Kertas Kerja Ctu553
Kertas Kerja Ctu553
Kertas Kerja Ctu553
Pengenalan /2
Pernyataan Masalah /2
Objektif Kajian /2
Metodologi Kajian /4
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Abstrak 2
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 ABSTRAK
2
1.2 PENGENALAN
Sehubungan dengan itu, di dalam kajian ini kami akan mengupas topik berkaitan
pembelajaran atas talian dan pelaksanaannya. Seperti yang umum maklum, sebelum ini
pembelajaran atas talian bukanlah sesuatu yang asing lagi kepada masyarakat namun ianya
belum dilaksanakan secara meluas dan hanya dilakukan di sesebuah negara atau beberapa
institut sahaja. Namun, pada hujung tahun 2019, seluruh dunia telah digemparkan dengan
sebuah penularan virus yang dikenali sebagai COVID-19 sehingga menjadi sebuah
pandemik yang berlarutan sehingga tahun 2020. Oleh hal yang demikian, hampir semua
kegiatan aktiviti di sesebuah negara terjejas apabila diperintahkan tutup oleh pihak kerajaan
untuk mengurangkan penyebaran virus tersebut dan ini termasuklah kegiatan pembelajaran
bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.
Namun, kegiatan pengajaran dan pembelajaran ini tidak diberhentikan begitu sahaja
apabila kerajaan telah mengarahkan supaya pembelajaran dijalankan secara atas talian.
Justeru, sebagai mematuhi saranan dan perintah kerajaan semua sekolah, IPTA dan IPTS
di Malaysia termasuklah Universiti Teknologi MARA telah melaksanakan pembelajaran atas
talian ini sebagai inisiatif pembelajaran untuk para pelajar.
Kini, pembelajaran atas talian telah menjadi kelaziman dan bukanlah sesuatu yang
janggal lagi kepada seluruh masyarakat dunia terutamanya bagi pelajar-pelajar di peringkat
universiti kerana ia telah menjadi suatu medium yang penting dan sebagai ganti kepada
pembelajaran secara bersemuka.
3
Oleh itu, kajian berkaitan pembelajaran atas talian ini dan pelaksanaannya di
kalangan pelajar-pelajar IPTA di Malaysia telah dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mengkaji sejauh manakah pembelajaran atas talian ini berjaya dilaksanakan
untuk mencapai objektifnya. Kajian ini juga memfokuskan pendapat dan reaksi para pelajar
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian. Terdapat pelbagai platform yang digunakan
oleh pelajar universiti antaranya adalah Telegram, Whatsapp, Google Classroom, Google
Meet, Zoom, Webex, Microsoft Teams, Youtube dan sebagainya. Segala platform yang
digunakan adalah mengikut tujuannya sebagai contoh sekiranya pensyarah ingin
melaksanakan sesi syarahan secara langsung dengan pelajar maka, platform persidangan
video akan digunakan seperti Google Meet. Manakala sekiranya sesi syarahan adalah
fleksibel, kebanyakan pensyarah akan menggunakan platform Telegram atau Google
Classroom. Namun, sebuah persoalan timbul di mana adakah platform-platform ini mudah
diakses oleh semua pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga mengkaji platform
pilihan para pelajar untuk mengetahui cara manakah yang lebih digemari para pelajar.
Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang
timbul dalam kalangan para pelajar yang sedang melalui pembelajaran atas talian ini
sebagai contoh masalah capaian internet. Di samping itu, kebaikan pembelajaran atas talian
ini juga tidak dihiraukan dan diambil perhatian di dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini
mengkaji hasil maklum balas pelajar IPTA dan menyelidik pendapat para pelajar berkaitan
cara mereka menyesuaikan diri dengan situasi atau norma baharu ini sama ada ianya
memberi impak negatif atau positif kepada mereka. Oleh itu, sebuah tinjauan telah dibuat
terhadap para pelajar IPTA untuk memenuhi tujuan kajian ini dibuat. Cara pelaksanaan
tinjauan adalah dengan menggunakan borang soal selidik untuk diisi para pelajar serta
melalui sumber sekunder seperti Internet dan surat khabar. Seterusnya, keseluruhan
tinjauan akan diteliti. Akhir sekali, hasil dapatan kajian ini melalui tinjauan tersebut akan di
bincangkan secara terang dan telus.
