Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral, Kuala Lumpur

 

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Kalau korang sampai di KL Sentral, rasa lapar nak makan nasi kandar, boleh la cari di Restoran Nasi Kandar Kayu Original yang terletak area KL Sentral ni. Kalau dekat Penang ni, Nasi Kandar Kayu antara nasi kandar yang top la.....famous di Penang.

Di KL Sentral pun korang boleh makan nasi kandar ni..tak payah pergi jauh-jauh ke PenangπŸ˜…....Disebabkan aku datang awal pagi, jadi aku singgah di Nasi Kandar Kayu ni untuk nak sarapan je la.... Aku tak makan la nasi kandar, walau lauk nasi kandar dah ada masa aku sampai sini.

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
makanan sarapan yang aku makan di sini, boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni....
roti canai kosong
roti canai kosong

roti canai bawang
roti canai bawang

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai telur
roti canai telur

minuman
minuman
Begitu lah kisah aku di nasi kandar kayu KL Sentral...😁😁😁😁....meh le singgah gaisssss...

Friend Fries Bukit Bintang - Homemade fries from fresh potatoes

cheese friend fries
cheese friend friesπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Friend Fries di Bukit Bintang ni pun tempat viral makanan. Siapa saja yang datang ke Bukit Bintang Kuala Lumpur ni, pasti akan cari friend fries ni. Diorang homemade je fries tu... dibuat dari kentang yang segar.....
gerai Friend Fries Bukit Bintang
gerai Friend Fries Bukit Bintang

landmark korang cari 7 ELEVEN
landmark korang cari 7 ELEVEN
Tempat viral, so nak beli kena beratur panjang la...mana-mana tempat viral di Bukit Bintang, macam tu laaaa😎😎😎😎
menu Friend Fries, ada pelbagai topping sos
menu Friend Fries, ada pelbagai topping sos
Kalau korang hadir ke Bukit Bintang, jangan lupa singgah di Friend Fries ni. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1474491563259517, 101.71195930005067

https://maps.app.goo.gl/cTqBNcTyLo2Dw1Zb9

Shedazz ayam goreng kunyit (33 food court) - tempat makan tersembunyi di Bukit Bintang, KL

 

tangga ke 33 food court
tangga ke 33 food court

33 food court berada di tingkat 2
33 food court berada di tingkat 2
Kalau korang jalan-jalan di Bukit Bintang, KL nak cari makan yang bajet dan sedap, korang boleh cari Shedazz ayam goreng kunyit. Gerai ni terletak di food court yang agak tersorok dari laluan orang ramai. Nama food court ni adalah 33 food court.

Kalau korang dari main road bukit bintang tu, korang cari public bank. Then korang lalu lorong yang bersebelahan public bank tu hingga tembus ke seberang (jalan short cut). Dah sampai hujung, sebelah kiri korang je 33 food court tu.

ada beberapa gerai dalam 33 food court ni
ada beberapa gerai dalam 33 food court ni
So, bila dah jumpa, naik je tangga tu...dalam food court tu ada la beberapa gerai makanan. Tapi nak nak focus gerai Shedazz ayam goreng kunyit.

Port makan ni menjadi tempat makan pekerja-pekerja yang bekerja disekitar Bukit Bintang ni... Maklum la kan, kalau makan hari-hari kat tempat famous di Bukit Bintang ni, mau habis duit gaji guna untuk makan tengahari jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit
ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit

gerai Shedazz ayam goreng kunyit
gerai Shedazz ayam goreng kunyit

Menu Shedazz ayam goreng kunyit
Menu Shedazz ayam goreng kunyit
Menu simple jer...nasi putih korang boleh pilih sama ada ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit atau sotong goreng kunyit. Tambah sikit sayur kacang panjang dan letak kicap..perghh mantap!πŸ˜‹πŸ˜‹
nasi putih sotong goreng kunyit
nasi putih sotong goreng kunyit

nasi putih daging goreng kunyit
nasi putih daging goreng kunyit

nasi putih ayam goreng kunyit
nasi putih ayam goreng kunyit
Memang padu...masakan simple tapi sedap. Tempat-tempat makanan macam ni ada je di Bukit Bintang kalau pandai cari. Selalu kita aku cari tempat makan yang famous dan viral je kat Bukit Bintang ni. Jadi modal pun kena besar jugak la kan..tempat-tempat macam tu memang mahal.

