediakan brosur Minggu Bahasa Melayu.
iii. Mengedarkan bosur pada hari pelancaran.

AJK Perakam & Dokumentasi:

i. Mengambil gambar sepanjang Minggu Bahasa Melayu.


ii. Merakamkan peristiwa sepanjang Minggu Bahasa Melayu.
iii. Membuat dokumentasi.

AJK Juruacara majlis :

i. Melantik dan membimbing murid menjalankan majlis perasmian.


ii. Memantau perjalanan majlis supaya berjalan lancar.

AJK Bacaan Doa :

i. Membaca doa ketika majlis pelancaran dan penutupan Minggu Bahasa


Melayu.

AJK Persembahan :

i. Melatih murid untuk acara yang bersesuaian untuk persembahan


perasmian Minggu Bahasa Melayu.

7
Lampiran 3

PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU DENGAN


KERJASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK. PANGLIMA HABIBULLAH
2018

Hari / Tarikh Aktiviti Fasilitator / Hakim / Tindakan

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu Bersama


ISNIN PSS 2018.
6 OGOS 2018
(7:20 Pagi – Pagi (7.20 Pagi – 7.50 Pagi): En. Mohd Faiz Bin Zorkarnain
7:50 Pagi) A) Ucapan Guru Besar Pelancaran Minggu Bahasa Melayu En. Mahyudin Bin Mahadi
B) Gimik Pelancaran Pn. Merlyn Loyola
C) Persembahan murid: Cik Nurul Afiqah Bt Alias
& - Nyanyian: Bahasa Jiwa Bangsa – Tahun 4 Semua Guru
- Sajak: En. Mohd Faiz Zorkarnain

(12:10 Tengahari (12.10 Tengahari – 01.10 Petang):


Tengahari – A) Menyalin Sajak (Kreatif) – Tahun 1, 2 & 3
01:10 Petang) B) Buku Skrap – Sajak - Tahap 2- 1 Kumpulan 5 orang
C) Pra Sekolah – Menyalin Sajak

Kembara Bahasa
SELASA 1 Kelas wakil 5 orang
7 OGOS 2018 Tahap 1 – sebelum rehat
(12:10 Tahap 2 – selepas rehat En. Mohd Faiz Bin Zorkarnain
Tengahari – Aktiviti Kembara Bahasa. (MBM) En. Mahyudin Bin Mahadi
01:10 Petang) 1. Berkumpul di Dataran Ilmu- murid dibahagikan kepada Pn. Merlyn Loyola
beberapa kumpulan. Cik Nurul Afiqah Bt Alias
(1 kelas – 7 orang –Tahap 1, 8 orang – Tahap 2) Semua Guru
2. Murid secara berkumpulan bergerak mengikut stesen
dan melakukan aktiviti-aktiviti berikut:
a) Cipta moto kumpulan
b) Tulis penjodoh bilangan bagi objek yang diberi.

c) Senaraikan judul buku cerita Bahasa Malaysia yang

8
pernah dibaca.
d) Lengkapkan kata hikmat berkaitan bahasa.
e) Lengkapkan pantun yang diberikan.
- Pantun 2 kerat
- Pantun 4 kerat
f) Jawab teka silang kata mudah.
g) Susun / cantum perkataan menjadi ayat yang gramatis.
- Salin semula ayat tersebut.
h) Melengkapkan perkataan yang diberi.
(Contoh: r_ _ g _ n t_ _ ang)

3) Latihan sketsa - Tahap 1 & 2 – (6 orang)


4) Pertandingan melafazkan pantun - Tahap 1 dan
mendeklamasikan sajak - Tahap 2 - di kelas
(bagi memilih wakil kelas)
5) Pra Sekolah – Teka Silangkata

RABU Pertandingan Memartabatkan Bahasa. (MBM)


8 OGOS 2018 1) Permainan Bahasa - Tahap 1 En. Mohd Faiz Bin Zorkarnain
(12.10 2) Membina Peta Minda daripada satu perkataan – Tahap En. Mahyudin Bin Mahadi
Tengahari – 2 – (5 orang satu kumpulan) Pn. Merlyn Loyola
01.10 Petang) 3) Pra Sekolah – Permainan Bahasa (mencari dan menulis Cik Nurul Afiqah Bt Alias
perbendaharaan kata) Semua Guru

KHAMIS Pertandingan Memartabatkan Bahasa. (MBM)


9 OGOS 2018 1) Kata dan makna – Tahap 1
(12.10 2) Peribahasa dan maksud – Tahap 2 En. Mohd Faiz Bin Zorkarnain
Tengahari – v Jumlah terbanyak setiap kelas. En. Mahyudin Bin Mahadi
01.10 Petang) 3) Mengarang – Simpulan bahasa Pn. Merlyn Loyola
Cik Nurul Afiqah Bt Alias
Program Pemulihan Khas Semua Guru
1) Susun/cantum perkataan menjadi ayat gramatis dan
tulis.
2) Permainan bahasa
3) Melafazkan pantun
4) Pertandingan sketsa
5) Pra Sekolah - Pertandingan Memartabatkan Bahasa –
Mari mengeja

JUMAAT Majlis Penutupan Minggu Bahasa Melayu Bersama


10 OGOS 2018 PSS 2018.
9
(7.20 Pagi – A) Ucapan Guru Besar Penutupan Minggu Bahasa Melayu
7.50 Pagi) Tahun 2018 En. Mohd Faiz Bin Zorkarnain
B) Penyampaian hadiah kepada pemenang Minggu Bahasa En. Mahyudin Bin Mahadi
Melayu Pn. Merlyn Loyola
Cik Nurul Afiqah Bt Alias
ACARA KEMUNCAK BAGI PERTANDINGAN Semua Guru

1) Pertandingan sketsa - Tahun 1- 6


(berdasarkan buku cerita yang dibaca)

2) Pertandingan Melafazkan Pantun - Pra Sekolah, 1, 2,


dan 3.
3) Pertandingan Mendeklamasikan sajak – Tahun 4, 5 & 6.
4) Pra Sekolah – Pertandingan melafazkan pantun

10

Anda mungkin juga menyukai