Nota Kuliah Kesalahan Bahasa
Nota Kuliah Kesalahan Bahasa
Nota Kuliah Kesalahan Bahasa
Jenis-Jenis Laras
1.Laras umum
2.Laras teknikal
3.Laras agama
4.Laras undang-undang dan lain-lain
Tatabahasa dalam Penulisan
1. Koherens dalam ayat: Antara satu ayat dengan ayat yang lain
ada kesinambungan idea, tidak terputus.
Contoh: Ayat isi/fakta disokongan dengan ayat huraian dan ayat
contoh.
a. dari vs daripada
b. antara vs di antara
c. dalam vs di dalam
Dari vs Daripada
Kata dari digunakan untuk menunjukkan tempat dan
waktu. Kata sendi nama daripada digunakan untuk hal-hal
yang lebih umum seperti menyatakan manusia, unsur
abstrak, perbandingan dan sebagainya (Nik Safiah et. al
1994).
Contoh:
Contoh:
1. Kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa penting untuk
pembelajaran pelajar.
Sepatutnya : Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa penting
untuk pembelajaran pelajar.
2. Jarak antara Bangi dan Kajang hanyalah lima kilometer sahaja.
Sepatutnya: Jarak di antara Bangi dan Kajang hanyalah lima
kilometer sahaja.
3. Di antara faktor yang menyebabkan kebocoran soalan UPSR 2014
ialah faktor manusia.
Sepatutnya: Antara faktor yang menyebabkan kebocoran soalan
Dalam vs Di Dalam
Kata sendi dalam digunakan di hadapan kata nama yang
merujuk tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Kata sendi di dalam pula menunjukkan nama tempat
sahaja.
Contoh:
1. Ramai pelajar dalam Dewan Budiman ini belajar secara
separuh
masa sahaja.
Sepatutnya : Ramai pelajar di dalam Dewan Budiman ini
belajar secara separuh masa sahaja.
2. Di dalam kursus Penulisan Akademik 1 ini, pelajar diajar
bagaimana menulis ayat dengan betul.
Sepatutnya: Dalam kursus Penulisan Akademik 1 ini,
2. Kesalahan kata pemeri: Ialah vs Adalah
Kata pemeri ialah digunakan di hadapan perkataan kata
nama/frasa nama. Kata pemeri adalah pula hanya
digunakan apabila diikuti kata sendi nama seperti untuk,
pada, dalam, dari, dengan dan lain-lain.
Contoh:
1. Selain ibu bapa, guru adalah insan paling hampir dengan
pelajar.
Sepatutnya : Selain ibu bapa, guru ialah insan yang
paling hampir dengan
pelajar.
2. Tanggungjawab pelajar ialah dengan datang ke kelas.
Sepatutnya: Tanggungjawab pelajar adalah dengan
3. Kesalahan kata penguat
Kata penguat seperti amat, sangat, kerap, paling,
sekali, dan sebagainya juga kerap dilakukan oleh
pelajar dalam penulisan.
Contoh:
1. Kerjasama berkumpulan amat penting sekali dalam
menyiapkan
Seminar 1.
Sepatutnya : Kerjasama berkumpulan amat penting /
penting sekali
dalam menyiapkan Seminar 1.
2. Kesalahan bahasa amat kerap ditemui dalam tesis
pelajar.
4. Kesalahan kata majmuk
• Kata majmuk ialah gabungan dua kata dasar atau lebih yang
membawa maksud tertentu.
• Kata majmuk ditulis secara terpisah, tetapi membawa satu maksud.
• Kata majmuk juga boleh menerima sisipan di awal dan di akhir
sesuatu perkataan.
• Jika kata majmuk menerima salah satu sisipan, sama ada di awal
atau akhir, kata majmuk tersebut tetap ditulis terpisah.
• Dalam Bahasa Melayu, terdapat 15 kata majmuk yang sudah
dianggap mantap penggunaannya dan ditulis rapat (Nik Safiah et al.
1994), iaitu antarabangsa, tandatangan, pesuruhjaya, bumiputera,
sukarela, jawatankuasa, suruhanjaya, kerjasama, kakitangan,
setiausaha, olahraga, tanggungjawab, warganegara, matahari dan
beritahu.