Untuk makan bajet, sesuai datang ke sini. Sangat recommended! Sebagai panduan untuk korang nak cari Shedazz ayam goreng kunyit ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1477458280559705, 101.71186834578818

https://maps.app.goo.gl/nLJeoFqfCvhyy5CPA


Menikmati pemandangan Kota Kuala Lumpur dari atas Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Kalau nak tengok pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari pandangan atas, tempat yang boleh korang datang adalah menara Kuala Lumpur. Bangunan tinggi yang lain korang tak boleh nak naik, sebab semua tu officeπŸ˜…...Contoh petronas twin tower, kalau korang staf petronas, boleh la nak panjat bangunan tu sebab office petronas kat situ...Begitu jugak dengan menara merdeka 118, korang tak boleh nak naik jugak...Tapi menara Kuala Lumpur ni membenarkan orang awam untuk naik ke atas, tapi kena bayar tiket la sikit....
ni lift untuk naik ke tingkat atas
ni lift untuk naik ke tingkat atas

tempat kaunter nak beli tiket
tempat kaunter nak beli tiket

ni kawasan bawah menara, tempat beratur untuk beli tiket dan untuk naik lift
ni kawasan bawah menara, tempat beratur untuk beli tiket dan untuk naik lift
Menara KL ni sebenarnya adalah menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan di bina dalam hutan simpan Bukit Nanas...Nampak tak bertapa specialnya menara KL ni sampai boleh dibina dalam hutan simpanπŸ˜…...

Menara KL ni ada 3 bahagian yang korang boleh masuk. Kesemuanya kena beli tiket sebelum nak masuk. # bahagian tersebut adalah observation deck (Menara tinjau KL tower), skydeck dan skybox. Skydeck ni adalah kawasan terbuka di atas menara KL. Dekat sini korang boleh tengok pemandangan KL sambil merasai angin yang agak kuat di atas tersebut. Skybox pula adalah kotak lut sinar kesemuanya termasuk lantai yang korang pijak tu..korang akan gayat sikit la..kalau sesiapa yang takut tempat tinggi, tak sesuai nak masuk sini, rugi tiketπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†...

Aku masuk yang observation deck (menara tinjau KL tower jer). Yang ni kira basic yang korang boleh masuk dan tak extreme...boleh lihat pemandangan KL dalam ruang yang tertutup...tak macam skydeck, ruang yang terbuka....

boleh tengok menara merdeka 118
boleh tengok menara merdeka 118

boleh tengok menara berkembar petronas KLCC
boleh tengok menara berkembar petronas KLCC

observation deck, boleh jalan 360 darjah sekeliling
observation deck, boleh jalan 360 darjah sekeliling
Kedudukan menara KL ni betul-betul di atas puncak Bukit Nanas. Bagi yang datang berjalan kaki, kalau korang nak menapak dari bawah, agak mencabar jugak la nak mendaki bukit tu...Kalau tak larat, jangan risau, ada van shuttle yang ambil dan hantar pengunjung dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas....free jer...
pintu gerbang menara KL di bahagian bawah bukit
pintu gerbang menara KL di bahagian bawah bukit

free shuttle untuk pejalan kaki
free shuttle untuk pejalan kaki
Shuttle ni, korang kena tunggu dekat pintu gerbang tu..nanti van shuttle ni akau pick up dekat situ. Takda la tercabut kaki nak mendaki bukitπŸ˜…...
ketinggian menara-menara yang ada di dunia
ketinggian menara-menara yang ada di dunia
Terlupa nak aku nak bagitau yang dalam obsevation deck tu, ada gambar bentuk-bentuk menara yang terdapat di dunia ni beserta dengan ketinggian setiap satunya..Korang tengok sendiri kat situ, Menara KL ni yang keberapa tertinggi di dunia....Ada la sikit knowledge korang dapat kan😁😁😁