4
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Projek kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa pernyataan masalah yang telah timbul
seperti berikut:
Kajian yang bertajuk "Pembelajaran secara atas talian serta pelaksanannya" ini
dilaksanakan berdasarkan beberapa objektif penting. Objektif kajian yang pertama adalah
untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar sepanjang tempoh pembelajaran
secara atas talian dijalankan. Objektif ini merupakan objektif utama pelaksanaan kajian ini.
Seterusnya, kajian ini turut dilaksanakan bagi mengkaji kebaikan atau kelebihan
serta keburukan sesi pembelajaran yang dilaksanakan secara atas talian ini. Objektif kajian
yang ketiga adalah untuk meneliti cara dan inisiatif bagi menambahbaik pelaksanaan
pembelajaran secara atas talian.
Akhir sekali, kajian ini turut dilaksanakan bagi mengkaji hasil maklum balas pelajar
IPTA serta IPTS mengenai pelaksanaan pembelajaran secara atas talian melalui borang
soal selidik yang telah diedar serta sumber sekunder seperti Internet dan surat khabar.
5
DAPATAN KAJIAN
Merujuk kepada gambar rajah di bawah, ia menunjukkan dapatan responden yang telah
menjawab soalan melalui Google Form. Sebanyak 14 soalan yang telah dirangka kepada
responden dan didapati seramai 72 orang responden yang telah menjawab soalan
mengenai tajuk kertas kerja kami iaitu pembelajaran atas talian dan pelaksanaannya.
Berdasarkan soalan pertama, kami telah memberikan soalan soal selidik ini kepada
responden yang melanjutkan pengajian mereka ke universiti dalam Malaysia
sahaja.Berdasarkan carta pai di atas, kami mendapati bahawa kami memperoleh responden
yang majoritinya merupakan pelajar dari Institut Pengajian Awam (IPTA) yang mencatat
sebanyak 95.8% dan terdapat jugak segelintir pelajar dari Institut Pengajian Swasta.
6
Rajah 2 : Carta Pai Berdasarkan Soalan 2
Merujuk kepada carta pai di atas, majoriti responden adalah pelajar yang menetap di rumah
sendiri.Disamping itu, terdapat juga segelintir pelajar yang menetap di kolej/dalam
kampus.Dalam pai tersebut jugak menunjukkan golongan minorit dalam kalangan pelajar
yang menetap di rumah sewa.Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memberi
cadangan kepada institusi pengajian tinggi agar menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran
secara bersemuka/fizikal bagi pelajar lama atau baharu untuk kemasukan bulan Oktober.
Hal ini disebabkan oleh peningkatan yang mendadak kes Covid-19. Oleh itu, bagi menjaga
kesejahteraan dan keselamatan semua pihak, Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan
bahawa semua urusan melibatkan pendaftaran pelajar, pengajaran serta pembelajaran
boleh dilaksanakan secara atas talian sehingga pengumamanbaharu dibuat. Bagi pelajar
yang menetap di kolej kediaman dalam kampus pula, dibenarkan untuk kekal di kampus
masing masing.(Zanariah,2020)
7
Rajah 3 : Carta Palang Mengufuk Berdasarkan Soalan 3
Carta palang mengufuk mencatatkan bahawa komputer riba merupakan pilihan majoriti para
responden sebagai medium pembelajaran semasa menjalankan aktiviti pembelajaran
secara atas talian (97.2%). kerana secara amnya, komputer riba merupakan satu gajet
yang mempunyai saiz yang agat padat serta ringan dan mudah digunakan kerana para
pelajar boleh membawanya di mana-mana sahaja. Di samping itu, penggunaan telefon
pintar juga mencatatkan kedua tertinggi sebagai pilihan para responden sebagai medium
pembelajaran semasa menjalankan aktiviti pembelajaran secara atas talian(84.7%) diikuti
juga dengan komputer dekstop. (2.8%). Penggunaan telefon pintar menjadi medium
pembelajaran kedua tertinggi kerana pada pendapat kami ialah, ada beberapa platform
pembelajaran secara atas talian yang menyebabkan komputer riba atau komputer dekstop
yang tidak dapat berfungsi dengan baik.Oleh itu, telefon pintar menjadi pilihan kedua
tertinggi sebagai medium pembelajaran secara atas talian.
