Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Warong Wak John, Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, Johor

 

Warong Wak John
Warong Wak John

Warong Wak John
Warong Wak John
Port sarapan aku ketika bermusafir ke Johor. Aku ada urusan sikit di UTHM. Pintu masuk UTHM tu betul-betul bertentangan dengan Warong Wak John ni. Jadi lepas sarapan di Warong Wak John, boleh terus gerak masuk ke UTHM.

Warong Wak John ni buka dari jam 7.30 pagi sehingga ke 2 petang. Hari Jumaat dan Sabtu diorang tutup. Cuti umum pun tutup jugak...apa la wak john tutup kedai cuti-cuti ni😁.

Gambar kat bawah ni adalah menu sarapan yang ada di warong ni.

menu warong wak John
menu warong wak John
Menu sarapan utama di sini adalah lontong, soto, nasi lemak.
teh tarik
teh tarik

soto
soto

lontong sambal
lontong sambal
Jadi kesimpulannya, makanan di sini sedap-sedap belaka. Sangat recommended untuk korang makan di sini. Landmark senang jer, bertentangan dengan pintu masuk UTHM. GPS koordinat dan google map ke warong Wak John adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 1.8519836959998683, 103.08643785498857 atau 1°51'07.4"N 103°05'11.1"E

https://maps.app.goo.gl/HEHTbqTcsVpPF4s87

Singgah makan satay kajang rnr dengkil

 

restoran satay kajang, rnr Dengkil
restoran satay kajang, rnr Dengkil

restoran satay kajang, rnr Dengkil
restoran satay kajang, rnr Dengkil
Peminat satay kajang yang singgah di rnr Dengkil, korang boleh la lepaskan ketagih nak makan satay kajang ni.. nak gi kajang jauh sangat. So, yang di sini pun ok jer....Segala jenis satay ada...tinggal nak bayar jer😅😅
satay kajang daging, ayam dan perut
satay kajang daging, ayam dan perut

nasi himpit, timun dan bawang
nasi himpit, timun dan bawang

sekali dengan kuah kacang dan sambal
sekali dengan kuah kacang dan sambal
Peminat satay, jangan lupa cari satay kajang ni di RnR Dengkil.

GPS koordinat: 2.9036838391476554, 101.61551345757398

https://maps.app.goo.gl/uum4CehJqebCQmoq9


Makan Nasi Briyani di Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor
Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
Johor memang terkenal dengan nasi briyani. Mana-mana tempat pasti korang akan jumpa gerai nasi briyani. Macam di Penang la kan...mana tempat pasti akan jumpa nasi kandar😅.

Alang-alang aku di Batu Pahat, wajib la nak try makan nasi briyani. Ada banyak gerai, tapi aku pilih gerai di medan selera Benteng. Dalam medan selera ni pun banyak gerai nasi briyani, tinggal nak pilih je mana satu korang nak try.

nasi briyani ayam masak merah
nasi briyani ayam masak merah

air bandung soda
air bandung soda
Ada 2 -3 jenis lauk masakan nasi briyani ni..ada kambing, daging lembu, ayam. Untuk makan tengahari aku kali ni, aku nak try briyani ayam masak merah. Air mesti kena ambil bandung soda. Di Johor je senang nak dapat bandung soda ni.

Kira sedap la nasi briyani yang aku makan ni. Recommended untuk korang try. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke medan selera Benteng ni.

GPS koordinat: 1.8592788421639412, 102.92267779710359

https://maps.app.goo.gl/8KBxJggVKbCBkV7W8

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral, Kuala Lumpur

 

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Kalau korang sampai di KL Sentral, rasa lapar nak makan nasi kandar, boleh la cari di Restoran Nasi Kandar Kayu Original yang terletak area KL Sentral ni. Kalau dekat Penang ni, Nasi Kandar Kayu antara nasi kandar yang top la.....famous di Penang.

Di KL Sentral pun korang boleh makan nasi kandar ni..tak payah pergi jauh-jauh ke Penang😅....Disebabkan aku datang awal pagi, jadi aku singgah di Nasi Kandar Kayu ni untuk nak sarapan je la.... Aku tak makan la nasi kandar, walau lauk nasi kandar dah ada masa aku sampai sini.

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
makanan sarapan yang aku makan di sini, boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni....
roti canai kosong
roti canai kosong

roti canai bawang
roti canai bawang

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai telur
roti canai telur

minuman
minuman
Begitu lah kisah aku di nasi kandar kayu KL Sentral...😁😁😁😁....meh le singgah gaisssss...

