Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Habil & Qabil (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Habil & Qabil)
Habil & Qabil
Genre
Ditulis olehRohizan Ramli
PengarahFaisal Ishak
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bersumpah Dengan Langit" oleh Awie
Lagu penutup"Bersumpah Dengan Langit" oleh Awie
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
Penyunting
  • Adilan Azemi
  • Syazwan Roslan
  • Izwan Ansor
  • Haniffa Jhonasrul
  • Norhasyimah
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 September 2010 – 18 November 2010

Habil & Qabil ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 dibintangi oleh Aaron Aziz, Zed Zaidi dan Siti Saleha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 21 September 2010 hingga 18 November 2010 menggantikan Syurgamu Ramadhan.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Berlatarbelakangkan Kampung Sungai Manik di era tahun 60an hingga masa kini. Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Properties untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.

Kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Daniel El-Arash sebagai Habil 11-13 tahun
  • Atta Afifi sebagai Qabil 11-13 tahun
  • Adam Fadh sebagai Hassan 11-13 tahun
  • Muhammad Akif sebagai Habil bayi
  • Zaffran Al-Haqq sebagai Qabil bayi
  • Wan Atiqa Farhana sebagai Maria 15 tahun
  • Azzam Zamani sebagai Habil remaja
  • Izzue Islam sebagai Qabil remaja
  • Muhammad Syafiq sebagai Hassan remaja
  • Riduan Suhaimi sebagai Hassan
  • Norlela Ahmad sebagai Mak Cu
  • Wany Osmar sebagai Ayu
  • Razali Abd Ghani sebagai Pak Salem
  • Nuremy Ramli sebagai Mastura
  • Reza Syafiq sebagai Nabil
  1. ^ Budiey (22 September 2010). "Sinopsis Drama Habil Qabil TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ "Takdir Dua Insan Sebaya Dalam "Habil & Qabil"". mStar Online. 23 September 2010. Dicapai pada 18 April 2013.
  3. ^ Habil & Qabil (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mac 2019.