8
Rajah 4 : Carta Pai Berdasarkan Soalan 4
Carta pai di atas menunjukkan 45.8% bersamaan 33 orang responden yang menyatakan
objektif pembelajaran semua kursus yang diambil pada semester ini melalui pembelajaran
secara atas talian tercapai.Manakala, seramai 23orang (31.9%) responden yang tidak pasti
bahawa objektif pembelajaran bagi kursus yang di ambil pada semester ini tercapai atau pun
tidak.Terakhir sekali, seramai 17 orang (22.2%) responden yang menyatakan bahawa
objektif pembelajaran semua kursus yang diambil pada semester ini melalui pembelajaran
secara atas talian tidak tercapai.Dalam soalan tersebut, kami juga ada bertanyakan sebab
kenapa para responden memilih jawapan tidak.Disini kami bersertakan alasan responden
yang memilih jawapan tidak berkenaan soalan yang diajukan.
9
penerimaan para pelajar akan apa yang disampaikan oleh pensyarah..Selain itu, pelajar
UMP juga menyatakan bahawa tanpa pembelajaran secara bersemuka bersama pensyarah
agak sukar bagi para pelajar untuk mengajukan soalan kerana terdapat pelajar yang
mempunyai capaian internet yang kurang memuaskan.Oleh itu, komunikasi antara
pensyarah dan pelajar sukar dilaksanakan.
10
Rajah 5 : Carta Pai Berdasarkan Soalan 5
Carta pai soalan nombor 5, menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa mereka
kurang fokus semasa menjalani pembelajaran secara atas talian dengan mencatat
sebanyak 76.4% manakala terdapat 9.7% yang memilih sangat kurang fokus semasa
menjalani pembelajaran secara atas talian ini.Seterusnya, hanya 13.9% responden yang
memilih sangat fokus semasa pembelajaran secara atas talian ini dijalankan.Tidak dapat
dinafikan, pembelajaran secara atas talian ini adalah sesuatu yang bebas dan boleh
menyebabkan pelajar kurang fokus atau mengalami kebosanan semasa
pembelajaran.Antara faktor kurangnya fokus pelajar semasa pembelajaran atas talian ini
ialah kurang faham tentang penyampaian pensyarah semasa kelas sedang dijalankan atau
penyampaian kurang menarik dari pensyarah jugak merupakan penyebab pelajar kurang
fokus dan akan mula untuk mengakses media sosial Instagram,Twitter,Facebook dan
sebagainya. Hal ini akan membuatkan mereka terleka dan hilang tumpuan dalam
kelas.Faktor seterusnya ialah ganggunag persekitaran.Gangguan persekitaran meliputi
suasana yang bising, atau tempat belajar yang tidak kondusif.
11
Rajah 6: Carta Pai Berdasarkan Soalan 6
Carta pai di atas menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa tahap keefektifan
pembelajaran secara atas talian adalah kurang efektif dan segelintir responden yang
beranggapan keefektifan pembelajaran secara atas talian ini sangat tidak efektif.Sementara
itu 11.1% sahaja yang memilih sangat efektif.Ini menunjukkan pembelajaran atas talian ini
juga memberi efektif kepada pelajar terutamanya kepada pelajar yang tidak mempunyai
capaian internet yang kuat terutamanya pelajar yang tinggal di kawan pedalaman.Menurut
Dr Mohd Radzi Jidin ,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di keratan artikel dari Harian
Metro menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian kurang
berkesan jika dibandingkan dengan pembelajaran secara bersemuka.Beliau juga
menyatakan ramai dalamkalangan pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran secara atas
talian kerana akses kepada teknologi komunikasi terhad seterusnya akan menyebakan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ini agak terhad berbanding pembelajaran
secara bersemuka.