Kepada yang nak datang ke Menara KL ni, boleh cari di Bukit Nanas, KL. AKu sertakan juga GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.152878783584327, 101.70385163370605

Restoran Gerak 23, antara tempat tumpuan makan tengahari di Kampung Baru Kuala Lumpur

Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL

Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23, Kampung Baru, KL
Restoran Gerak 23 ni terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur. Waktu tengahari, restoran Gerak 23 memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini. Ni kira kali kedua aku sampai di Restoran Gerak 23. Kali pertama pada tahun 2018 dan aku pernah post dalam blog aku ni berkenaan Restoran Gerak 23 yang masa kali pertama aku datang sini. Boleh tengah posting tu DISINI.
ada ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar
ada ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar

pilihan masakan/lauk tengahari yang sangaat banyak
pilihan masakan/lauk tengahari yang sangat banyak

dari hujung ke hujung, ulam-ulaman pun ada
dari hujung ke hujung, ulam-ulaman pun ada
Biasanya kalau restoran menyediakan pelbagai jenis masakan dan lauk yang sangat banyak, ia akan menjadi tumpuan dan tarikan untuk orang ramai datang ke restoran tersebut, apatah lagi jika semua masakan tersebut sedap dan menepati citarasa orang ramai. Begitu juga la dengan restoran Gerak 23 ni.... tak hairanlah jika ramai orang memilih untuk makan tengahari di sini.
ni nasi tengahari aku, bersama ayam goreng dan terung sambal
ni nasi tengahari aku, bersama ayam goreng dan terung sambal

aku ambil gak keli bakar...surrrr
aku ambil gak keli bakar...surrrr
Style di Restoran Gerak 23, korang beratur pilih makanan, kemudian beratur lagi untuk bayar...kena bayar dulu sebelum makan...lepas tu baru la korang cari meja untuk nak makan..kalau datang peak hours, kena bersabar la sikit nak dapat meja makan...ramai orang beb...

Kalau korang nak datang ke sini, sangat recommended untuk datang... Boleh cari Di Kampung Baru Kuala Lumpur. GPS koordinat dan google map Restoran Gerak 23 adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°09'38.8"N 101°42'09.1"E atau 3.160772, 101.702513

Halab Gate Shawarma & Kebab, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Halab Gate Shawarma @ Kebab
Halab Gate Shawarma @ Kebab
Restoran Halab Gate Shawarma & Kebab ni kecil jer restoran diorang. Pemilik restoran bukan orang malaysia. Restoran Halab Gate ni dimiliki oleh Arabian Middle East Traders Sdn Bhd seperti mana yang tertulis dalam resit bayaran...Lokasi Restoran Halab ni berada di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang, Kuala Lumpur...Mudah nak datang, sebab tak jauh sangat dengan stesen monorail...LRT pun ada di Bukit Bintang ni.
menu-menu makanan Halab Gate Shawarma & Kebab
menu-menu makanan Halab Gate Shawarma & Kebab

boleh pilih nak ayam atau daging
boleh pilih nak ayam atau daging
Aku order beef shawarma...take away..makan kat hotel jer..tapi memang padu la shawarma diorang..terasa macam duduk kat arabπŸ˜‚πŸ˜‚....minta maaf tak sempat nak snap gambar shawarma tu, dah habis makan baru teringat nak ambil gambarπŸ˜…πŸ˜…...