• Lain-lain kata majmuk hendaklah ditulis terpisah, kecuali apabila
sesuatu perkataan itu menerima awalan dan akhiran.
Contoh:
1. mengenalpasti sepatutnya ditulis mengenal pasti
2. matapelajaran sepatutnya ditulis mata pelajaran
3. sejauhmanakah sepatutnya ditulis sejauh manakah
4. menitik beratkan sepatutnya ditulis menitikberatkan
5. tingkahlaku sepatutnya ditulis tingkah laku
6. temubual sepatutnya ditulis temu bual
7. ibubapa sepatutnya ditulis ibu bapa
8. pembolehubah sepatutnya ditulis pemboleh ubah /
pemboleh-pemboleh ubah
9. soalselidik sepatutnya ditulis soal selidik
10. halatuju sepatutnya ditulis hala tuju
11. urusetia sepatutnya ditulis urus setia
12. aturcara sepatutnya ditulis atur cara
5. Kesalahan kata jamak
Kesalahan kata jamak bermaksud kesalahan yang
dilakukan dengan menjamakkan perkataan yang
diikutinya. Contoh kata jamak seperti para, pelbagai,
kebanyakan, berbagai-bagai, beratus-ratus, setiap, tiap-
tiap, sesetengah, semua dan sebagainya.
Contoh:
1. Kebanyakan latihan-latihan yang guru berikan amat sukar sekali.
Sepatutnya Kebanyakan latihan yang guru berikan amat sukar / sukar
sekali.
2. Setengah ibu bapa kurang mengambil berat pelajaran anak-anaknya.
Sepatutnya Sesetengah ibu bapa kurang mengambil berat pelajaran
anak-anaknya.
3. Dari segi bahasa, berbagai kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar.
Sepatutnya Dari segi bahasa, berbagai-bagai / pelbagai kesalahan
6. Kesalahan kata bilangan
Kata bilangan hendaklah ditulis dalam bentuk ejaan jika kata
bilangan itu kurang daripada 10. Jika lebih daripada 10,
maka ia hendaklah ditulis dalam nombor. Walau
bagaimanapun, terdapat kekecualian penggunaan kata
bilangan seperti jika huraian itu melibatkan peratusan,
angka dan lain-lain. Contoh kesalahan kata bilangan
adalah seperti berikut:
Contoh:
1. Sebanyak 5 objektif dikaji dalam kajian ini, iaitu seperti berikut:
Sepatutnya Sebanyak lima objektif dikaji dalam kajian ini , iaitu seperti
berikut:
2. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 9 orang peserta kajian
berjaya ditemu bual.
Sepatutnya Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai sembilan
orang peserta kajian berjaya ditemu bual
7. Kesalahan kata hubung
Terdapat banyak kata hubung dalam tatabahasa BM seperti
yang, kerana, manakala, tetapi, sebaliknya, dengan dan
lain-lain. Contoh kesalahan penggunaan kata hubung
seperti berikut:
Contoh:
1. Kajian menunjukkan ramai pelajar kursus Penulisan Akademik 1
kurang beri perhatian semasa belajar.
Sepatutnya Kajian menunjukkan bahawa ramai pelajar kursus
Penulisan Akademik 1 kurang beri perhatian semasa belajar.
2. Hanya ketua kumpulan yang membentang dan pelajar lain
mendengar dengan teliti.
Sepatutnya Hanya ketua kumpulan sahaja yang membentang,
manakala pelajar lain mendengar dengan teliti.
8. Kesalahan imbuhan
Kesalahan penggunaan imbuhan ini terjadi kerana pelajar tidak
menggunakan imbuhan dan silap meletakkan imbuhan dengan tepat.
Kesalahan tidak menggunakan imbuhan ini terjadi akibat daripada
pengaruh bahasa ibunda yang struktur ayatnya dipermudah dan
diringkaskan tanpa menggunakan imbuhan. Imbuhan yang kerap
dilakukan kesalahan ialah tanda koma ( , ) dan tanda sempang ( - ).
Sebagai contoh:
Contoh:
1. Terdapat 5 objektif kajian iaitu seperti berikut.
Sepatutnya Terdapat lima objektif kajian, iaitu seperti berikut:
2. Selain itu data-data juga dikutip melalui kaedah temubual dan analisa
dokumen.