12
Rajah 7 :Carta Pai Berdasarkan Soalan 7
Carta pai di atas menunjukkan sebanyak majoriti responden memilih tidak pasti berkenaan
soalan 7 iaitu adakah responden berpendapat bahawa pelaksanaan ODL dapat melahirkan
graduan yang berkebolehan dan berkeyakinan tinggi dengan peratus 61.1% mewakili 44
orang responden manakala 30.6% menunjukkan 22 orang responden berpendapat bahawa
mereka mtidak merasakan bahawa pelaksanaa ODL dapat melahirkan graduan yang
berkebolehan dan berkeyakinan tinggi. Tetapi masih ada responden yang merasakan
bahawa pelaksanaan ODL ini dapat melahirkan graduan yang berkebolehan dan
berkeyakinan tinggi dengan mencatat sebanyak 4.2% iaitu seramai 3 orang
responden.Selain itu juga, kami juga ada menyediakan ruangan lain-lain kepada responden
berkenaan soalan ini bagi mereka menyatakan pendapat masing-masing dan terdapat
seorang responden yang berpendapat pelaksanaan ODL dapat melahirkan graduan yang
berkebolehan dan berkeyakinan tinggi ini bergantung pada situasi kerana responden
menyatakan tidak semua pelajar mempunyai suasana rumah yang kondusif yang dilengkapi
dengan internet yang pantas.Selain itu, dua orang responden berpendapat bahawa bagi
melahirkan graduan yang berkebolehan dan berkeyakinan tinggi semasa pelaksanaan ODL
ini bergantung kepada individu itu sendiri sama ada mereka ingin mengambil peluang yang
ada untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
13
Rajah 8: Carta Pai Berdasarkan soalan 8
Berdasarkan carta pai di atas, peratus jawapan ya adalah lebih tinggi berbanding peratus
jawapan tidak bagi soalan adakah pembelajaran secara atas talian memberi kesan buruk
terhadap kesihatan mental responden.Covid-19 sebenarnya tanpa disedari telah
mempengaruhi kesihatan mental pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).Contoh kesihatan
mental yang mungkin pelajar hadapi sepanjang pemebelajaran secara taas talian ialah
kemurungan,stress melampau,kerisauan dan serangan panik.
Kami juga, ada mengajukan soalan sampingan kepada responden sekiranya mereka
memilih jawapan ya bagi soalan di atas.
Soalan ialah ‘Jika Ya, adakah perkara tersebut mempengaruhi cara anda menjalankan
aktiviti seharian & hubungan anda bersama keluarga? Disini kami lampirkan jadual jawapan
responden kami.
BIL JAWAPAN
14
1 Masa dengan keluarga kurang
2 Tidak berlaku pada diri sendiri,tetapi berlaku pada rakan
3 Kesihatan mata terjejas
4 Masa banyak dihabiskan di hadapan laptop untuk menyiapkan kerja kursus
5 Agak mempengaruhi
6 Komitmen banyak menyebabkan kualiti masa & aktiviti berkurang
7 Keluarga tidak memahami kerana mereka merasakan anak-anak duduk depan l
aptop atau telefon pintar bersahaja sedangkan pembelajaran sedang berlangsu
ng
8 Stress dan jika hendak marah hanya mampu berdiam dan menangis
9 Terbeban dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang anak
Jadual 1
15
Rajah 9: Carta Pai Berdasarkan Soalan 9
Berdasarkan carta pai di atas, kami dapati majoriti responden bersetuju dengan memilih
jawapan ya bahawa suasana sekeliling mempengaruhi prestasi ketika ODL dilaksanakan
dengan peratus 76.4%.Selain itu, sebanyak 16.7% memilih jawapan mungkin suasa
sekeliling mempengaruhi prestasi ketika ODL dilaksanakan dan segelintir responden
memilih jawapan tidak.Suasana sekeliling ini merangkumi, suasana persekitaran
pembelajaran kondusif ataupun tidak kondusif.Kondusif di sini memberi maksud sesuai.