Aku sangat recommed untuk korang try shawarma ni...Boleh cari di Bukit Bintang kalau korang berada di Kuala Lumpur tengah jalan-jalan tu, singgah la kejap makan shawarma😁...Aku sertakan GPS koordinat dan google map kat bawah ni sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1474339096393997, 101.71076062006115

Restoran Kak Som, Kampung Baru KL, makanan pantai timur

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru

Kak Som, Kampung Baru
Kak Som, Kampung Baru
Restoran Kak Som Di Kampung Baru Kuala Lumpur ni, kebanyakkan menunya adalah berkonsepkan makanan pantai timur dan makanan ala-thai. Di restoran Kak Som ni ada nasi dagang, nasi kerabu, laksam, megi sup, lokcing, pulut mangga dan sebagainya.

Bagi yang tak biasa dengan menu pantai timur tu, di Kak SOm ni juga ada nasi berlauk, makanan panas gorengan ala thai yang pada kebiasaannya kita selalu makan...

side sini kalau korang nak makan nasi campur
side sini kalau korang nak makan nasi campur

side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
side sini kalau korang nak makan makanan pantai timur/ala thai
Disebabkan aku baru jer makan tengahari di salah satu restoran di Kampung Baru ni (restoran gerak 23), jadi aku singgah sini just nak makan yang ringan-ringan jer..aku try pulut mangga dan lokcing sosej..
pulut mangga
pulut mangga

lokcing sosej
lokcing sosej
Kepada yang nak try makan di Restoran Kak Som ni, boleh la cari di Kampung Baru Kuala Lumpur. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1620429682476257, 101.70480477119331

Lain macam Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari, Bukit Bintang Kuala Lumpur

 

Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari

Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari
Nasi Kahwin Hari-Hari yang aku terjah ni ada Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari. Sebenarnya dioarang ada satu lagi gerai yang viral yang diorang buka di celah-celah lorong. Kedua-duanya di Bukit Bintang. Gerai lorong dan restoran ni berdekatan jer...Yang restoran ni beralamat di Jalan Beremi, Bukit Bintang, manakala yang di celah-celah lorong tu adalah di lorong Jalan Berangan, juga di Bukit Bintang. Restoran ni sebenarnya di tingkat bawah rumah flat...

kena beratur untuk pilih lauk
kena beratur untuk pilih lauk

makan kat restoran ni selesa la sikit
makan kat restoran ni selesa la sikit
Menu diorang ni berkonsepkan menu kenduri kahwin orang utara. Di sini nasi yang diorang sediakan adalah nasi hujan panas. Pilihan lauk pula adalah masakan ayam rose terangkat, ayam madu dua, daging masak hitam, kambing pasamah, gulai ikan termenung dan ayam goreng berempah, serta tidak ketinggalan papadom. Air pun air kenduri standard iaitu air sirap yang disediakan percuma dan boleh refill...
senarai menu dan harga Nasi Kahwin Hari-Hari
senarai menu dan harga Nasi Kahwin Hari-Hari
Gambar kat atas tu senarai harga setipa menu di sini. Tapi ni tertakluk kepada perubahan la...aku biasanya dalam posting blog aku, jarang nak bagitau harga, sebab harga mungkin berubah berdasarkan ekonomi semasaπŸ˜…πŸ˜…...
nasi kenduri yang aku order
nasi kenduri yang aku order

nasi hujan panas, daging masak hitam, jelatah timun
nasi hujan panas, daging masak hitam, jelatah timun

nasi hujan panas, ayam madu terangkat, jelatah timun
nasi hujan panas, ayam madu terangkat, jelatah timun

nasi hujan panas, ayam goreng, jelatah timun
nasi hujan panas, ayam goreng, jelatah timun
Aku boleh cakap semua menu memang padu...terasa macam betul-betul makan kenduri ala kampung belah-beah utara...syahdu oooo...teringat masa kenduri kahwin aku dulu-dulu....
Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tapi korang kena masuk ke dalam sikit baru boleh jumpa Nasi Kahwin Hari-Hari ni..Diorang buka seawal jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. Boleh pilih nak makan di warung celah-celah lorong atau nak makan di restoran..
Bagi memudahkan korang, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang.
GPS koordinat: 3°08'51.0"N 101°42'36.2"E atau 3.147506, 101.710057