Tuan Danial
Tuan Danial | |
---|---|
Genre | Drama, cinta |
Berdasarkan daripada | novel oleh Azizah Ami |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Goodbye" oleh HelloLuqman |
Lagu penutup | "Goodbye" oleh HelloLuqman |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin |
Penerbit | Suriyati Sidek |
Penyunting | Nurafiza Abd Shukor |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 9 Ogos 2019 – 6 September 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Semua Salahku |
Diikuti oleh | Terima Aku Seadanya |
Tuan Danial ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Idris Khan sebagai watak tajuk dan dibintangi bersama oleh Intan Najuwa. Diadaptasi dari novel 2016 dengan tajuk yang sama karya Azizah Ami, drama ini bersiaran di Slot Lestary TV3 dari 9 Ogos 2019 hingga 6 September 2019 menggantikan Semua Salahku.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Tengku Ismahani atau Is menyamar jadi pembantu rumah kepada lelaki tersebut untuk kenal siapa bakal suaminya. Bapanya, Tengku Khalil sekali lagi cuba satukan dia dengan anak sahabatnya bernama Danial. Perjanjian dan kata sepakat dijalinkan. Tengku Khalil perlu merahsiakan siapa Is daripada pengetahuan Tuan Hashim mahupun Tuan Danial. Tanpa diketahui Is, Tuan Hashim bapa Daniel dan Kak Hasnah pembantu rumah Tuan Hashim sudah diberitahu terlebih dahulu dan mereka bekerjasama menjalankan plan Is tanpa diketahui oleh Is sendiri.
Pelbagai kekalutan berlaku apabila Is jadi pembantu rumah Tuan Hashim sedangkan dia langsung tak tahu buat kerja rumah. Gara gara sikap Is yang keras kepala manakala Tuan Danial pula ego. Ada saja perkara yang buat mereka tak puas hati apabila bertentang mata. Pening Kak Hasnah nak hadap perangai mereka yang asyik ‘bertekak’. Tuan Danial rasanya ada sesuatu perasaan terhadap Is. Entah kenapa, apabila dia perasan Rizal, jiran sebelah rumahnya pandang Is pun dia cemburu. Kemudian, dia lihat Tengku Hatta cium tangan Is ketika dia bawa Is ke majlis Tengku Khalil. Dia tak tahu yang Tengku Hatta adalah adik kandung Tengku Ismahani. Sejak itu, Tuan Danial tak boleh bertentang mata dengan Tengku Hatta. Datang pula Zahid, rakan baiknya yang terang terang cuba pikat Is. Dalam masa yang sama, Tengku Hatta dalam diam, jatuh cinta dengan Dee, sepupu Tuan Danial.
Sementara itu Is tergangu apabila bekas tunang Tuan Danial, Nell sudah pulang dari luar negara dan mahu menyambung semula ikatan mereka. Tapi, tidak ada cinta lagi buat Nell di hati Danial. Tuan Hashim pula mula runsing apabila Danial belum lagi akui cintanya kepada Is, jadi dia susun plan untuk uji mereka dan Farra, anak Pak Azhar yang merupakan kawan baik Tuan Hashim tiba untuk menjalankan misi. Hati Is luluh tatkala mendengar perbualan Tuan Hashim dan Tuan Danial mengenai perancangannya untuk menikahkan Farra dengan Tuan Danial. Tapi, Danial bermatian matian merayu agar perkara itu tidak dteruskan, akhirnya dia akui cintanya kepada Is.
Tengku Hatta tak tahan lagi menjadi sasaran Tuan Danial lalu dia sendiri membocorkan rahsia Is. Tuan Danial rasa tertipu dan perbalahan mula tercetus. Namun, Is berjaya pujuk Danial. Mereka menyambung semula ikatan cinta. Nell tak senang duduk.
Hubungan cinta Is dan Tuan Danial menjadi kebencian Rizal, lelaki psycho yang suka perhatikan Is. Tuan Danial diserang oleh Rizal yang marah dan menuduh Tuan Danial rampas isterinya. Rupa-rupanya Rizal mengalami tekanan perasaan setelah ditinggalkan isterinya kerana lari mengikut lelaki lain. Is dan Tuan Danial akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Rumahtangga mereka semakin bahagia apabila Is disahkan hamil.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Idris Khan sebagai Tuan Danial
- Intan Najuwa sebagai Tengku Ismahanim
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Atikah Suhaime sebagai Nell
- Luqman Hafidz sebagai Rizal
- Aman Graseka sebagai Tengku Khalil
- Zuhairi Ibrahim sebagai Tuan Hashim
- Noniswara sebagai Puan Malia
- Syafi Tee DFKL sebagai Tengku Hatta
- Scha Elinnea sebagai Ai
- Afifah Nasir sebagai Diandra/Dee
- Mathni Razak sebagai Azad
- Rohaya Samat @ Maya DFKL sebagai Kak Hasnah
- Iman Zulkarnain sebagai Remy
- Tunku Rania sebagai Farra
- Izzendra DFKL sebagai Fika
- Asyiqin Zaed sebagai Husna
- Izzat Mushtaq sebagai Muhsin
- Ali Reza Kavoossi sebagai Zahid
Muzik dan runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Goodbye" - HelloLuqman
- "Bisik" - Khareez
- "Satu" - Reyza & NeonSoul feat Kaka Azraff
- "Sentiasa" - Syakirah Noble
- "Inginmu Selamanya" - Hasha Roslan
- "Kau Lupa Itu Aku" - Najwa Latif
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Najiy Jefri (22 Ogos 2019). Banyak aksi spontan Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2019.
- ^ Mustazah GP (10 Ogos 2019). Info drama Tuan Danial Iluminasi. Dicapai pada 16 September 2019.
- ^ Drama Tuan Danial (TV3) MyInfoTaip (10 Ogos 2019). Dicapai pada 16 September 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tuan Danial di iflix