Adakah persekitaran pembelajaran itu sesuai untuk pelajar menjalankan
pembelajarannya.Hal ini kerana, bagi mereka yang mempunyai rumah ruangnya yang kecil
dan mempunyai keluarga yang ramai mungkin tidak selesa untuk menjalankan sesi
pembelajaran.Selain itu, kekangan gajet jugak mempengaruhi prestasi
pembelajaran.Sesuatu keluarga yang kurang bernasib baik dan ahli keluarganya ramai dan
tidak mempunyai komputer riba mencukupi dan harus pinjam meminjam jugak
mempengaruhi prestasi pembelajaran.Ini kerana, mungkin kerja yang diberikan tidak dapat
disiapkan dalam tempoh yang diberikan kerana terpaksa menunggu adik beradik lain
menggunakan dahulu.
16
Rajah 10 Pelantar yang digunakan oleh pensyarah
Graf di atas menunjukkan pelbagai pelantar yang digunakan oleh pensyarah untuk
mengendalikan pembelajaran secara talian. Berdasarkan kajian ini, pelajar dibenarkan untuk
memilih lebih daripada satu pelantar yang digunakan ketika pembelajaran secara talian.
Hasil kajian mendapati terdapat 65 responden menggunakan Google Meet, 30 responden
menggunakan Zoom, 40 responden menggunakan Microsoft Teams, 56 responden
menggunakan Whatsapp, 49 responden menggunakan Telegram, 11 responden
menggunakan Webex, 6 responden menggunakan Google Classroom, seorang responden
menggunakan Youtube, 2 responden menggunakan Facebook, 2 responden menggunakan
uFuture, seorang responden menggunakan EdPuzzle, dan seorang responden
menggunakan Skype. Pelantar seperti Google Classroom, dan Whatsapp meringankan
tugas pensyarah untuk memuatnaik bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota
berbentuk powerpoint atau video daripada Youtube, soalan tutorial serta menyediakan
tugasan. Dengan adanya pelantar ini, pelajar boleh mengakses nota yang diberikan dan
menghantar jawapan tugasan dengan mudah dan cepat. Seterusnya, pelajar dan pensyarah
boleh berinteraksi secara maya di pelantar seperti Google Meet bagi memudahkan sesi
perbincangan dan soal jawab [CITATION Zaw20 \l 1033 ].
17
Pandangan tentang platform yang digunakan
3%
1% 1% Baik, mudah diakses, efektif,
7% menarik
Memerlukan internet yang stabil
15% Terlalu banyak platform
Sistem platform yang berat
Kurang menarik
Mudah menyesuaikan diri
72%
Carta pai di atas menunjukkan pendapat pelajar tentang pelantar yang disediakan oleh
pensyarah ketika pembelajaran secara talian. Secara keseluruhannya, terdapat 49
responden berpendapat bahawa pelantar yang digunakan adalah baik, efektif dan mudah
untuk diakses. Salah seorang responden berpendapat pelantar seperti Telegram adalah
pelantar yang bagus kerana pelajar boleh merujuk semula maklumat yang terlepas selepas
waktu kelas. Ada juga berpendapat ia adalah menarik, kreatif dan mudah untuk fokus.
[CITATION Zaw20 \l 1033 ] menyatakan bahawa pengajian dan pembelajaran secara talian
melibatkan teknologi digital dimana ia mempunya grafik visual, animasi, video dan audio. Ini
boleh meningkatkan minat belajar dan ingin tahu dalam kalangan pelajar seterusnya
memudahkan proses pembelajaran.
18
pelajar yang tidak mempunyai capaian internet yang stabil di kediaman masing masing
terutamanya kawasan kampung dan pedalaman.
Selain itu, terdapat 5 responden berpendapat bahawa pelantar yang digunakan terlalu
banyak sehingga mengelirukan pelajar. Ada yang memberikan cadangan supaya pensyarah
mengehadkan kepada satu jenis pelantar sahaja bagi memudahkan pembelajaran dalam
talian. Seterusnya, seorang responden menyatakan bahawa sistem pelantar seperi
Microsoft Teams adalah berat menyebabkan komputer riba tidak dapat berfungsi dengan
optimum dan lancar manakala 2 orang responden berpendapat pelantar yang disediakan
kurang menarik berbanding pembelajaran di kelas secara berdepan. Akhir sekali, seorang
responden menyatakan bahawa penggunaan pelantar agak susah pada awal pembelajaran
dalam talian tetapi dapat diadaptasi dengan mudah selepas menjalani semester lalu secara
pembelajaran dalam talian.