Jom makan ikan bakar di Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

 

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang

Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Adrianna Ikan Bakar, Sungai Dua, Pulau Pinang
Port makan malam sempoi di Sungai Dua, Pulau Pinang ni, korang boleh try di Restoran Adrianna Ikan Bakar 'Citarasa Sebenar Kuala Perlis'. Korang boleh pilih sendiri ikan-ikan segar untuk dijadikan hidangan.

Aku first time datang sini untuk makan malam... ingatkan biashe-biashe jer, rupanya sedapnya luar biase!😁... Kat bawah ni adalah menu yang aku order untuk makan malam aku...

siakap ikan bakar
siakap ikan bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

sambal belacan padu!
sambal belacan padu!

kangkung belacan
kangkung belacan

hidangan lengkap makan malam aku
hidangan lengkap makan malam aku
Kepada yang nak try makan di sini, boleh la cari di Sungai Dua, Pulau Pinang. Kalau dari highway dari Seberang Jaya, ambil susur keluar Sungai Dua. Kena u turn sikit. Senang cerita aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang.

GPS koordinat: 5.447461940471587, 100.41785068793051 atau 5°26'51.0"N 100°25'04.3"E

https://maps.app.goo.gl/pb16gnvt6HG7JuWW9

Resepi Ayam ButterMilk

Ayam ButterMilk
Ayam ButterMilk

Bahan-bahannya:
  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu.)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk-ketuk jer)
  • 6 biji cili api hijau  
  • Minyak untuk goreng ayam
Cara-cara:
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  • Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  • Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  • Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  • Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  • Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  • Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  • Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit-sikit jer.
  • Dan kalau terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  • Dah siap, makan dengan nasi panas-panas.

RESEPI GULAI IKAN TALANG KERING

GULAI IKAN TALANG KERING
GULAI IKAN TALANG KERING 

* Jangan tambah garam kerana Ikan kering dah masin... 

Bahan-bahan:
  • 15 potong/ketul Tulang Ikan Talang Kering (ada isi sikit sikit ya) 
  • 2 biji Terung Bulat(di belah 2 atau 4 bergantung kepada saiz) 
Bahan A (Bahan Tumis) 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 6 ulas bawang putih (di tumbuk atau hiris nipis) 
  • 1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (di tumbuk atau hiris nipis) 
  • 1 sudu besar halba campur 
Bahan B (Bahan Rempah)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk) 
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 
  • 1/2 sudu besar lada hitam (di tumbuk halus) 
  • 3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan babas 
  • 50 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas 
  • Santan cair dari 1/2 biji kelapa- Kalau suka 
Bahan C (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan) 
  • 1 biji tomato biji di belah 2 
  • 5 helai daun bawang di kerat panjang 
  • cili hijau besar 2 biji dibelah 2 dan di buang biji 
CARA MEMASAK:
  • Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas 
  • Masukkan Bahan A (bahan tumis) dan kacau jangan biar hangit..masak sampai wangi dan kekuningan 
  • Masukkan Bahan B (bahan-bahan rempah) yang telah di adun dan besar kan api.. 
  • Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan ia sedikit kering dan naik minyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak 
  • Masukkan terung. 
  • Step ni terpulang, kalau nak letak santan boleh, tak nak pon boleh. TAPI,Kalau nak pakai santan, cuma letak 1/2 biji saja.(Kalau guna santan lebih, hasil nya x sedap). 
  • Kalau tak letak santan, gantikan dengan 1.5 gelas air biasa..Kacau supaya rempah sebati dengan air 
  • Terus masukkan Tulang Ikan Talang dan Bahan C Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. 
TIPS penting: 
Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur. 
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam (atau kekiri kekanan) 

Resepi Gulai Udang Bersama Petai

 

Gulai Udang Bersama Petai
Gulai Udang Bersama Petai

Bahan-bahannya:
  • 400gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
  • 3 papan petai ( buangkan kulit putihnye dan petai dibelah dua)
  • 2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
  • 8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
  • 2 cawan santan+1 cawan air
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
  • sedikit garam
caranya:
  • Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
  • Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan petai, masak sehingga petai betul-betul empuk, selepas itu baru masukkan udang, jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.
  • Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.
  • santan nye pekat lagi sedap, jangan buat cair sangat kuahnye tu ye
Nota: 
Kalau nak tau udang tu overcooked, isinya akan kecut sedikit dari kulit, dan pastikan kita masak udang tidak terlalu lama, dalam 8 minit lebih kurang, untuk mengekalkan kemanisannye

Resepi Homemade Meatball Ala Ikea

Homemade Meatball Ala Ikea
Homemade Meatball Ala Ikea

Bahan-Bahan:
  • 500 gm daging kisar
  • 1/2 biji bwg besar 
  • – cincang halus (*)
  • 1 sudu makan butter. (*)
  • 3/4 sudu teh lada hitam
  • - powder
  • 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
  • 1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1-1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan bread crumb- blend halus
  • 30 ml fresh milk.
  • 1 biji telur ‘c’
Cara-cara:
  • tumis yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
  • satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang kalian suka.
  • guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak.
p/s .- butter dalam pan jangan di buang, boleh digunakan untuk membuat sos.