Sepatutnya Selain itu, data juga dikutip melalui kaedah temu bual dan
analisis dokumen.
3. Item ke 5 membincangkan sikap pelajar terhadap penulisan
akademik.
Kesalahan Bahasa -
SINTAKSIS
1. Kesalahan struktur ayat:
Kesalahan ayat merujuk kepada penggunaan ayat yang tidak lengkap,
tidak gramatis, mengandungi banyak kesalahan bahasa lain
sehingga penggunaan ayat itu melanggar peraturan-peraturan
bahasa dari segi sebutan, pemilihan kata atau susunan frasa dan
ayat.
Contoh:
1. Ibubapa bertanggungjawab menjaga mereka dan memberi mereka
pelajaran agama.
Sepatutnya Ibu bapa bertanggungjawab menjaga dan memberikan
anak-anak mereka pelajaran agama secukupnya
2. Remaja-remaja menjadi liar atas pengaruh dari rakan-rakannya.
Sepatutnya Remaja/Ramai remaja/Para remaja menjadi liar kerana
pengaruh daripada rakan-rakannya/pengaruh rakan-rakannya.
2. Kesalahan ayat majmuk
Ayat majmuk ialah gabungan beberapa ayat. Biasanya ayat
majmuk digabung dengan menggunakan kata hubung
seperti yang, tetapi, justeru, manakala, seperti, dan, maka
dan sebagainya serta dibantu oleh penggunaan tanda
koma yang banyak. Akibatnya, ayat yang dihasilkan
menjadi panjang, kurang gramatis dan sebagainya.
Contoh:
1. Kesilapan gangguan bahasa ibunda sering berlaku di kalangan
pelajar bukan Melayu, lazimnya berpunca daripada pengaruh bahasa
ibunda mereka, manakala di kalangan pelajar Melayu pula, sering
terdapat kesilapan yang berpunca daripada pengaruh bahasa
Inggeris dan ini menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa dalam
penulisan mereka.
2. Pengajaran mengenai masalah matematik juga harus sentiasa
dikaitkan dalam situasi yang sebenar dan pengenalan simbol
matematik mesti menggunakan contoh yang konkrit kerana murid-
3. Kesalahan ayat tergantung
Pelajar juga didapati melakukan kesalahan membina struktur
ayat yang tergantung. Pelajar kerap menghilangkan
subjek ayat seperti contoh ayat berikut:
Contoh:
1. Ini berpunca daripada kesibukan ibu bapa bekerja.
Sepatutnya... Hal ini berpunca daripada kesibukan ibu bapa yang
bekerja.
2. Model Konsep Kepusaan Ibu Bapa terhadap sekolah.
Sepatutnya... Model Konsep Kepusaan Ibu Bapa terhadap sekolah
dibentangkan oleh penyelidik dalam satu seminar yang dihadiri,
3. Ini menyebabkan ketandusan kasih sayang.
Sepatutnya... Hal ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih
sayang ibu bapa.
4. Kesalahan ayat saduran
Struktur ayat saduran bahasa Inggeris bermaksud pengaruh
ayat Bahasa Inggeris dan kata-kata Bahasa Inggeris
yang digunakan dalam sintaksis Bahasa Melayu (Awang
Sariyan 1984). Daripada pemerhatian yang telah dibuat
terdapat beberapa ayat yang dikenal pasti terdapat
saduran daripada Bahasa Inggeris seperti contoh ayat
berikut:
Contoh:
1. Masalah ini kebanyakannya berpunca di rumah yang mana ibu bapa
kurang memberi perhatian yang penuh.
Sepatutnya... Kebanyakan masalah ini berpunca dari rumah kerana
ibu bapa kurang memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak
mereka.
2. Masalah ini dikeruhkan lagi di mana ibu bapa sibuk bekerja mengejar
kemewahan dan mengabaikan anak-anak.