19
Rajah 11 Masalah capaian internet
Carta pai diatas menunjukkan hasil kajian tentang masalah capaian internet yang dihadapi
oleh pelajar semasa pembelajaran dalam talian. Seramai 37 responden (51.4%) tidak
mengalami masalah capaian internet manakala terdapat 35 responden (48.6%) mengalami
masalah capaian internet. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,
peratusan capaian isi rumah terhadap internet meningkat dari 87.0% kepada 90.1% pada
tahun 2019 dan penggunaan internet juga meningkat dari 81.2% kepada 84.2% pada tahun
2019 di Malaysia. Malangnya, negara ini masih mempunyai tahap kualiti perkhidmatan
internet yang tidak stabil terutamanya di kawasan pedalaman. Contoh yang boleh dilihat
adalah situasi yang dihadapi oleh seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)
bernama Veveonah Mosibin dimana beliau terpaksa memanjat pokok di kampungnya di
Sabah untuk mendapatkan capaian internet yang stabil ketika menduduki peperiksaan
secara dalam talian [CITATION Ber20 \l 1033 ]. Menurut Gobind Singh (2018) yang diambil
dari petikan Berita Awani (2018) menyatakan bahawa syarikat perkhidmatan jalur lebar
Telekom Malaysia perlulah mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
jalur lebar ini keseluruh negara disamping itu memastikan harga yang dicas adalah rendah
dan berpatutan.
20
Maklumbalas pensyarah tentang pelajar yang mempunyai masalah
capaian internet
77%
21
Bil. Cadangan menambaik pelaksanaan pembelajaran dalam talian Bilangan responden
1. Merakam video pembelajaran 8
2. Membuat survey tentang platform pelantar yang sesuai 2
digunakan
3. Kelas secara bersemuka 1
4 Mengurangkan aktiviti sampingan 1
5 Memberi nota dengan lebih awal sebelum kelas 2
6 Mengadakan kelas dalam masa jangka yang pendek 1
7 Bergantung kepada diri sendiri. 3
8 Mengadakan mesyuarat antara pensyarah yang lain dan 2
bentangkan tentang setiap tugasan yang pensyarah beikan
kepada pelajar
9 Mengadakan kelas mengikut jadual 2
10 Mempelbagaikan cara penyampaian 3
11 Memberi panduan dan tarikh penting pembelajaran 1
12 Menggunakan lebih daripada satu pelantar untuk kehadiran 2
pelajar
13 Mengehadkan atau menggunakan pelantar yang sama. 4
14 Pihak kerajaan atau pihak universiti dapat memberi bantuan dari 6
segi internet dan computer riba
15 Mengurangkan pemberian tugasan 4
16 Kaedah pembelajaran secara tidak langsung 3
17 Mengamalkan komunikasi dua hala 8
18 Membuat ringkasan nota berbentuk rakaman “voice note” 1
19 Memberi lebih banyak nota dan sumber rujukan 2
20 Memberikan masa yang lebih lama untuk menyiapkan tugasan 3
21 Mengadakan perbincangan atau tutorial 2
22 Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2
(SKMM) bekerjasama dengan telco untuk meningkatkan capaian
internet di seluruh Malaysia
23 Persekitaran sekeliling memainkan peranan yang penting 2
24 Masa pembelajaran dapat dikurangkan 2
Jumlah 66
22
mempunyai akses internet yang baik. Terdapat juga responden yang berpendapat kelas
secara bersemuka adalah pilihan yang terbaik.
23
secara tidak langsung dan mengurangkan aktiviti secara live untuk pelajar yang tidak
mempunyai capaian internet yang baik.
