Sambal (siri TV)
Sambal | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | "Bawang Putih Bawang Merah", "Mat Jenin" |
Pencipta | Azwan Ali |
Ditulis oleh | Azwan Ali |
Pengarah | Azwan Ali |
Dibintangi oleh | |
Pencerita suara latar | Azwan Ali |
Penggubah lagu tema | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 17 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azwan Ali |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Sinematografi | Jebat Rosli |
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | Ambang Klasik |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 31 Disember 1995 | – 28 April 1996
Sambal ialah sebuah drama bersiri komedi Malaysia 1995 arahan Azwan Ali yang ditayangkan di TV3 setiap hari ahad jam 12 tengah hari. Drama ini merupakan adaptasi longgar secara komedi dan parodi daripada kisah dongeng Bawang Putih Bawang Merah dan Mat Jenin. Ia menampilkan pelawak terkenal Salih Yaacob dan Syanie sebagai teraju utama. Drama ini mendapat rating yang cukup tinggi setelah episod pengenalannya ditayangkan pada sambutan tahun baharu 1996 dan episod seterusnya ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri yang disambut serentak pada tahun itu.
Drama ini membariskan ramai penyanyi-penyanyi terkenal sebagai pelakon undangan, antaranya Aishah, Jamal Abdillah, Amy Mastura, Rohana Jalil dan ramai lagi. Drama ini turut memperkenalkan kumpulan Serba Salah yang kemudiannya digelar Senario dan Aku Kaya.
Maklumat Produksi
[sunting | sunting sumber]Drama ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Terengganu dengan tajaan penginapan oleh Sutra Beach Resorts serta tajaan lokasi di Muzium Negeri Terengganu. Beberapa episod juga menjalani penggambaran di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Penerbit, Pengarah, Penulis Skrip, Penyunting : Azwan Ali
Penolong Penerbit, Penolong Pengarah, Penyunting : Kamarul Mas Ayu Azman, Lim Su Jin, Zaini Saidi
Jurukamera: Jebat Rosli, Sulaiman Ahmad
Penata Muzik : Peter Lim
Pengarah Set: Azmi Alias
Rekaan Set: Jusaidi Judin, Shahrul Amin Idris
Busana : Shahrul Bariah Mohd Yusof, Fadzillah Abdullah
Solekan dan Tatarias: Mupinder Jeet Kaur Badsha
Penata Cahaya: Khaidir Abdul Abbas, Md Sobri Yaakob
Pengadun Audio: Mervin C Frederiks, Michael Leow Lai Seng, Khairul Azwan, Liew Mun Kit
Juruteknik Audio: Roslan Yusof , Mohd Saiful Nizam
Juruteknik SCP : Mohd Azhar Che Umar
Logistik: T. Chandran, Narayansamy, Zainal Abidin Rahman, Abdul Karim Husin, Chew Teck Beng
Pengurus Pasca Penerbitan: Roslan Abdul Rahman
Pereka Grafik: Jeannie Chan
Pembantu Penerbitan: Azman Abdul Ghaffar
Eksekutif Promosi dan Publisiti : Ruhil Shafinaz Hussein
Ringkasan episod
[sunting | sunting sumber]Episod | Tajuk | Tarikh Siaran |
---|---|---|
0 | Pengenalan | 31 Disember 1995 |
1 | "Kalut...!" Bahagian 1 | 7 Januari 1996 |
2 | "Kalut...!" Bahagian 2 | 14 Januari 1996 |
3 | "Gempar!" Bahagian 1 | 21 Januari 1996 |
4 | "Gempar!" Bahagian 2 | 28 Januari 1996 |
5 | "Jodoh" Bahagian 1 | 4 Februari 1996 |
6 | "Jodoh" Bahagian 2 | 11 Februari 1996 |
7 | "Sambal Angpao" | 18 Februari 1996 |
8 | "Sambal Raya " | 26 Februari 1996 |
9 | "Ribut" Bahagian 1 | 3 Mac 1996 |
10 | "Ribut" Bahagian 2 | 10 Mac 1996 |
11 | "Anak" Bahagian 1 | 17 Mac 1996 |
12 | "Anak" Bahagian 2 | 24 Mac 1996 |
13 | "Berangan" Bahagian 1 | 31 Mac 1996 |
14 | "Berangan" Bahagian 2 | 7 April 1996 |
15 | "Glamour" | 14 April 1996 |
16 | "Ibu...?" | 21 April 1996 |
17 | "Sayonara" | 28 April 1996 |
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Salih Yaacob sebagai Bedul
- Syanie sebagai Benai
- Hamid Gurkha sebagai Pak Tam
- Norlia Ghani sebagai Mak Kiah
- Yusni Jaafar sebagai Mak Yam
- Jaafar Onn sebagai Bujang
- Louisa Chong sebagai Siew Jin
- Sathiya sebagai Dharmendra
Memperkenalkan
[sunting | sunting sumber]- Amelina sebagai Tipah
- Maya Matahari sebagai Selamah
- Hamdan Ramli (Serba Salah) sebagai Do
- Ilya Buang (Serba Salah) sebagai Re
- Wahid Mohamad (Serba Salah) sebagai Mi
- Wan Shades sebagai Ali
- Nazrae Shades sebagai Itam
- Izzee Shades sebagai Ujang
- Jeri Shades sebagai Mamat
- Saiful Shades sebagai Budin
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]Episod | Artis | Watak |
---|---|---|
1, 2, 5, 6 | Kartina Aziz | Joyah |
1, 2 | Aznil Nawawi | Tok Suek |
3, 4 | Nanu Baharuddin | Bedah |
3, 4, 7 | Kenji Sawahi | Lim Poo Kao |
5, 6 | Aishah | Melah |
5, 6 | R. Jaafar | Tok Kadi |
7 | Nancie Foo | Siew Kim |
8 | Amy Mastura | Lijah |
8 | Rohana Jalil | Dara |
9 | Rosnah Mat Aris | Sepiah |
9 , 10 | M. Rajoli | Wak Parjo |
9, 10 | Sheeda | Ribut |
11, 12 | Sham Visa | Karim |
11, 12 | Nora Ariffin | Molek |
13, 14 | Farouk Hussain | Abang Kelana |
13, 14 | Leina Hangat | Leha Hangit |
15 | Jalil Hamid | Mat Nefsu |
15 | Emma Rocker | Nona |
16 | Julie Dahlan | Kencana |
16 | Shamsul Ghau Ghau | Keon |
17 | Jamal Abdillah | Jantan |
17 | Jasmin Hamid | Peah |
Legasi
[sunting | sunting sumber]Konsep drama bersiri menjadi ikutan iaitu melalui trilogi telefilem Enot, Enot Rayalah Pulak dan Enot VCD Lah Pulak yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2002.