Sos Gravy:
  • butter sos lepas masak meatball.
  • 2 cawan chicken stok
  • 2 cawan whipping krim (*)
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • lada hitam sikit – powder
  • 1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit utk memekat.
  • garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
cara-cara:
  • satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
  • didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.
hidangan sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan mix friuts jem.

RESEPI KASWI PANDAN

KASWI PANDAN
KASWI PANDAN

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 2 cwn air + 4 helai daun pandan blender n tapis(pastikan dapat 2 cawan juga air daun pandan tu tau..klu kurang tambah air)
  • 4 sudu besar air kapur
  • Sedikit pewarna hijau
  • kelapa ambil putih shja
  • sedikit garam
Cara-cara:
  • satukan tepung gandum,tepung beras dan gula.
  • masukan air daun pandan,air kapur n sedikit pewarna gaul sebati dan tapis.
  • sapu minyak pd acuan dan tuang adunan.
  • kukus 30 minit
  • sejukkan dulu sebelum potong
  • gaul kelapa.
Kredit resepi: Nur Eisya MAHN

RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA

 

KUIH KERIA GULA MELAKA
KUIH KERIA GULA MELAKA

Bahan-bahan untuk doh keria:
  • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air
Cara-cara:
Cara-cara untuk kuih keria:
  • Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. 
  • Boleh juga gunakan 'potato masher' untuk hancurkan keledek.Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  • Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
  • Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.Sedia untuk digaul kuih keria. 
Tip:
Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.

RESEPI TAUHU BEGEDIL

TAUHU BEGEDIL
TAUHU BEGEDIL 

Bahan-bahan: 
  • tauhu kering
  • kentang 5-6 ketul
  • daging@ayam kisar
  • bawang goreng
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • bawang goreng 2-3 sudu besar
  • daun sup (dipotong halus)
  • serbuk lada putih
  • telur 2-3 bijik
  • garam & serbuk perasa
Cara-cara: 
  • kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Then lenyekkan kentang time panas-panas.
  • daging kisar digoreng hingga kering air,letak garam & serbuk perasa kalau suka.
  • satukan kentang yang dah dilenyek tadi dengan daging.
  • masukkan bawang yang di potong dadu, daun sup, serbuk lada putih & bawang goreng.
  • gaul sehingga sebati.
  • potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
  • sumbat kentang&daging di dalam tauhu tadi sehingga penuh.
  • pecah 2-3 bijik telur & pukul.
  • celupkan tauhu yang dah di sumbat tadi dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas sehingga perang.
  • siap untuk dimakan
Kredit resepi: resepidotmy 

RESEPI KEK SWISS ROLL TAPAK KUDA

 

KEK SWISS ROLL TAPAK KUDA
KEK SWISS ROLL TAPAK KUDA

Bahan-bahan:
  • 10 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 225g gula castor
  • 110g tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
  • 10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
  • 135ml mentega cair
  • 1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • coklat nutella atau pes kacang hazel
Cara-cara:
  • Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
  • Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
  • Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
  • Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
  • Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
  • Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.

Restoran Mi Tumis, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

 

Restoran Mi Tumis, Bertam
Restoran Mi Tumis, Bertam

Restoran Mi Tumis, Bertam
Restoran Mi Tumis, Bertam

Menu utama di restoran ni ada makanan berasaskan mee segera a.k.a megi. Tapi semua megi-megi tersebut dimasak dengan cara di tumis. Kiranya makanan mi tumis ni ada yang premiun seperti megi tumis udang, megi tumis ketam, megi tumis sotong, megi tumis udang. Harga ikut apa yang korang pilih...
buka 11 pagi hingga 11 malam (Selasa cuti)
buka 11 pagi hingga 11 malam (Selasa cuti)

menu1 Mi Tumis
menu1 Mi Tumis

menu2 Mi Tumis
menu2 Mi Tumis

menu3 Mi Tumis
menu3 Mi Tumis

menu4 Mi Tumis
menu4 Mi Tumis
dalam banyak-banyak menu tu, aku pilih untuk order numee goreng biasa, numee tumis biasa dan nasi goreng ayam grill.
numee goreng biasa
numee goreng biasa

air sirap bandung dan limau ais
air sirap bandung dan limau ais

numee tumis biasa
numee tumis biasa

nasi goreng ayam grill
nasi goreng ayam grill
Meh le try makan mi tumis di sini ye. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.514730949369137, 100.4489767794428 atau 5°30'53.0"N 100°26'56.3"E