24
Bil. Kebaikan pembelajaran dalam talian Bilangan responden
1. Masa dan tempat yang fleksibel 7
2. Dapat tinggal bersama keluarga, persekitaran selesa 10
3. Tidak perlu bersiap ke kelas, jimat masa, jimat tenaga 16
4. Boleh ulang video rakaman pembelajaran 13
5. Lebih fokus, nota lebih jelas, dapat lebih banyak rujukan 4
6. Jimat wang perbelanjaan 7
7. Pelajar lebih berani bertanya 2
8. Dapat menjana pendapatan sampingan atas talian 1
9. Mengurus masa dengan baik, lebih berdisiplin, lebih 8
berdikari
10. Selamat dari Covid-19 2
11. Amanah dalam tugasan 1
12. Mudah mencari maklumat dan hantar tugasan secara 1
talian
13. Meningkatkan kemahiran menghasilkan video, lebih 2
kreatif
14. Dapat mempelajari bidang IT secara mendalam 1
15. Mengurangkan masa belajar atau ‘credit hour’ 1
Jumlah 76
Jadual diatas menunjukkan pendapat pelajar tentang kebaikan pembelajaran dalam talian.
Hasil kajian ini mempunyai 72 responden tetapi terdapat segelintir responden memberikan
lebih daripada satu kebaikan. Seramai 7 responden menyatakan kebaikannya adalah
mempunyai masa dan tempat yang fleksibel. Pensyarah boleh mengadakan kelas mengikut
waktu kesesuaian pelajar dan pensyarah itu sendiri. Selain itu, pelajar juga boleh menghadiri
kelas dimana sahaja mereka berada. Kebaikan seterusnya adalah dapat tinggal dan
luangkan lebih masa bersama keluarga. Tambahan lagi, persekitaran pembelajaran juga
selesa apabila berada di rumah. Pendapat ini telah diberikan oleh 10 responden.
Selain itu, 16 responden berpendapat kebaikan pembelajaran dalam talian adalah pelajar
tidak perlu bergegas siap ke kelas fizikal. Oleh itu, pelajar dapat menjimat masa dan tenaga.
Seramai 13 responden berpendapat kebaikannya adalah pelajar boleh mengulangi rakaman
video pembelajaran sekiranya mereka tidak faham atau tertinggal maklumat penting. 4
responden merasakan pembelajaran secara talian membuatkan mereka lebih fokus ketika
dalam kelas, nota yang diberikan oleh pensyarah jelas dan dapat lebih banyak rujukan.
Seterusnya, 7 responden berpendapat pembelajaran secara talian dapat menjimatkan wang
perbelanjaan dari segi makanan, buku rujukan, dan pengecualian bayaran kolej. 2
responden berpendapat pelajar lebih berani bertanya ketika pembelajaran dalam talian.
25
Selain itu, seorang responden menyatakan beliau dapat menjana pendapatan sampingan
secara talian. 8 responden berpendapat pembelajaran secara talian membuatkan pelajar
mengurus masa dengan baik, lebih berdikari serta lebih berdisiplin.
Salah satu kebaikan yang diberikan oleh 2 responden adalah dapat menghindarkan diri
daripada dijangkiti wabak Covid-19. Selain itu, seorang responden berpendapat pelajar akan
menjadi amanah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. 2 responden memberi
pandangan pembelajaran secara talian dapat meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan
video untuk ‘presentation’ atau tugasan yang diberi seterusnya meningkatkan kreativiti
pelajar manakala seorang responden lagi berpendapat kebaikan pembelajaran secara talian
adalah dapat mempelajari bidang IT secara mendalam disamping fokus kepada kursus yang
diambil. Akhir sekali, seorang responden berpendapat kebaikannya adalah dapat
mengurangkan masa belajar.
