Selamat Pengantin Madu
Selamat Pengantin Madu | |
---|---|
Genre | Drama, percintaan |
Ditulis oleh | Noraini Baba |
Pengarah | Ibrahim Elias |
Dibintangi oleh | Aiman Hakim Ridza Fasha Sandha Eina Azman |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Pesona Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 3 September 2014 – 15 Oktober 2014 |
Selamat Pengantin Madu merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2014 yang diterbitkan oleh Pesona Pictures untuk siaran menerusi Slot Lestary di TV3 yang bersiaran dari 3 September hingga 15 Oktober 2014. Ia dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Fasha Sandha dan Eina Azman. Ia mengisahkan tentang Hana yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Tajuk drama ini merupakan ejekan kepada ucapan "Selamat Pengantin Baru".[1][2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Hana ialah seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.
Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Masmira yang pada mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul. Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.
Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Aiman Hakim Ridza sebagai Zulkifli
- Fasha Sandha sebagai Hana
- Eina Azman sebagai Masmira
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Kuza Muzani sebagai Madihah
- Khairisyah Kemal sebagai Nisya
- Carl Eqmal Hazali sebagai Syafik
- Ieda Moin sebagai Solehah
- Dilla Ahmad sebagai Mak Su Dillah
- Marissa Yasmin sebagai Mak Hanim
- Syed Ahmad Tahar sebagai Gazi Ghaus
- Hady Tahir sebagai Masmadi
- Sakhee Shamsuddin sebagai Nik Darimi
- Falisha Crossley sebagai Aisyah
- Natasha Elyzza sebagai Nabila
- Nizam Jamal sebagai Zam
- Ain Sufia sebagai Nora
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Budiey (2 September 2014). Sinopsis Drama Selamat Pengantin Madu Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 2 Mac 2018.
- ^ Kisah perit bermadu dalam Selamat Pengantin Madu Diarkibkan 2018-02-14 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2014.