Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Ulasan Jurnal

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Artikel : PENDERAAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA ATAU PENJAGA DAN IMPLIKASINYA

MENGIKUT UNDANG-UNDANG SIVIL DAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang : ZANARIAH NOOR (FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan : JURNAL PERSPEKTIF JILID 7 BIL. 2

BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH

 Artikel ini bertujuan mengenalpasti bidangkuasa undang-undang terhadap perkara-


perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak yang didera oleh ibu bapa penjaga sendiri
dibawah undang-undang sivil dan undang-undang Islam serta pendekatan yang
digunakan oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes-kes
yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak.

 Tindakan mendera kanak-kanak merangkumi fizikal, seksual, emosi dan pengabaian


pendera boleh dikenakan hukuman diatas kesalahan jenayah dibawah undang-undang
sivil. Dibawah undang-undang keluarga Islam, penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa
atau penjaga boleh dijadikan alas an untuk menggugurkan hak hadhanah dan hak akses
kanak-kanak . hak hadhanah akan dipindahkan kepada pihak yang diutamakan
seterusnya terhadap hak hadhanah.

BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS

 Isu utama yang diutarakan oleh penulis adalah kesalahan penderaan kanak-kanak oleh
ibu bapa dan penjaga dalam undang-undang sivil dan undang-undang keluarga Islam.
Penderaan yang dibincangkan membabitkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan juga
pengabaian.

 Isu ini dikatakan agak menarik kerana ia sangat dekat dengan diri kita sebagai seorang
anak mahupun ibu atau bapa. Isu ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran yang
lebih serius kepada kita semua tentang kesalahan penderaan kanak-kanak oleh ibu
bapa atau penjaga.

 Isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis adalah relevan bagi saya sebagai
seorang penyelidik kerana isu seperti ini acap kali didengari di kaca televisyen mahupun
di ruangan akhbar berkaitan isu penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa ini.

 Saya bersetuju dengan hasil dapatan kajian artikel ini kerana semua maklumat adalah
berasaskan fakta dan dapat dipercayai.
 Persoalan kajian dijawab dengan baik oleh penyelidik dimana penyelidik
mengemukakan bidangkuasa undang-undang terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan penderaan kanak-kanak melalui undang-undang sivil dan undang-
undang keluarga Islam dengan jelas dan mendalam

 Metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah sesuai dengan kajian yang
dijalankan iaitu penyelidik menggunkan Teknik analisis konten dengan memaparkan
bagaimana peruntukan undang-undang mengenai penderaan kanak-kanak yang
terkandung dalam Akta Kanak-kanak 2001 dan Kanun Keseksaan serta kesan terhadap
penderaan kanak-kanak terhadap hak hadhanah dan akses dalam Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam.

 Dapatan kajian ini boleh dipercayai dan meyakinkan saya kerana penyelidik merujuk
pelbagai jenis sumber/rujukan yang dipercayai. Penyelidik juga banyak menulis
berdasarkan fakta.

 Pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika penyelidikan dipatuhi
dimana pengkaji menghormati penulisan kajian penulis lain dengan menulis nama
mereka dibahagian rujukan dan membuat citation

 Melalui pembacaan artikel ini sebdikit sebanyak dapat memperbaiki cara saya
melaksanakan penulisan kajian khususnya dengan mengambil segala kelemahan
daripada kajian ini untuk ditambah baik seperti gaya penulisan dimana pengkaji tidak
menyebut tentang persoalan kajian serta objektif kajian yang dilaksanakan.

BAHAGIAN C : PENUTUP

 Banyak tambahan ilmu pengetahuan yang saya perolehi daripada artikel ini kerana
pada sebelumnya saya banyak mendengar berkaitan undang-undang sivil dan undang-
undang keluarga Islam pada dasarnya sahaja. Selepas membaca artikel ini, saya lebih
tahu dengan mendalam berkaitan kesalahan penderaan kanak-kanak serta sebab dan
akibatnya. Pembacaan artikel ini juga memberi kesedaran bawaha isu pengabaian
kanak-kanak tidak boleh dianggap isu remeh kerana ianya dapat membawa kepada
situasi yang mewujudkan ancaman kepada kesejahteraan kanak-kanak.

 Saya cuba menghidupkan budaya yang sihat tambah-tambah lagi apabila bergelar
seorang guru kelak. Kesedaran kepada ibu bapa patut diberikan dengan mengadakan
ceramah-ceramah khas supaya isu seperti ini dapat disifarkan hari demi hari. Sebagai
seorang pelajar, saya cuba memastikan keadaan sekeliling saya selamat dimana saya
akan memastikan rakan-rakan serta anak buah saya sekalipun tidak terjebak dalam isu
seperti ini.

 Kajian ini dapat ditambah baik melalui penulisan dimana didapati tida sebarang
objektif kajian dan persoalan kajian yang dinyatakan. Hal ini membuatkan pembaca
tertanya-tanya apakah objektif kajian ini tambah baik dibahagian abstrak juga boleh
dilaksanakan dengan memasukkan maklumat berkenaan responden kajian serta jenis
kajian yang dijalankan

Anda mungkin juga menyukai