Kesalahan Bahasa - MEKANIS
Kesalahan mekanis adalah kesalahan ejaaan dan
tanda bacaan. Dalam karangan yang ditulis, lima
kesalahan mekanis yang kerap dilakukan oleh
pelajar adalah:
1.kesalahan ejaan
2.penggunaan huruf besar dan huruf kecil
3.penggunaan kata yang tidak konsisten
4.penggunaan penanda wacana
5.tanda sempang ( - )
6.tanda koma ( , )
7.tanda dua bertindih ( : )
8.perenggan panjang atau pendek
9.penggunaan nombor yang tidak konsisten
1. Kesalahan ejaan
Kesalahan ejaan dalam karangan banyak berpunca daripada
sikap cuai pelajar, pengetahuan Bahasa Melayu yang
tidak lengkap, terutamanya istilah-istilah terkini, kurang
mengambil berat perkembangan Bahasa Melayu terkini
dan sebagainya. Contoh kesalahan ejaan:
1. samaada/samada sepatutnya ditulis sama ada
2. memperolehi/diperolehi sepatutnya ditulis memperoleh/diperoleh
3. sosio ekonomi sepatutnya ditulis sosioekonomi
4. ianya sepatutnya ditulis ia
5. ketrampilan sepatutnya ditulis keterampilan
6. bahwa sepatutnya ditulis bahawa
7. yaitu sepatutnya dtulis iaitu
8. pra siswazah sepatutnya ditulis prasiswazah
9. analisa sepatutnya ditulis analisis
10. baru sepatutnya ditulis baharu
2. Kesalahan huruf besar dan huruf kecil
Contoh:
Contoh:
Contoh:
1. Berdasarkan pendapat para pengkaji tersebut maka satu
kesimpulan... sepatutnya ditulis... Berdasarkan pendapat para
pengkaji tersebut, maka satu kesimpulan
2. Menurut Abdul Alim Rahim perkhemahan merupakan satu aktiviti
mendirikan... sepatutnya ditulis... Menurut Abdul Alim Rahim,
perkhemahan merupakan satu aktiviti mendirikan
8. Kesalahan tanda dua noktah bertindih ( - )
Contoh:
1. Berikut diberikan lima sebab guru gagal mengajar dengan baik.
Sepatutnya ditulis... Berikut diberikan lima sebab guru gagal
mengajar dengan baik:
2. Objektif kajian ini adalah untuk; Sepatutnya ditulis... Objektif kajian
ini adalah untuk:
3. Menurut pandangan ahli teori kognitif, proses membaca dapat
dihuraikan dalam tiga perkara berikut; Sepatutnya ditulis... Menurut
9. Kesalahan perenggan yang panjang atau
pendek
Contoh:
1, 2, 3…
A, B, C…
a, b, c…
(a), (b), (c )…
i, ii, iii…
(i), (ii), (iii)
Plagiarisme dalam Dunia
Akademia
Pengenalan
Pengenalan
Pengenalan
Pengenalan
Plagiat, Pemalsuan dan
Fabrikasi
UKM memandang serius gejala plagiat. Dalam Mesyuarat
Ketua-Ketua Bahagian Kertas 1/2011 (t.th), pihak
pengurusan tertinggi UKM begitu menekankan budaya
akademik dan integriti para graduannya agar tidak terlibat
dalam perbuatan memplagiat, pemalsuan dan fabrikasi
data serta maklumat. UKM mengkategorikan tiga jenis
elemen ketidakjujuran budaya akademik yang dilakukan
oleh pelajar kepada tiga jenis, iaitu seperti berikut:
1. Plagiarisme
2. Pemalsuan
3. Fabrikasi
Plagiarisme
Perbuatan meniru karya, maklumat atau idea orang lain
tanpa memperakui sumber (sama ada pengarang
mahupun karyanya serta memperakukan bahawa karya
atau maklumat tersebut merupakan hasil kerja sendiri.
Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian, Kertas 1/2011 (t.th) ini
menyenaraikan lima ciri plagiat yang dilakukan oleh
pelajar dalam penulisan tesis, kertas kerja dan
sebagainya, iaitu:
1.Pelajar perlu banyak membaca dalam bidang yang dikaji dan didalami.
Melalui pembacaan yang luas, maka pelajar dapat mengetahui dan
mengenal pasti maklumat-maklumat yang terdapat dalam bahan yang
dibaca tersebut, tetapi dengan syarat bahan-bahan itu diolah
menggunakan bahasanya yang tersendiri.