26
Bil. Keburukan pembelajaran secara talian Bilangan responden
1. Kos tinggi 1
2. Sukar untuk fokus 19
3. Peka dengan tugasan yang diberikan pada bila bila masa 1
4. Kesihatan terjejas – sakit mata, sakit belakang, penat 17
mental dan fizikal, pening kepala, stress – berada di
hapadan komputer skrin terlalu lama
5 Tempat belajar tidak sesuai, gangguan persekitaran - 4
gangguan emosi
6. Tidak faham apa yang diajar 8
7. Sukar bertanya dan berkomunikasi dengan pensyarah 3
8. Tidak mempunyai kelengkapan untuk odl 1
9. Internet tak stabil 14
10. Ketelusan dalam peperiksaan diragui, pelajar tidak jujur 4
semasa jawab peperiksaan
11. Susah untuk komunikasi dengan rakan sekelas 6
12. Masalah pelajar sendiri – buat kerja last minute 2
13. Tugasan terlalu banyak – tidak cukup rehat 3
14. Informasi yang disampaikan kurang mendapat sambutan 1
15. Susah untuk buat latihan praktikal 5
16. Kurang efektif 2
17. Kurang motivasi belajar 2
19. Susah untuk asingkan urusan peribadi dan keluarga 1
20. Sumber bacaan tidak cukup 1
27
tidak sesuai atau adanya gangguan persekitarannya menyebabkan berlakunya gangguan
emosi. 6 orang responden menyatakan bahawa mereka tidak faham apa yang diajar
semasa pembelajaran secara talian.
3 responden berasakan sukar untuk berkomunikasi dengan pensyarah secara talian dan
lebih memilih untuk bersemuka untuk bertanyakan soalan dan berbincang. Seorang
responden berpendapat mungkin terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai
kelengkapan untuk menghadapi pembelajaran secara talian. 14 responden menghadapi
capaian internet yang tidak stabil ketika pembelajaran secara talian. Selain itu, 4 responden
berpendapat ada segelintir pelajar yang tidak jujur ketika menjawab peperiksaan
menyebabkan ketelusan dalam peperiksaan diragui oleh pensyarah.
Selain itu, seorang responden berpendapat informasi yang disampaikan oleh pensyarah
mendapat kurang sambutan. Di samping itu, 5 responden berasakan sukar untuk belajar
subjek yang perlu dilakukan di makmal dan secara praktikal. Pelajar juga tidak dapat
meningkatkan kemahiran dalam makmal jika mereka tidak mempraktikkannya. 2 responden
berpendapat pembelajaran secara talian kurang efektif kerana pelajar bebas untuk fokus
atau tidak fokus ketika kelas tanpa pemantauan sesiapa.
RUJUKAN
28
Bahrom, Z. (2020). Pedagogi Norma Baharu: Cabaran dan Hikmah. Jurnal Refleksi
Kepemimpinan, (JILID III), 77-82.
Berita Awani. (2018, September 11). TM perlu cari penyelesaian tingkatkan akses internet
ke seluruh negara - Gobind. Dipetik dari https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tm-perlu-cari-penyelesaian-tingkatkan-akses-internet-ke-seluruh-negara-
gobind-185253
Berita Harian Online. (2020, Jun 16). Video tular pelajar UMS jawab peperiksaan atas
pokok. Dipetik dari
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/701039/video-tular-pelajar-ums-
jawab-peperiksaan-atas-pokok
Berita Harian Online. (2020,Oktober 2) Tangguh pendaftaran fizikal pelajar IPT baharu,lama.
Dipetik dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/737586/tangguh-
pendaftaran-fizikal-pelajar-ipt-baharu-lama
Mahidin, D. S. (2020, April 10). Laporan Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu
dan Isi Rumah. Dipetik dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?
r=column/pdfPrev&id=Ui9PT3h0Vm5HK0pEWnpKQzlnUjNwQT09
MyMetro. (2020,Julai 1). Belajar dalam talian kurang berkesan berbanding bersemuka.Di
petik dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/595525/belajar-dalam-talian-
kurang-berkesan-berbanding-bersemuka-metrotv
Sinar Harian. (2020, April 02). Cabaran mengajar dalam talian. Dipetik dari
https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-mengajar-
dalam-talian
UMP News (2020,September 2) Kesan Covid-19 kepada pelajar UMP : Satu kajian ringkas.
Di petik dari http://news.ump.edu.my/experts/kesan-covid-19-kepada-pelajar-ump-satu-
kajian-ringkas
29
30
31