Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Soal Selidik Penggunaan ABM

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih oleh Zainudin bin Hassan Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna Mohad. Najib bin Abdul Ghaffar Hamdan bin Said Universiti Teknologi Malaysia hjzainudinhj@yahoo.com.my ABSTRAK Kertas kerja ini melihat tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih UTM yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan semasa latihan mengajar. Objektif kajian ialah mengenalpasti jenis alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mendapat pandangan guru pelatih terhadap kemahiran dan kepentingan penggunaan alat bantu mengajar serta mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar. Seramai 40 responden terlibat dalam kajian ini. Segala data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS versi 12.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih adalah tinggi. Penggunaan bahan bercetak pada setiap kali pengajaran berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.40. Kemahiran guru pelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai min 3.70. Manakala kepentingan alat bantu mengajar berada pada tahap yang tinggi 3.85. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap penggunaan alat bantu mengajar seperti mengadakan bengkel, kursus dan seminar.

PENGENALAN Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan NorAini, 1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu,
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

guru juga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff, 1987). Latar Belakang Masalah Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengubal Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta mengutamakan penggunaan alat bantu mengajar untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan. Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi di sekolah-sekolah di negara untuk memudahkan guru-guru terutamanya guru pelatih menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abu Zahari (1987), guru pelatih kurang berketerampilan dengan tugasnya. Ramai di kalangan mereka yang kurang mahir dan kreatif untuk menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan boleh disampaikan dengan kaedah yang lebih menarik dengan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar. Para guru terutamanya guru pelatih perlu mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan alat bantu mengajar supaya pelajar berminat untuk mengikuti proses pengajaran mereka. Penyataan ini disokong oleh Krulik dan Weise (1975) yang menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih efektif apabila pelajar berminat terhadap apa yang dilakukan dan ini akan memotivasikan pelajar supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu dengan sendirinya. Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran, tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan pekara yang abstrak. Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan, mempersamakan pengalaman dan membangkitkan persepsi di kalangan pelajar. Menurut Abdul Raof Dalip (1991), sebagai langkah pertama, guru-guru terutamanya guru pelatih seharusnya telah dilatih supaya menjadi seorang guru bertauliah dan berwibawa. Latihan mengajar merupakan satu aspek penting dalam program pendidikan perguruan. Sewaktu menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan menggunakan segala teori dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

segi perancangan kaedah penyampai, pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang mencukupi (Noor Din, 1999). Di dalam proses pengajaran, seseorang itu menggunakan berbagai tanggapan, semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini disebabkan oleh pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, alat-alat yang menggunakan berbagai pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan (Atan Long, 1983). Objektif Kajian Objektif kajian adalah mengenalpasti penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan guru pelatih, semasa latihan mengajar. Di antara objektif ialah: i) Mengenalpasti jenis-jenis alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan semasa latihan mengajar. Mengetahui tahap kemahiran penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Mengetahui tahap kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteran. Mengenalpasti tahap masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar

ii) iii) iv)

Batasan Kajian Lokasi kajian adalah sebuah universiti iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di Johor Bahru. Pemilihan universiti ini adalah bersesuaian dengan penyelidikan kerana pengkaji masih bertugas di universiti tersebut. Dari segi sampel kajian pula, ia terdiri daripada pelajarpelajar tahun 4 Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK) iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Awam (SPA), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik (SPE) Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Pemilihan sampel hanya dibataskan kepada pelajar-pelajar tahun 4 PTK yang telah mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan semasa menjalani latihan mengajar pada semester pertama sesi 2005/2006. Kajian ini berbentuk kaedah deskriptif yang menggunakan soal selidik dan akan dijalankan ke atas guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan semasa latihan mengajar. Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamatkan untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena. Tujuan kajian ini adalah mengetahui tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

semasa latihan mengajar. Fungsi rekabentuk kajian membantu penyelidikan mendapatkan jawapan yang jelas terhadap masalah bermakna yang ingin dikaji (Oppenheim, 1966). Populasi dan Sampel Kajian Penyelidik membuat kajian yang meliputi pelajar-pelajar tahun 4 PTK yang mengikuti kursus yang dinyatakan di atas. Memandangkan populasi kajian adalah 40 orang, maka penyelidik akan menggunakan kesemua populasi sebagai kajian. Latar Belakang Responden Jadual 1. Taburan Responden mengikut Jantina, Umur, Pengkhususan dan Jumlah Waktu Mengajar Seminggu Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Umur 22 24 tahun 25 27 tahun 28 30 tahun Pengkhususan 4 SPA 4 SPE 4SPJ Jumlah waktu Mengajar Seminggu 7 9 waktu 10 12 waktu Lebih 12 waktu Bilangan 14 26 40 Bilangan 35 4 1 Bilangan 16 11 13 Bilangan 19 18 3 Peratus (%) 35.0 65.0 100.00 Peratus (%) 87.5 10.0 2.5 Peratus 40.0 27.5 32.5 Peratus 47.5 45.0 7.5

