Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label tauhu. Show all posts
Showing posts with label tauhu. Show all posts

RESEPI TAUHU BEGEDIL

TAUHU BEGEDIL
TAUHU BEGEDIL 

Bahan-bahan: 
  • tauhu kering
  • kentang 5-6 ketul
  • daging@ayam kisar
  • bawang goreng
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • bawang goreng 2-3 sudu besar
  • daun sup (dipotong halus)
  • serbuk lada putih
  • telur 2-3 bijik
  • garam & serbuk perasa
Cara-cara: 
  • kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Then lenyekkan kentang time panas-panas.
  • daging kisar digoreng hingga kering air,letak garam & serbuk perasa kalau suka.
  • satukan kentang yang dah dilenyek tadi dengan daging.
  • masukkan bawang yang di potong dadu, daun sup, serbuk lada putih & bawang goreng.
  • gaul sehingga sebati.
  • potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
  • sumbat kentang&daging di dalam tauhu tadi sehingga penuh.
  • pecah 2-3 bijik telur & pukul.
  • celupkan tauhu yang dah di sumbat tadi dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas sehingga perang.
  • siap untuk dimakan
Kredit resepi: resepidotmy 

Resepi Tauhu Berlauk

Tauhu Berlauk
Tauhu Berlauk 

Bahan-bahan:
  • 4 ketul tauhu
  • 2 tiub tauhu jepun
  • udang @ isi ayam
  • cili merah
  • daun bawang
  • daun sup
  • telur 4 biji
  • garam, serbuk lada putih, serbuk perasa(maggie cukup rasa)
caranya:
  • blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.
  • lepas tu masukkan hirisan daun bawang & cili merah. Perasakan garam, serbuk lada putih & serbuk maggi cukup rasa. Gaul rata.
  • lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi dalam bekas plastic. Kukus dalam 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras. Selepas itu potong saiz yang dikehendaki..
  • pukul 2 biji telur..celup & goreng..

RESEPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM

TAUHU KUKUS SOS TIRAM
TAUHU KUKUS SOS TIRAM

Bahan-bahan:
  • 1 keping tofu lembut dlm bekas (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam
  • sedikit minyak masak
  • sedikit daun bawang
  • Sedikit udang basah(di cincang kecil)
  • sedikit air + 1 sudu (k) tepung jagung
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kiub ayam dan sedikit air + tepung jagung. Kacau sebati.masukkan udang.
  • Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan daun bawang.bawang goreng,cili hiris.hidangkan panas-panas.

Kredit resepi: Eniza M. Salim

Resepi simple tauhu sayur

Tauhu sayur
Tauhu sayur

Tauhu tu potong-potong gaul tepung jagung pastu goreng bagi ada crispy sikit...ketepikan

Cara buat Sos:
Bswang putih cincang & cili padi...tumis pastu letak air & sos tiram...garam tambah sikit je...sebab sos tiram dah masin...saya tambah minyak bijan 2 3 tiris...ada org tak suka...lepas tu bagi kuah dia pekat masukkan brokoli & tauhu jepun tu...siap!

.Kredit Resepi: Roziyanty Juhari 

Tauhu berlauk ayam

Tauhu berlauk ayam
Tauhu berlauk ayam 

Bahan-bahan : 
  • Tauhu petak 3
  • Tauhu lembut 3
  • Carrot 1 (sagat)
  • Daun sup (cincang halus)
  • Lada putih
  • Kiub ayam
  • Garam
  • Telur 4 biji
cara-cara:
1. Masukkan semua tauhu bersama telur di Dalam blender. Kisar halus
2. Letakkan bahan yang sudah di kisar ke dalam bekas dan gaul bersama carrot ,daun sup ,kiub ayam dan garam.
3. Kukus semua campuran tersebut selama 15 minit atau sehingga masak.
4. Setelah masak, sejukkan Dan potong petak-petak.
5. Letakkan minyak di dalam kuali, goreng tahu berlauk dengan sedikit telur supaya ia tidak melekat.

Sedap di makan begitu sahaja atau bersama sos kicap/merah.

#3 Menu Lunch

Menu Jawa pulak la lunch ni..yang ni aku makan ayam ungkep, sambal kering tauhu dan tempe dan sayur goreng telur..resipi boleh tgk dekat link. 






saja je nak pesan..untuk sayur tu jgn masak sampai layu ye..hilang kang nutrisi sayur tu...Jemput makan!

Sambal kering tauhu dan tempe

Tema masakan jawa lagi...aku try masak ni pulak. 



Tauhu dan tempe ni pun sumber protein yang bagus ye...pada yang tak pernah makan tu boleh try. make sure tauhu bantal camni ye...bukan tauhu yang lain. tauhu lain tu ada tambahan lain..sbb tu warna tauhu tu jadi kunig...bukan putih dah.


Kredit : Pasartani Melawati


Bahan-bahan
  • Tauhu
  • Tempe
  • Cili boh (Homemade)
  • Suhun
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Madu (pengganti gula)


Cara-cara menyediakan
  1. Goreng tauhu dan tempe dalam airfryer. Ikut citarasa masing2. Aku tak suka garing sangat
  2. Tumis cili boh sampai pecah minyak
  3. Perasakan dengan garam n madu (sikit je)
  4. Masukkan tauhu, tempe dan suhun
  5. Sebatikan semua dan tabur dengan bawang merah dan cili merah
  6. Sedia dihidang