2.Pelajar menggunakan bahasanya yang tersendiri, jika bahan yang
diambil tersebut adalah bahan yang diterjemahkan.
3.Pelajar mengolah petikan yang diambil dengan meletakkan sumber
rujukan di awal atau diakhir petikan tersebut.
4.Menulis sumber setiap petikan yang diambil dalam petikan dan juga
Peranan Pelajar Menangani
Plagiarisme
Enam peranan pelajar dalam hal ini adalah seperti berikut:
1.Pelajar perlu membaca, memahami dan mematuhi
polisi etika dan integriti dalam penerbitan.
2.Pelajar perlu sentiasa peka terhadap plagiarisme,
pemalsuan dan fabrikasi.
3.Pelajar perlu menguasai kemahiran penulisan
akademik melalui kursus yang ditawarkan oleh Fakulti
ataupun melalui proses pengajaran dan pembelajaran
serta penyelidikan.
4.Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada
pensyarah/penyelia sekiranya berasa ragu sama ada
wujudnya perbuatan memplagiat, pemalsuan dan
fabrikasi dalam tugasan, tesis atau artikel yang ditulis
sendiri.
5.Pelajar perlu melaporkan kes etika dan integriti dalam
penerbitan sekiranya berlaku dalam kalangan rakan
pelajar kepada pihak pengurusan Fakulti.
6.Pelajar mesti menggunakan perisian anti-plagiat untuk
Tindakan UKM
Sekiranya pelajar berkenaan disabitkan kesalahan,
jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Fakulti atau UKM
boleh memberi perakuan dan/atau cadangan tindakan
tatatertib dengan mengenakan mana-mana satu atau mana-
mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti
berikut:
1.Amaran
2.Denda tidak melebihi dua ratus ringgit
3.Dilarang dari mana-mana bahagian atau bahagian-
bahagian tertentu universiti bagi tempoh yang ditetapkan
4.Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi
tempoh yang ditetapkan
5.Dipecat dari Universiti.
Contoh 1: Rujukan Ditulis di Awal atau Akhir Petikan
Contoh 1(a): Petikan Rujukan di Awal Petikan (Sumber Asal)
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Iban sebagai bahasa vernakular (ibunda)
bermula dengan tertubuhnya sekolah pertama di kawasan penempatan orang Iban
di negeri Sarawak. Sekolah tersebut ditubuhkan di Banting pada tahun 1853.
Sebenarnya sekolah tersebut ditubuhkan oleh mubaligh Anglican setelah
penubuhan sekolah-sekolah bandar seperti Sekolah St Thomas di Kuching pada
tahun 1848, sekolah untuk masyarakat Cina di Bau pada tahun 1864 dan sekolah-
sekolah di kawasan Bidayuh seperti Kuap, Duras, Taee, Padawan, Bunuk dan
kawasan Iban seperti Merdang dan Lundu (Peter et al 1998).
Contoh 1(b): Petikan Rujukan di Akhir Petikan (Diolah Pelajar)
Menurut Peter at al. (1998), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Iban sebagai
bahasa vernakular (ibunda) bermula dengan tertubuhnya sekolah pertama di
kawasan penempatan etnik Iban di negeri Sarawak. Pada tahun 1853, sekolah
pertama di penempatan etnik Iban dibina di Banting oleh mubaligh Anglican
Kristian. Sebelum ini, mubaligh-mubaligh Kristian telah menubuhkan sekolah-
sekolah bandar seperti Sekolah St. Thomas di Kuching pada tahun 1848, sekolah
untuk masyarakat Cina di Bau pada tahun 1864 dan sekolah-sekolah di kawasan
etnik Bidayuh seperti di Kuap, Duras, Taee, Padawan dan Bunuk serta di kawasan
etnik Iban seperti di Merdang dan Lundu.
Contoh 2: Menggunakan Bahasa Sendiri
• Perisian turn it in
• Tidak boleh melebihi 25-30 % bersama dengan
apa yang ditulis dalam Penulisan Akademik
• Pelajar perlu mengelakkan diri daripada amalan
negatif seperti jangan:
(a)Salin bulat-bulat
(b)Cut and paste tanpa membuat olahan
(c)Jangan lupa letak sumber rujukan
KESIMPULAN