Jadual 2. Min Penggunaan Alat Bantu Mengajar Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 Alat Bantu Mengajar Bahan bercetak Model Peralatan sebenar Komputer dan LCD OHP dan transperansi Poster atau carta Papan flannel/papan gulung Projektor dan slaid Alat perakam video serta televisyen Televisyen pendidikan Min 4.40 4.38 4.10 3.23 3.03 2.45 2.30 2.18 1.35 1.15 Tahap Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Jadual 3. Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min dalam Kemahiran Penggunaan Alat Bantu Mengajar No. Item 1 2 Soalan Penggunaan alat bantu mengajar tidak memberi masalah kepada saya Kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Saya memerlukan kursus tentang penggunaan alat bantu mengajar semasa di university Pendedahan tentang kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat diperlukan oleh saya Saya mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar saya Sekiranya diberi peluang, saya ingin meningkatkan lagi kemahiran penggunaan alat bantu mengajar Pembacaan membantu saya dalam meningkatkan kemahiran menggunakan alat bantu mengajar Saya kreatif dalam menggunakan alat bantu mengajar Kekerapan menggunakan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran boleh menambahkan kemahiran saya Saya mudah menyediakan alat bantu mengajar Purata Peratus Purata Min Tidak Setuju Tidak pasti Setuju Bilangan responden Peratus f 3 1 TS % 7.5 2.5 f 2 TP % 5.0 f 37 37 S % 92.5 92.5 Min 3.85 3.00

3 4 5. 6. 7 8 9

9 4 4 1 2 2 1

22.5 10.0 10.0 2.5 5.0 5.0 2.5

7 3 6 2 2 13 3

17.5 7.5 15.0 5.0 5.0 32.5 7.5

24 33 30 37 36 25

60.0 82.5 75.0 92.5 90.0 62.5

3.73 3.73 3.65 3.00 3.85 3.58 3.88

3.6 90.0

10

11

27.5 9.5

17.5 11.2

22

55.0 79.3

3.28 3.70

Nota. TS TP S f %

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Jadual 4. Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min dalam Kepentingan Penggunaan Alat Bantu Mengajar No. Item 11. 12. 13. 14 15. Soalan Penggunaan alat bantu mengajar adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya Pelajar boleh berminat dalam pembelajaran apabila menggunakan alat bantu mengajar Penggunaan alat bantu mengajar dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar Pelajar lebih aktif apabila saya menggunakan alat bantu mengajar semasa mengajar Interaksi antara saya dengan pelajar lebih berkesan apabila saya menggunakan alat bantu mengajar semasa mengajar Alat bantu mengajar memudahkan saya mengawal kelas Pengajaran lebih mudah dan cepat dengan penggunaan alat bantu mengajar Penggunaan alat bantu mengajar membantu saya menyampaikan isi pelajaran yang sukar Penggunaan alat bantu mengajar dapat memotivasikan pelajar Saya dapat mencetuskan suasana belajar yang ceria dengan penggunaan alat bantu mengajar semasa mengajar Purata Peratus Purata Min Tidak Setuju Tidak pasti Setuju Bilangan responden Peratus f 1 2 1 2 4 TS % 2.5 5.0 2.5 5.0 10.0 f 1 1 1 4 1 TP % 2.5 2.5 2.5 10.0 2.5 f 38 37 38 34 35 S % 95.0 92.5 95.0 85.0 87.5 Min 3.93 3.88 3.93 3.80 3.78

16 17 18 19 20

3 2 2 2 1

7.5 5.0 5.0 5.0 2.5

2 2 3 6 2

5.0 5.0 7.5 15.0 5.0

35 36 35 32 3.7

87.5 90.0 87.5 80.0 92.5

3.80 3.85 3.83 3.75 3.90

5.7

89.3 3.85

Nota TS TP S f %

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Jadual 5. Taburan Responden mengikut Peratus dan Min dalam Masalah-Masalah yang dihadapi dalam Menggunakan Alat Bantu Mengajar No. Item 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Soalan Saya mahir menggunakan alat bantu mengajar Alat bantu mengajar yang 3 digunakan tidak membebankan saya Penggunaan alat bantu mengajar 2 memberi faedah kepada saya Menyediakan alat bantu mengajar 17 tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal Saya tidak memerlukan bantuan 20 orang lain dalam menggunakan alat bantu mengajar Saya berkongsi alat bantu 8 mengajar dengan kawan-kawan pelatih yang lain Kuantiti alat bantu mengajar adalah 17 mencukupi di sekolah saya Saya mempunyai daya kreatif untuk 3 menyediakan alat bantu mengajar Saya tidak mengambil masa yang 21 lama untuk menyediakan alat bantu mengajar Alat bantu mengajar yang 10 disediakan di sekolah saya sentiasa dalam keadaan yang baik Purata Peratus Purata Min Tidak Setuju Tidak pasti Setuju Bilangan responden Peratus RUMUSAN Secara keseluruhannya, hasil kajian yang dijalankan penyelidik mendapati tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan semasa latihan mengajar adalah di tahap yang tinggi. Ini dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi menunjukkan kebanyakan guru-guru pelatih menggunakan alat bantu mengajar pada setiap kali pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. f 3 TS % 7.5 7.5 5.0 42.5 50.0 20.0 42.5 7.5 52.5 25.0 26 f 11 2 1 3 2 4 8` 12 7 TP % 27.5 5.0 2.5 7.5 5.0 10.0 20.0 30.0 17.5 10.8 f 26 S % 65.0 Min 3.58 3.80 3.88 3.08 2.95 3.50 2.95 3.55 2.95 3.33

3.5 87.5 37 20 18 28 15 25 19 23 92.5 50.0 45.0 70.0 37.5 62.5 47.5 57.5 61.5

3.36

Nota TS TP S f %

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Kebanyakan guru-guru pelatih mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar iaitu sama ada bentuk elektronik atau pun bukan elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka (75.0%). Guru-guru pelatih juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan pengajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai masalah dalam menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai (92.5%). CADANGAN Berpandukan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. i. Fakulti Pendidikan a) b) c) ii. Mengadakan program atau seminar pengukuhan dan peningkatan tentang teknologi pendidikan kepada bakal-bakal guru Mengadakan kursus/latihan dalaman kepada bakal-bakal guru yang kurang kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan alat bantu mengajar Menyediakan sumber kewangan kepada guru pelatih agar mereka dapat menyediakan alat bantu mengajar dengan lebih menarik.

Pihak Guru a) b) Bersedia memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada guru-guru pelatih dalam menggunakan alat bantu mengajar secara berkesan Mengadakan perbincangan dengan guru pelatih untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada penggunaan alat bantu mengajar

iii.

Guru-Guru Pelatih a) b) c) Bersedia menerima teguran daripada guru pembimbing dan guru-guru lain dan sentiasa berfikiran positif Mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan kualiti alat bantu mengajar seperti melakukan pengubahsuaian yang bersesuaian dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan lagi. RUJUKAN

Abu Zahari Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya: Longman. Anuar Ibrahim (1999). Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-Guru Perdagangan Di Sekolah Menengah (Gred B) Daerah Timur, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: DBP. Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia : Untuk Guru Pelatih. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Rahim Abdul Rahsid, et al. (1993). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (`1987). Falsafah dan Konsep Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Raof Dalip dan T. Subahan (1991). Isu-isu Latihan Mengajar Petaling Jaya: Fajar Bakti. Abu Bakar Nordin (1987). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman. Ford, Le Roy (1982). Administering Educational Media: Instructional Technology and Library Service, New York: Mc Graw Hill Company Kamarudin Hj. Husin (1986). Kesedaran Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Majid Kontng (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Penerbit UTM. Noor Din Maulud (1999). Faktor Mempengaruhi Pencapaian Sains PMR. UTM, Tesis Sarjana Muda. Oppenhein, A. N. (1966). Questionaire Design and Attitude Measurement. New York: Basic Books. Ralph W Tyler (1949). Basic Principle of Curriculum. London: Longman. Tajul Ariffin Nordin dan Nor Aini Din (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu.

Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan

Anda mungkin juga menyukai